Friday, June 29, 2012

Anmum & Delima banyak kebaikannya

Assalamualaikum...



Sebelum ni ada ambil Anmum materna tapi bila alahan tu datang saya stop sekejap..
cuma mampu minum susu kotak Dutch Lady saje..
itupon boleh dikira dengan jari berapa kali saya minum

Kemudian saya order Jus Delima dari seorang rakan..
alhamdulillah alahan tu agak berkurangan..
mungkin sebab rasa masam-masamnya tu mampu kurangkan rasa loya..

Sekarang alhamdulillah alahan dah takde, cuma tekanan darah rendah
Jadi bolehlah start minum balik Anmum..
:)


jus delima yang saya minum

Alkisahnya  Amira suka sangat minum jus nih..
Ada satu hari tu, saya bancuh sampai 2 cawan tapi 2 cawan  tu dihabiskan nya..
dekat ibu ditinggalnya cawan kosong jer..hihihi..
Jus Delima ni alternatif bagi saya sebab buah Delima yang sedap isinya susah sangat nak jumpa..
kadang kadang melilau cari sebab tak jumpa


Antara kebaikan memakan buah Delima atau Jus Delima ini ialah 
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, baik untuk otak bayi dan dapat membantu mendapatkan kulit bayi yang sihat dan cantik. 
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit.
Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”





7 comments:

lia said... [Reply to comment]

suka gak jus delima ni tp bukan brand yg sama la... tp sorg2 jer minum kat umah tu hu3...

susu? langsung x ley amik peknen ni, sblm peknen & selamanyer kot sbb alahan laktosa hu3

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

jus delima xpnh try lagi...


byk khasiat dia yer..

fieda said... [Reply to comment]

berkhasiat betul ye..bagus ni..

Wanieys said... [Reply to comment]

delima mmg banyak khasiat...elok amalkan...wani dulu ms preggy mmg amal mkn buah delima...susah2 MIL cari nak bagi mkn hihi...

Che Rosliza Che mat said... [Reply to comment]

susu Anmum sedap...sewaktu mengandung dulu selalu minum..

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

kat mana boleh dapat jus delima tuh?

S.U.R.I.A.T.I said... [Reply to comment]

dulu ms peknen pon saya dok belasah buah delima ni. skrg tak peknen, tak amalkn pon lagi. hehe. mana ek nak cari jus mcm tu sue?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...