Monday, October 29, 2012

suami mengidam?..


Assalamualaikum...
lama tak bersiaran
nampaknya anak ibu yang nie tak suka mengarang
tapi sekali sekala saya tetap lawan perasaan tak nak tuh
kalau tidak berkuburlah "rumah kecil" ni
 
alhamdulillah kandungan dah masuk 37 minggu hari ini
kelegaan pertama untuk risiko lahir bayi pramatang dah lepas..
syukur sangat-sangat
 dua hari lepas dah rasa macam ada kontraksi
tapi sekejap jer, kemudian hilang
rasanya baby dah tak sabar nak keluar nih
 
tentang admit tu saya tak pergi pun
just sign surat minta keluar wad dan berehat di rumah
kiranya dah hampir sebulan berehat
sepanjang berehat my MIL dan hubby banyak membantu
thanks to hubby..love u sayang..
 
bercerita bab hubby nih teringat saya satu kisah
suami mengidam..
hahaha
sepanjang preggy nih ada sekali tuh my hubby tetiba teringin makan ketam
nak makann pula tu bukan dekat2 sini
nak pergi cari di Pulau Pangkor
baru feel katanya..haihhh macam2 la pulakkk..
nasib baik ada pakcik kat sana
 
jadi inilah ketamnya
1 kilo cuma RM 12 sahaja
rembat 4 kilo terus
separuh rebus, separuh lagi dibuat masak kari ketam..
gambar dah masak tak sempat nak ambil sebab
masing-masing dah tak sabar-sabar nak makan




 
oh ya ibu Alisha@Ina dah selamat lahirkan anak keduanya
tahniah Ina..kejap lagi saya jenguk rumah Ina dan yang lain-lain yer..
rindu pada semua..:)
 
 
 

Wednesday, October 3, 2012

Admit sampai bersalin..

Assalamualaikum

Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak menjadi
sebab perancangan Allah s.w.t itu lebih baik dari perancangan kita
walau kadangkala kita sendiri tidak sedar

ada hikmah di sebalik dugaan yang mendatang
ada kebaikan yang akan muncul di sebalik cabaran yang dipikul

ujian yang diberi bukan tanda dihakimi
tetapi tanda kita disayangiNya

cuba berfikir secara positif walau igauan negatif muncul sekali sekala




checkup : 02/10/2012 @ 33 weeks
jumpa pakar di Hospital Selayang
bahagian O&T
masalah dialami : uri di bawah @ plasenta previa
masih di tahap ke dua
doktor sendiri tidak pasti saya boleh bersalin normal atau tidak
bergantung kepada keadaan saya

alhamdulillah sepanjang alami masalah ni
tiada bleeding 
cuma sakit di bahagian bawah perut bila bergerak..
baby bergerak seperti biasa cuma saya dapat rasakan baby kurang aktif
berbeza dengan anak yang sulung..

keputusan doktor : kena admit sampai bersalin
sebab kalau tak admit khuatir saya banyak bergerak@buat kerja
boleh menyebabkan bleeding/tali plasenta terputus/lahir bayi pramatang


Ya allah..perkara pertama yang saya fikir 
selamatkanlah anak dalam kandungan ini..
perkara kedua, bagaimana saya melalui malam-malam mendatang tanpa Amira di sisi
mampukah saya mengharunginya selama 2 bulan..
tak pernah saya berjauhan darinya..


Ya allah..kuatkan hati ini menempuhnya..

03/10/12
saya masih di ofis
cuba menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh
perancangan saya perlu bawa mak@MIL dari kg ke sini
untuk jaga Amira
kemudian saya perlu shopping keperluan bayi dan saya sendiri yang masih lagi belum dibeli
(sedikit stress )

oh ya..sepatutnya kena admit 02/10 kan tapi saya minta permission doktor
nak selesaikan benda2 yang tertangguh..
terpaksa sign surat risiko atas diri sendiri jika berlaku apa2 dlm tempoh saya di luar wad..
doktor bagi tempoh seminggu..

Semoga semuanya selamat..


**semakin sepilah blog ini..








Friday, September 28, 2012

Pakar ketupat

 Assalamualaikum
cerita sedikit basi nih..
sebab apa basi?
sebab ni cite psl Raya yang dah lepas..
hehehehe

setiap tahun bila raya my MIL mesti buat ketupat
dalam 7 orang anak2nya cuma sorang jer yg pakar..


 sape dia?
tuuuuu dia haaaa


lihatlah ketekunannya 
keseriusannya..
hakhak..




senyum kejayaan..


taraaaaa

terer gak asben saya nih..hekhek..
manyak tak?
tu baru sikit tuh..ada lagi dlm raga tapi takde gambar le pulak..
lebih kurang dalam 20 lebih  jugak lah..

**actually tak sangka sebenarnya asben saya nih boleh buat
yelah kan nak menganyam nih kena ada kesabaran yang tinggi..
pernah saya tengok berkali2 dia buka daun yang sama sebab asyik tak jadi..
tapi tetap tak putus asa sampailah boleh..




Friday, September 21, 2012

Plasenta Previa di minggu ke 30

Assalamualaikum



Pertama kali doktor mengesahkan  plasenta previa saya tahap ke 2
rasa down sangat-sangat
sedikit berkecamuk fikiran
tapi kemudian bila dengar penjelasan doktor
rasa sedikit lega

actually Plasenta Previa ialah plasenta atau uri yang terletak rendah
merupakan satu komplikasi kehamilan yang mana 
plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau
 kesemua serviks atau pembukaan rahim


tahap saya di peringkat ke 2..
plasenta tidak menutupi kesemua laluan bayi keluar 
masih ada peluang untuk bersalin normal kata doktor
tapi kalau keadaan berubah masuk tahap ke 3 @ berlaku pendarahan memang 
terus kena admit..

lagi dua minggu kena jumpa doktor pakar
harap ada sedikit perubahan yang positif dalam tempoh tersebut
kalau boleh nak bersalin normal
harap dapat bertahan sampai waktu bersalin
kalau tak pun sekurang-kurangnya sampai minggu ke 37..

sedikit info :

Apakah rupa plasenta previa? 




** pernah tak kawan-kawan yang mengalami situasi begini?
boleh share?

Monday, September 10, 2012

Kau Yang Terindah

Bissmilahirrahmanirrahim...



Subhanallah..
Alhamdulillah
atas kurniaanmu Ya Allah..

hadirnya membawa seribu satu makna buat kami

kegembiraan

kebahagiaan

kesyukuran

kasih sayang 


"kau yang terindah"

doa ibu semoga semuanya dipermudahkan olehNYA..
**29 weeks

Friday, September 7, 2012

HB makin turun

Assalamualaikum


Last month buat chekup
masa puasa time nih
berat tak berapa nak naik..hurmmm puasa kot tu sebab tak naik..maklumlah puasa penuh..hehehe
denyutan jantung baby pun ok
yang tak oknya dari first time chekup ialah HB
HB saya makin menurun
dahle start dari merah
dari 10.7 ke 10.4
kemudian turun ke 9 lebih

patutlah rasa tak larat jer..
berat naik macam biasa 
dalam lingkungan 3@2 kilo sebulan
vitamin pun makan cam biasa
tapi HB pulak makin turun
kafein tak pula saya sentuh langsung..

konfiuss saya..

Thursday, September 6, 2012

Scan

Assalamualaikum..

setiap kali preggy mesti setiap orang nak buat scan kan..
tujuan utama scan bukannya untuk lihat jantina tapi lebih kepada 
nak tengok keadaan baby dalam perut
macamana pembesarannya..
tapi kalau dapat lihat jantina baby lagilah bagus kan..
senang sikit nak shopping barang baby
tapi tidak semestinya 100% betul
dan tidak semestinya boleh nampak

untuk baby yang kedua ni dah nak masuk 30 weeks 
barulah dok kelam kabut nak mengintai baby..hehe
itupun bila saya dengar-dengar kalau dah masuk 30 weeks ke atas dah susah nak tengok
muka baby..iye ke? hurmmm..

untuk kali nih, saya pilih scan secara 3D&4D
(Amira dulu saya scan 2D jer..tak berapa nampak pun..bila doktor kata kat sinilah jantungnya..sini plak tangannya..kakinya..yang kita nih sekadar angguk jelah..nampaklah sikit-sikit dari tak nampak :p )
 saya buat scan DI SINI 
appoitmentnya Sabtu nih
so belum lagi lah scannyer..hehe nanti dah scan saya cite ye
(sedikit teruja :)




sedikit info : 
2D scan bermaksud penggunaan ultrasound mesin yang selalu dijalankan ke atas ibu megandung dan boleh dikatakan scan hitam putih yang boleh didapati di klinik biasa atau hospital. 2D terbahagi kepada dua "growth scan " dan " detail scan". growth scan lebih kepada perkembangan bayi. detail scan pula lebih kepada informasi teliti tentang organ dalaman bayi.

3D scan - ultrasound mesin untuk menghasilkan gambar statik dan luaran rupa bayi

4D -imbasan ultrasound 3D yang bergerak secara masa.(pengimbasan secara langsung, video : contoh bayi menguap) 


Wednesday, September 5, 2012

Oh No! takde gambar raya tahun ni..



Gambar raya?
oh tidakkkk...
tak tahulah boleh dikategorikan ini gambar raya ke bukan
nguahnguahnguah..
ada seseorang yang hilang di situ :p

baju raya?
pon xde
rembat jer mana yang ada (baju kurung dah xmuat)
sudahnya baju ini jer kupakai
hehe


time nih nak balik semula ke KL...jenuh dipujuk baru mau..hihi..alasannya abg dah bambam la raya nih..kekeke..bambam pon kalau ada orang dah sayang takpe..kan kan kan.. :)


tuan belog tengah "rajin"..so kena up satu jer gambar..:p




**tiap kali nak update belog tangan mesti jadi berat..

tak tahulah kenapa..hukhuk :(
kalau nak diikutkan masa tu ada jer terluang..

**tapi yang pasti no idea nak menulis..

Wednesday, August 15, 2012

Selamat Hari Raya



Salam Aidilfitri buat semua
Maaf Zahir & Batin
andai tersilap mencoret kata, menyinggung perasaan semua..

dan tak lupa :- selamat menempuh jammed :p hehee


Friday, August 3, 2012

Bazir Ramadhan

Bazar ramadhan boleh jadi bazir ramadhan kalau mata tuh dah tergoda 
dengan makanan yang ada
habis semua nak beli
biasanya saya masak jer lauk pauk
kalau nak beli kat bazar pun kuih muih atau selain dari lauk pauk lah
bukan apa..
pernah beli lauk
tapi bila balik rumah
makanan tu tak seindah yang dilihat
takde rasa..
kalau lagi teruk boleh buat sakit perut

penyelesaiannya lebih baik kita memasak dari membeli
dijamin sedap dan sihat makanannya..hihihi..


boleh membeli tapi jangan keterlaluan..
puasa kan untuk mengajar kita erti bersabar, bersederhana dalam berbuka :)



jangan pula bazar ramadhan jadi bazir ramadhan..
**peringatan untuk diri sendiri jugak..almaklumla mata saya nih leh tahan juga..itu sebab kena bawak en hubby sebagai peneman..kalau ada en hubby seganlah skit saya nak membeli..nanti beli banyak dikatanya "aik badan kecik, makan banyak".ishhh takleh2..


**harini berbuka puasa sorang-sorang lagi..hubby tak sempat nak berbuka sama..
dah 4 hari berturut-turut nih..sedih omak..uwaaa :( perut lapar pon leh jadi kenyang..hukhuk..



