Thursday, February 23, 2012

Melaka part 3

 Sambung balik cerita cuti-cuti di Melaka tempoh hari..berkurun nak buat entry nih..kemalasan melanda sebab musabab gambo tak banyak & tak cantik..
  
                     Rupa-rupanya rakan suami telefon beritahu diorang pun nak turut serta join kitorang..apa lagi..besar tapak tangan nyiru kami tadahkan (hekhek betul ke pepatah ni)..suami pulak booking satu lagi bilik untuk diorang. Mereka sampai agak lewat malam dan kebetulan kami pun sudah keluar dari medan ikan bakar Umbai-Pernu tak dapatlah diorang merasa seafood kat situ..Just makan di gerai biasa sahaja di tepi jalan. Nak cari kedai makan yang femes-femes hari pulak dah larut malam.Kalau kami ni bujang takpelah jugak tapi si anak ibu ni dah mula merengek-rengek nak tidur.
                     Lepas makan kami terus balik hotel dan bumm zzz tak sedar diri walau dah melelapkan mata siang tadi...ishh kuat betul saya tido..hahaha..
                     Keesokan paginya bermulalah pengembaraan kami..Di mana?huhu nanti dulu..Saya cerita pasal kami breakfast dulu kat hotel ye...Seawal jam 8 pagi dah sampai kat kafe hotel dan terus ngap apa yang ada.. Amira tak mahu makan..mana taknya makanan tak berapa sedap..sedap lagi ibu masak..kekeke..

amira yang kemengantukan masa nih

alahai masamnya anak ibu

ceee ayah, senyum lebar je excited nak meneroka Melaka

                      Selepas breakfast kami mengorak langkah. Tempat pertama yang dituju adalah melawat kota peninggalan, A famosa..bila tengok balik A famosa nih dah macam ditenggelami dengan tempat lain di sekitarnya..Kecik jer..seolah-olah tersembunyi di hujung ceruk..
                       Sedihnya tak dapat nak snap gambar yang menarik sebab Amira dah meragam kepanasan..Serba tak kena anak ibu..Menangis-nangis kat situ.Sebelum kami datang Melaka lagi Amira selsema tapi tak teruk sangat..Bila sampai di Melaka hidungnya dah tersumbat..patutlah asyik meragam je..Ditambah pulak dengan menangis hurmmm lagilah sesak..lastly kami terus panjat tangga naik ke atas..adehhh mengah jugak ibu..banyak juga anak tangga yang perlu didaki..banyak ker?haha taklah sebanyak batu caves..

rakan ibu, Mas & suaminya 


senyum senyum jangan tak senyum..

senyum lagik





muzium Melaka..tak masuk pun sebab nampak macam takde sape pun masuk..hihi


kat atas ni pun ada orang jual-jual rupanya

sibuk je basyam ibu nie nak beli barang..no..no..no..


tengoklah tu dah meraung anak ibu dipaksa bergambar..



kali nie ibu jadi jurugambar tetap sebab Amira didukung ayah..
makanya takdelah banyak gambar ibu..sobsobsob..
next destinasi next entry ye..
**percutian kali ini agak kelam kabut sebab Amira banyak meragam
mood tak ok sangat-sangat
banyak plan terpaksa di cancel

18 comments:

Salina@IbuAqil said... [Reply to comment]

Alolololo!!
Nape anak dara tu masam jerk..
Panas yer.. ;)

Ms.Su said... [Reply to comment]

Bestnya.dh lama x kemelaka.rindu pd asam pedas n seafoodnya!

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

sonoknye dapat terjah melaka.. harap2 suatu hari nanti dapatlah pergi sana jugak~

::NureeN:: said... [Reply to comment]

bila plak kami nk terjah melaka ya.. last smpi sana rasanya darjah 6 kot hehee

Unknown said... [Reply to comment]

ala..bestnya g melaka yaa...dah lama rancang nak jalan-jalan ke melaka...masih belum ada kesempatan...

Rozie said... [Reply to comment]

haritu gi melaka tak singgah sini pun... huk huk

LYAfrina said... [Reply to comment]

syoknyerrrr...
dh berkurun lya x jejak kaki kat melaka ni.. last rsanya time skolah dulu2 la..msti dh byk berubah.. suka sgt kat a famosa...

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

Kalau ank buat perangai kita nk berjln pun xseronokkan.. sian amira..

M.A.M.A said... [Reply to comment]

budak2 mmg begitu...ikut mood dia. tp mood kita ni pun ilang sama klu diorg buat perangai kan?
xpe sue..next time g brcuti lg k. suka tengok gmbr sue...comey sgt!

sue zainun said... [Reply to comment]

@Salina@IbuAqilaah..xsangka plak haritu panas terik..

sue zainun said... [Reply to comment]

@|| NaFiRaa || insyaallah..

sue zainun said... [Reply to comment]

@::NureeN:: hoho lama tu..dah banyak berubah dah Melaka berbanding dulu

sue zainun said... [Reply to comment]

@izan mama mia gi sana sehari je..kena gi lama sikit baru leh gi banyak tempat..:)

sue zainun said... [Reply to comment]

@Zie alamak..xtahu..hehe xpe next time kita roger

sue zainun said... [Reply to comment]

@LYAfrinammm banyak berubah..banyak bangunan baru2 dah naik

sue zainun said... [Reply to comment]

@IntaNBerliaN camtulah ina..kelam kabut jadinya haritu..huhu

sue zainun said... [Reply to comment]

@S.U.R.I.A.T.I itulah xboleh nak dijangka kan..masa nak gerak gi tu ok jer..maybe sb cuaca panas dan penat, xckp tidonya..huhu suh tido xmau..

eija_sweetmama said... [Reply to comment]

mmg akan spoilkan mood kita bila anak buat perangai kan,

Melaka besh, kami mmg suka g melaka sbb byk tempat menarik boleh pegi.. + melaka maju..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers