Salam semua...
sangat mengantuk harini sebab Amira tidur pukul 3 pagi malam tadi
nangis-nangis ayahnya takde, outstation ke Tapah, Perak
so tengah-tengah malam buta ber Skype dengan ayahnya
sedar-sedar dah kul 3..sib baiklah sedar awal pagi nih..hehe
opsss mata terbuka luas bila terbaca berita kat bawah ni..
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
Sumber :Harian Metro
**Banyak kes yang berlaku sekarang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
Saya yang turut hantar Amira ke taska pun kadang-kadang risau.
tapi alhamdulillah pengasuh anak semuanya ok dan baik.
kalau benarlah dakwaan di atas saya rasa Kementerian patut campur tangan
bagi membendung benda-benda macam ni berlaku..
Ibu bapa yang hantar mana nak tau anaknya dibuat begitu kan..
kejam betul anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu..
20 comments:
dpt budak tu ganyang cukup2..gerammm
tu la kan..manusia zaman skang ni kadang unpredictable la..perangai dorg ni pelik2..
kejam sgt..mmg bkn manusia ni..xde hati n perasaan lgsung
marah kat org lain bdk pulak yg kene..
kesian kat budak-budak yg tak tahu apa..
ym dah tgk vid tuh.mmg kejam btl.sedey tgk.
tulah geramnya bila lia tgk video tu.. igt anak patung ke budak2 kecik tu sesuka hati aja buat mcm tu.
susah hati biler cter2 mcm ni t'sebar.... lelebey pada kita yg hantar anak ke taska... mohon padaNYA dilindungi anak2 kita dr kejadian kejam begini, amin....
abes kesah nih btl ke x?
sue
menjadik jugakler taktik budak2 pengasuh x cukup umur tuh utk kenakan majikan diorang..tp yg paling x patut diorang buat bayi2 tuh jadi mangsa
ini pengajaran jugak utk majikan taska..mmg banyak kes melibatkan rungutan pengasuh yg bekerja bawah majikan dasar kuku besi..
mmg perbuatan ini sgt kejam, malah harus dikutuk/serta diberi balasan setimpal kerana menjadikan bayi sbg tempat melepas geram :(
tp sbg majikan kena take notes jugak kebajikan pekerja , jangan nak perah keringat,bayar ciput pada staff yg bekerja
apapun sumer org kena bukak mata & dan x salahkan sblh pihak.
:(
makin takder ati perut dah manusia skrg ni..sian anak2 jadi mangsa..
nasib baik dania hantar kat MIL.. tak pernah rasa risau.. kalo kena marah tue biasalah.. takkan nenek takboleh tegur anak kita..
cuma risau yang 2nd baby, MIL dah tak larat nak jaga.. kena cari pengasuh..harap tak jadi macam nie.
oh my goodness.. kejam nye..
nasihat sy kepada parents hantar anak ke taska:
1)pilih taska yang ada lesen
2)check b/ground education pengasuh dan pemilik taska (kene ada b/ground childhood education)
3)good environment
4)selalu buat spot check :P
btw, 1st time sy singgah blog ni. nice to know u
sakit hati + geram masa akak tgk kt FB..kejamnya segelintir manusia yg xbrhati perut ni..sanggup melakukan perkara sebegitu pd insan kecil yg xmengerti apa......tunggulh pembalasan nnti....
emo jap....
sanggup diorg buat cantu kt budak2 yg x bersalah tu..kadang2 kita pn kena buat spot check juga kt taska anak2...takut jgk benda cani bule berlaku kt anak kita...
sangat menakutkan...hmmm...tak tahulah nak cakap...saya pun ngasuh budak juga...tapi tak lah teruk sangat kena jaga samapi macam tu sekali...
ada tgok video dlm FB ... mmg geram la ...
Terus hilang kepercayaan nak bagi orang jaga anak kita ye tak? I think better jaga sendiri lah.. Zaman sekarang macam-macam..
http://notadijari.blogspot.com/
masalahnya sian dkt ank2 yg mshkecik tu la..
ntah ... manusia y xde perasaan ni. sanggup buat camtu
Post a Comment