Thursday, August 2, 2012

Checkup

Checkup yang pertama
Usia kandungan : 18 weeks (kena bising ngan nurse..apsal lambat katanya..huhu..)
tarikh : 18/06/2012
tekanan darah : 10.7 (rendah)
scan yang pertama..ibu dapat tengok keadaan baby yang semakin membesar
indahnya perasaan ini semasa menatap baby
baby dalam keadaan baik, degupan jantung pon ok :)
berat : hahaha rahsia :p

Checkup yang kedua kali
Usia kandungan : 22 weeks
tarikh : 17/07/2012
tekanan darah : 10.4 (rendah, turun lagi dr bulan lepas :(
baby : sihat
berat ibu : naik 3kilo dari bulan lepas..terbaikkk lah..
rendanglah si ibu bagai pohon merendang kalau tiap-tiap bulan 3 kilo naik
kena tambah vitamin selain Obimin yang dibekalkan..
biar betul doktor nih, nak suh si ibu naik 4 kilo sebulan ke hape??
ahhhh amik jelah apa yang doktor dah bagi..manyak munyik lak ibu :p

Chekup yang ketiga
tarikh : 15/8/2012
tak wat lagi..
rasa-rasanya berat xdelah naik 3 kilo kot sebab ibu berpuasa..
baby pon pose..bagus tak baby?heheee..
tekanan darah: hurmmm maybe rendah lagi kot sebab ibu masih rasa pening-pening, macam nak pitam dan semput..


**entry checkup ini tanda kenangan untuk baby yang bakal lahir nanti..Insyaallah..
at least ibu pun boleh godek-godek balik semula tengok pengalaman yang dilalui
setiap anak tu kan berbeza pengalamannya..
betul tak?

adehhh dah macam gadis retro 60 an plak si Amira nih dengan spek matanya

takdelah chubby sangat kan..:p 




Wednesday, August 1, 2012

Salam Ramadhan


Thursday, July 12, 2012

Jogging di Taman Layang Layang

Assalamualaikum..

Jogging? Heheheee macam la larat sangat nak jogging..nak berjalan bawa perut pon tak larat..kihkihkih..
teman hubby gi jogging sebenarnya..ikutkan azam hubby nak menguruskan apa yang patut..
takpe-takpe kita tengok camne niat niat tu..sebagai isteri saya menyokong 201%..:p
lagipun bila hubby jogging bolehlah saya bawa si basyam nih pusing-pusing tasik, main kat playground
 kemain suka si Amira nih main, sampaikan tak nak balik..
terpaksalah saya mengepau hubby suruh belikan aiskrim
haaa bila dah ada aiskrim tu tak bolehla Amira nak nangis lagi..
satgi ibu ngan ayah pulak yang habiskan..

minggu lepas belum sampai pun 5 minit Amira naik gelongsor yang ada kat situ 
tetiba hujan turun pulak..
apa lagi..berkelibut la semua orang nak balik..
Aiseyman..pulang dengan kehampaan anak ibu..

takpe-takpe minggu nih kalau hubby tak outstation bolehlah pergi lagi..

 @ Taman  Layang Layang, Selayang
sampai-sampai jer terus duduk..penattt.hehee

termenung le pulak




panas pun takpe janji duduk betul2 depan tasik..mmm gambar tasik lupe lak nak tangkap..

 Taman Layang-Layang ni memang sangat luas, sesuai untuk siapa2 yang nak jogging sebab ada laluan khas untuk penjoging-penjoging berjaya..haha..setiap minggu mesti penuh la..hubby sampaikan terpaksa parking kat luar dan jalan kaki masuk ke dalam..mak yung pun terpaksa semput-semput jalan kaki..


**Siapa pernah pergi sini?


 
** berkenaan dengan Jus Delima Gulsan yang saya ceritakan sebelum nih,
saya beli secara online jer dr Penang..saya dengar-dengar kat Alamanda ada jual..
lagi murah dari yang saya dapat..tempat lain saya tak tahulah pula..
saya nih tak rajin shopping dan tak selalu jalan
jadi alternatif terbaik saya adalah beli secara online walaupun agak mahal
dari biasa..kalau ada yang jual tu bolehlah bagitau..nanti saya beli.. :)


Friday, June 29, 2012

Anmum & Delima banyak kebaikannya

Assalamualaikum...



Sebelum ni ada ambil Anmum materna tapi bila alahan tu datang saya stop sekejap..
cuma mampu minum susu kotak Dutch Lady saje..
itupon boleh dikira dengan jari berapa kali saya minum

Kemudian saya order Jus Delima dari seorang rakan..
alhamdulillah alahan tu agak berkurangan..
mungkin sebab rasa masam-masamnya tu mampu kurangkan rasa loya..

