Saturday, February 18, 2012

Nuffnang-Nak Dapat BE

Asyik dengar blog orang dapat BE jer
seronoknya kan..tapi blog saya tak pernah dapat lagi..hukhuk

saya sendiri kurang memahami konsep  BE, ME,CPC,CPM
so aritu saya pun hantar la pertanyaan pada Mr Nuffnang

gini jawapan yang diberi


Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut :

Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana, 'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang 'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey' anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh Advertisers kami.

Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan memuaskan Pihak Pengiklan.

Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda. Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog lain.

Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu, Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.

Cheers!

Shahzeeq Shahren
Blogger Relations

**Ohooo camtu rupanya yer..
**so saya dah update survey selalu, status pun glitterati, dah letak kesemua 3 unit iklan (sebelum ni 2 je) agak-agak boleh dapat tak Mr Nuffnang yang ensem?? :p hohoho

13 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

emm sue dah brp lama berblog yer?

sy ms 8 bulan berblog br start dpt be...

fieda said... [Reply to comment]

lama2 nanti insyaallah ada lah be dtg melekat kat sini..kak fieda dulu pun dah masuk bulan ke9 bru dapat be..

kurus said... [Reply to comment]

insyaallah akan ada dikk ... ;)

[leily.laily] said... [Reply to comment]

sabo,
pelan2 kayuh..
nnti dpt manyak2.. hehehhe

Ainul Aqma said... [Reply to comment]

good luck ye :)

jemput join my GA. the more the merrier :)
http://diagonallife.blogspot.com/2012/02/awesome-ga-by-sweetybeauty-shoppe.html

sue zainun said... [Reply to comment]

@IntaNBerliaN dah 7 bulan tapi baru je aktif..sebelum ni xsangat

sue zainun said... [Reply to comment]

@fieda hehe insyaallah

sue zainun said... [Reply to comment]

@ieda insyaallah..tq :)

sue zainun said... [Reply to comment]

@♥ Leily | Ummi Alya Husna ♥ dapat manyak??masin mulut..hehe

Rose Khadijah said... [Reply to comment]

hai sis..
baru la sy paham..tak paham pun selama ni..hehehe..
tQ 4 sharing ya!

Anonymous said... [Reply to comment]

mula2 mmg susah nk dapat be
bila blog dah makan di kenali
makin ramai org masuk
insyallah..
dapat la be nanti
tp ada je org nye blog yg suam2 kuku ada be menda ni dia random je kasi

Unknown said... [Reply to comment]

Saya pun dah lama tak dapat BE. Skrg tengah study balik tutorial lepas² untuk pikat BE. Harap² menjadi .. =)

www.anastasyea.com

eija_sweetmama said... [Reply to comment]

insyaallah x lama lg ada ler tu,
eija pun dapat BE setelah setahun lebih berblog..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers