Monday, February 27, 2012

Sembelit

Isnin yang lemau
hihihi
jangan otak lemau jugak dahler..:p

harini banyak kerja kena setel..
nak call client minta payment
almaklumla nak gaji dah..

opsss lari tajuk lak
sekadar selingan

baru-baru ni (this month la, awal Februari) saya tukar susu anak
bukan tukar Brand tapi tukar perasa susu
actually teringin nak tukar susu
tapi Amira special case
tak boleh minum susu berlaktosa dan susu soya
nanti dia akan cirit birit
before this saya bagi Similac
selepas umurnya mencecah 2 tahun lebih doctor suggest Pediasure
sebab utama, berat Amira yang kurang
sejak haritu saya tak pernah tukar susu
(memang susah nak cari susu tanpa laktosa nih
dulu2 pilihan yang ada cuma Similac atau Dumex tanpa LF yang saya jumpa
sekarang tak tahulah pulak
ada siapa2 yang ada anak cam saya tak?sebelum dapat Similac tu macam2 susu saya try
antaranya Dumex, Dutch Lady, Isomil, Anmum..semuanya tak ok..humm pening kepala masa tu)
baru-baru ni saya tukar Pediasure Vanilla ke Pediasure Chocolate
takde reason pun sekadar nak bagi Amira rasa chocolate
tup-tup hari Sabtu Amira sembelit
kesian anak ibu
bila masuk toilet jer nak membuang nangis-nangis
barulah saya perasan sebab sebelum ni ok jer
tak pernah pulak sembelit
air masak pun minum banyak jer..
saya sekadar bagi minum Ribenna dan alhamdulillah bolehlah membuang dengan jayanya
start sabtu lepas terus letak tepi Pediasure Chocolate
beli balik Pediasure vanilla
alhamdulillah hari ahad dan harini saya tengok Amira dah ok..
Actually Pediasure adalah susu untuk kanak-kanak yang cerewet makan, biasanya makan sedikit, makan makanan tertentu sahaja atau enggan mencuba makanan baru. Pediasure dirumus khas untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan dengan rumusan pemakanan lengkap untuk kanak-kanak 1 tahun -10 tahun. Susu ini tiada gluten dan laktosa. Susu ni sangat senang nak didapati di mana-mana. 900gram berharga RM 68.90 sahaja. Biasanya kalau nak tukar susu kenalah dapatkan nasihat dari pakar atau doktor anda. Jenis susu bergantung pada keadaan anak tersebut.


***ada sikit lagi susu Pediasure dalam tin, nampaknya ibu lah kena habiskan..
sayang pulak nak buang macam tu..


13 comments:

izan mama mia said... [Reply to comment]

izan dulu pun gitu juga..tukar-tukar susu....susu yang tak habis ..terpaksalah mama yang minum..hehe maka membesarlah mama dia...heheh ^-^

LiLy @ MumMyQiStInA said... [Reply to comment]

Plan dengan hubby nak tukarkan susu Qis ke pediasure..susu Qis skrg Dugro..tapi lately ni dia kurang dah nak nyusu..makan pun mcm tu juga..risau..haraplah pediasure ni dapat membantu..

Wanieys Hashim said... [Reply to comment]

anak wanieys pun hr tu sembelit juga..minom air byk pon xok jg.lastly baru pasan sbb susu.now minum ANMUM E alhamdulillah dh xsembelit.

Saya Disini said... [Reply to comment]

bgus ni

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

susu tu kategori mahal tuh.. kalo anak ai memang x de masalah setakat nih.. alhamdulillah.. x cerewet..

eB ezrin said... [Reply to comment]

susu lembu nih mmg mcm2 kan? takut x sesuai. kami alhamdulillah tukar brand 3 kali pastuh ok. trus setia sampai kini :)

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

nanti bila alisha 2 thn.. entah susu apa la alisha blh minum.. yela, tkt jd cam amira ni.. sian pulak..

Mamamya said... [Reply to comment]

anak2 masa kecik dulu akak bagi anmum pastu bila dah umur 3 tahun tukar kpd dutch lady smpi la skrg..alhamdulillah xde apa2 masalah.. :)

fieda said... [Reply to comment]

kak fieda pernah gak tukor susu sustagen perisa vanilla ke perasa coklat..mmg betul maira kena sembelit..tukor balik ke vanilla baru ok semula..

.:Mama Dhia:. said... [Reply to comment]

lepas benti bf, try bg dhia dutch lady..x ok sebab cirit-birit, pastu tukar dugro pun same cirit birit sampai masuk spital..kluar hspital try enfapro..minum sampai umor setahun then terus bg susu anmum..setia sampai sekarang..anmum tetap di ati.. skrg pun dah tukar dari langkah 3 ke langkah 4..so kurang skit harganyer..

::NureeN:: said... [Reply to comment]

setau nureen klau dr vanilla tukar ke choclate mmg akan ada perubahan mcm sembelit.. nureen mmg dr ellesya bb smpi skrg dh 3thn 5bulan nureen x pernah tukar susu.. nureen bg ellesya susu wyeth s26 ikut step... skrg dh msk step 4 progress goled x silap.. alhamdulillah dia ok.. cuma masa ellesya warded seminggu 2thn lepas ja doc mintak tukar minum susu pediasure ni sbb ellesya muntah2.. abes 1 tin nureen kembali ngan susu s26 ellesya ok :)

Tihara said... [Reply to comment]

dpt jugak imu penjagaan anak kt sini..thanks :)

Salina@IbuAqil said... [Reply to comment]

Aqil penah tukor susu tp Anmum jgk yg serasi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...