Sekarang alhamdulillah alahan dah takde, cuma tekanan darah rendah
Jadi bolehlah start minum balik Anmum..
:)


jus delima yang saya minum

Alkisahnya  Amira suka sangat minum jus nih..
Ada satu hari tu, saya bancuh sampai 2 cawan tapi 2 cawan  tu dihabiskan nya..
dekat ibu ditinggalnya cawan kosong jer..hihihi..
Jus Delima ni alternatif bagi saya sebab buah Delima yang sedap isinya susah sangat nak jumpa..
kadang kadang melilau cari sebab tak jumpa


Antara kebaikan memakan buah Delima atau Jus Delima ini ialah 
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, baik untuk otak bayi dan dapat membantu mendapatkan kulit bayi yang sihat dan cantik. 
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit.
Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”





Thursday, June 14, 2012

new picture??
hehehe
pucatnya muka saya kan ..hukhuk
kemalasan melanda..nak tepek bedak pun dah malas tahap gaban dah
sib baik muka tak naik sawang cam blog yang bersawang ni
ntah-ntah lelabah pun banyak..
haha kena wat spot check lepas ni nih..:p


Thursday, May 17, 2012

Alhamdulillah
terima kasih ECA
sebab decorate rumah akak jadi cantik..
maklumlah akak kan tak sihat kena la suh orang decorate
hehehe alasan..
yang sebenarnya tak pandai nak buat lah..tu yang minta tolong ECA
sekali tengok terus berkenan..kreatif betul Eca kan..akk memang puas hati..:)

untuk harini pulak dugaan betullah..
ni citenya ya
hubby pergi outstation kedah malam tadi pukul 12 malam
so lepas siap-siap nak gi kerja pagi nih
terus gi kat tangga nak amik kunci rumah
gagau-gagau, cari-cari..
eh takdelah pulak..
tak puas hati cari pulak kat bawah tangga, manalah tau kot- kot terjatuh ke..
mmmm takde jugak..
alamak!! tetiba teringat kat hubby
takkanlah hubby amik kot..dia pon ada kunci sendiri
terus call hubby..Huh memang betul pon dia amik
cisss..camne nak keluar rumah nih..


opsss pintu belakang kan ada..
pintu dapur, grill dapur lepas..
pagar dapur plak tak lepas..
uwaaa ada satu solex yang berkarat kat pagar dapur
berkarat??yelah sejak duduk hampir 1 1/2 tahun tak pernah pon buka pintu belakang..
sob sob sob..
terpaksalah telefon Mc Gyver..eh bukan bebudak opis minta tolong pecahkan mangga..

satu lagi masalah timbul bila kawan ofis nak masuk tak boleh sebab jiran sebelah 
kanan wat pagar setinggi alam 
camne yek nak cite..
aaa camni laluan belakang yang sepatutnya jadi laluan kecemasan nak keluar kalau berlaku emergency
dah dipagar oleh rumah yang pertama sekali. (rumah saya yang kedua)
jadi laluan belakang dah xde..diorang dah amik, renovate, pagarkan laluan tu sekali ngan rumah diorang, buat kawasan tanam pokok-pokok munge diorang..
hmmmm salah kan kalau buat camtu..
katakanlah kalau berlaku kebakaran saya nak keluar ikut pintu belakang
mesti saya nak cari laluan paling dekat ke jalan besar..dah tentu-tentu jiran sebelah kanan saya (yang pertama)
kalau jiran sebelah kiri pulak..ada lebih kurang 6 biji rumah..jauh tu nak lari..

nasib baiklah anak jiran sebelah ada..kalau tak terpaksalah panggil tukang kunci..terpaksa pecahkan mangga pagar, grill, pintu dan sliding door..

itulah kisahnya..hekhek panjang pula story mory kali nih..hehe :p

apapun dah selamat keluar..kejap lagi nak balik terpaksa pulak minta tolong jiran sebelah bukakan pagar dia tu untuk saya masuk ikut pintu belakang sekali lagi..sebabnya? hubby balik lambat dari kedah..sampai dalam pukul 8 malam..

kalau jiran sebelah takde rumah, takpe saya pecahkan jer mangga pintu rumah..habis cite..huhu..
** mood: geram, geram, geram..

( dalam hati dok terpikir kalaulah malam tadi berlaku kebakaran camne saya dan anak ye?..subhanallah..)


Monday, May 7, 2012

bernafas kembali


Assalamualaikum
Sudah masuk bulan Mei sekarang
cepat betul masa berlalu
sudah lama nak mengarang cerita baru
tapi bila sampai ayat yang ke lima idea hilang
untuk entry ni saja 4,5 kali padam tulis padam tulis
memakan masa berhari-hari plak tu
waaaa teruk nih..

actually bila saya buka blog@internet@FB kepala cepat jadi pening
alahan ? haha tak kanlah yer..
alahan pulak bukan setakat morning sickness tapi evening, afternoon, night
tak kira masa..
fuhhh itu yang penat..
selalunya apa yang dimakan terus keluar balik
kalau tak sekali mahunya 2 kali sehari camtu
rasa loya tu usah dikata la..sepanjang hari..
hurmm teruk tak alahan saya nih?

setakat nih doktor cuma bagi makan acid folic sahaja
kalau makan vitamin lain lagi kuat alahan katanya
rasa macam sama jer :p
ubat untuk penin/muntah/loya pon ada juga
tapi saya malas nak makan selalu
sebab akan mengantuk dan tekak rasa xsedap..
biasanya kalau travel kemana-mana atau nak keluar shopping barulah saya ambil ubat tu

jadinya buat masa sekarang nih setakat pergi dan balik ofis jelah
itupon dalam seminggu satu hari mesti MC sb sangat-sangat tak larat
keluar jalan-jalan jangan haraplah saya nak pergi..
kecuali kalau shopping lah..hihi adalah sekali sekala

sebenarnya rasa rindu sangat nak baca blog kawan-kawan :(
kadang-kadang tu ada jugaklah saya BW tapi setakat termampu jer..

terima kasih pada yang masih sudi singgah walau blog ni sunyi sepi..thanks Lya, Ina, k.Fieda    n yang lain-lain


insyaallah kita bertemu di next entry ya..








Thursday, April 19, 2012

Vrooomm Vroomm

Assalamualaikum & salam ceria

lama rasanya tak update cerita di sini
kurang sihat sedikit ditambah pulak dengan "kerajinan" hehehe :p
selera makan hilang bila deria rasa saya lari..huhu
makan benda manis boleh rasa tawar, makan benda pedas boleh rasa pahit..
serba tak kena nak makan..

opss tinggalkan cerita tu, last week balik kampung selepas melawat adik di hospital
( adik saya keguguran, bayinya meninggal dalam perut :( ..doktor kata peluang agak tipis bila air ketuban dah pecah+adik selalu sakit perut.. semoga ada rezki mereka lain kali..insyaallah)
berbalik pada cerita balik kampung haritu
my lovely basyam memang seronok bila dapat balik Beruas
nak tahu kenapa seronok sangat?
ni ha puncanya..

>


>



>



>



>




bila tengok jer atoknya bersiap-siap nak keluar
dia pon dok menyibuk amik helmet Pak Su nya nak pakai jugak
kemudian hulur tangan pada atok
hihihi
nasib baiklah sekarang ni dah besar, kalau atoknya bawa sekali round pun dah cukup
kalau masa kecil-kecil dulu turun jer dari motor tu dah meraung sakan 
nak pusing lagi, bukan seround tapi beround2..:p
penatlah atoknya melayan


Friday, April 13, 2012

Jumaat

Assalamualaikum

hurmmm tak tahu nak tulis tajuk apa sebenarnya..huhu..kering idea..
just nak update perkembangan adik..
sampailah pagi nih doktor masih belum buat apa-apa
walau semalam doktor kata adik kena "cuci kandungan"
saya pun dah tak paham sebenarnya situasi sekarang nih..
kejap kata yang ni, kejap kata yang tu..adik saya lagilah dah tak larat nak menghadap doktor 
yang "cek" kandungannya hari-hari..


actually kandungan adik dah 3 bulan 2 minggu..
kalau air ketuban dah pecah baby boleh bertahan ke?


bila pikir-pikir balik rumit betul situasi adik sekarang nie :(










***cadangnya esok petang saya nak gi melawat adik..







Thursday, April 12, 2012

No mood today


assalamualaikum

harini betul-betul tiada mood
dua hari lepas terima berita adik masuk wad
ada komplikasi pada kandungannya
rupanya air ketubannya atau sarung baby orang panggil, saya pun xsure tentang ni..
dah pecah
termasuk la bleeding
tetapi dalam tempoh 3 hari dalam wad doktor kata baby masih ada nadi
cuma kandungannya memang tak boleh nak simpan dah
doktor kata nak biarkan gugur sendiri kecuali kalau adik saya demam barulah 
diorang akan paksa gugur
sebab takut kuman serang adik saya


allahuakhbar..sedihnya rasa hati
walau bukan diri saya yang menanggungnya tetapi tetap beri kesan pada saya
harini selera makan saya langsung takde, badan jadi lemah sangat..
tapi saya tetap kuatkan semangat datang ofis buat kerja walau ada rasa pening-pening






Friday, April 6, 2012

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...


blog yang semakin sunyi
semakin sepi
bukan malas
tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
alahan tak berapa teruk berbanding anak pertama 
tapi rasa mual tetap ada setiap masa
dan yang paling tak selesanya
rasa mengah
agak susah nak bernafas seperti biasa
selera makan masih kurang dan tak boleh nak makan banyak
kalau terlebih makan perut rasa sangat sesak
actually kandungan masih dalam peringkat baru 7 minggu..
awal sangat lagi kan?tapi simptom-simptom macam dah sarat beno..huhu

harapnya simptom-simptom begini hanya setakat 3 bulan jelah..
kalau anak pertama dulu alahan setakat 3 bulan, masuk bulan ke 4 alhamdulillah
rasa sihat walafiat, aktif dan segar bugar..




**tak mampu nak update panjang lebar..mengah taip :p..Doakan saya mampu harungi dan kandungan selamat sampai saat melahirkan.Almaklumla kandungan peringkat awal macam-macam boleh terjadi..Apapun saya berserah padaNya..






Tuesday, April 3, 2012

Tutti Frutti


Assalamualaikum & Salam ceria

semalam lepas teman hubby gi selayang bayar segala overhead
tetiba tekak teringin nak makan aiskrim
teringat pulak la tak pernah lagi mencuba Tutti Frutti
so kitorang pun gilah Tutti Frutti Prima Sri Gombak
sebelum sampai kat Tutti Frutti tuh hubby ajak singgah Burger Bakar Kaw Kaw 
kat Wangsa Maju Seksyen 2
sebelum nih asyik dengar sana sini orang dok bercerita kelazatan Burger Bakar
ewahhh hubby lak teringin..kuikuikui
tapi alamat lak tak tau..ishhh 
search lak alamatnya, sekali kluar link Blog Nana
ohooo penah makan kat situ ye nana..hehe
punyalah hubby dok pusing sana pusing sini nak cari
sekali tutup daaaa
alaaa setiap hari Isnin tutup
melepassss
huhuhu 
next time pula kena terjah

kemudian terus ke Tutti Frutti
dan hasilnya ialah 





3 Tutti Frutti yang bersamaan dengan RM 40.85 sen
cup paling kecil tu saya ambil..
alamak...harganya..huhuhu
nampaknya kalau betul-betul teringin baru leh beli nih..hihi
kalau tak baik order kat ice room jer :p
bab rasa lebih kurang jer kot cuma pilihan lebih banyak
banyak flavour dan topping 
apapun bab teringin dah habis..
esok lusa tak tau plak nak teringin apa..heheee


**kepala masih lagi pening-pening, tekanan darah rendah bila cek dengan doktor harini..
tapi alhamdulillah setakat nih masih belum MC..
kebiasaannya saya akan BW everyday tapi akhir-akhir ni tak sempat sebab bila ngadap laptop jer kepala pusing..Insyaallah slow-slow saya datang jenguk..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...