Tajuk penuh makna
mendalam maksudnya
hehehe
sape tengok cerekarama malam semalam mesti tau
saya yang jarang tengok cerekarama boleh terminat pulak
memula tengok intronya sangatlah menarik
lama-lama tengok penuh dengan kesuspenan..
jalan cerita diolah dengan baik, skrip yang bagus dan para pelakon yang hebat
Nora Danish (isteri), Beto Khushairy(suami), Irma Hasmie(bekas tunang)
memegang peranan utama dalam drama nih
walau citenya dah abis tapi saya tetap nak cite kat semua
haha boleh?
drama ni mengisahkan tentang pengorbanan seorang isteri yang menjaga suaminya dalam koma
si suami koma selepas balik Malaysia nak melawat isterinya di Malaysia
tetapi bila sedar suaminya tak pedulikan isteri tadi
muncul plak bekas tunang si suami yang mengandung
si suami ni tadi betul2 ambil berat pada bekas tunang
ishhh masa ni dok meneka bekas tunang ni td mengandungkan anak si suami
tak pun bekas tunang ni isteri kedua si suami
tapi salah le pulak
kemudian dok teka plak mungkin si suami ni dah liar masa duduk kat Jepun
entah-entah dah kena AIDS..
huhu ni pun tak betul gak..
cisss saya bab-bab teka cerita ni memang terer tapi kali nih salah le pulak
adehhhh
kemudian bila isteri jumpa bekas tunang suami
bekas tunang kata hijab dan jubah tak dapat menutup hati yang kotor pada si siteri
mulalah nak meneka lagi
entah-entah si isteri ni dah curang kot, mana taknya sebelum ni si isteri
jenis yang liar, minum arak dan sbgnya tapi bila dah kahwin dia berubah
tapiiiiiiiiii salahh lagiiii
rupa-rupanya si suami ni ternampak si isteri tidur dengan lelaki lain
masa dia nak surprisekan isterinya dengan balik Malaysia senyap-senyap
tapi masa ni si suami dah ceraikan isterinya
sobsobsob
cerita di sebalik kisah isterinya pulak
bekas teman lelakinya rogol dia
bukan dia yang curang
alahaiiii berderai2 air mata isteri tadi
camne nih tak kan sad ending kot..
taklah last sekali diorang rujuk balik
bila si suami tahu kebenaran sebenarnya
si bekas tunang ni pulak tak jadi nak gugurkan kandungannya
kerana dia tahu bayi dikandungnya adalah bukti cinta dan kasih suaminya yang telah meninggal dunia
mesej yang cuba disampaikan dalam drama ini adalah komunikasi antara pasangan amat penting
berdiam diri bukan jalan penyelesaiannya
dan si isteri pulak tak patutlah keluar seorang diri
berjumpa dengan lelaki lain masa suami takde
tahniah buat penerbitnya Pn Hajah Ziela
tukang wat skrip
dan pelakonnya terutama Nora Danish
lepas ni leh ar undi dia untuk Pelakon Terbaik ABP
hehehe
pada yang tak dapat tonton leh tengok semula kot dekat tonton.com
***tengok cerita ni semalam air mata dok berderai2 je..kalah Nora Danish yang berlakon
:p
17 comments:
tgok jgak... dh cerai baru tau kena rogol... sedih plk.. :(
@dela sib baik rujuk balik..kalo tak lagi sedih nengok..hukhuk
malam tadi linda tengok gak, memang best n sedih..penuh pengajaran..:)
tgk jugak..mmg best la cite ni..ending menarik..
Penuh teka teki cerita ni..lily pun ingat irma tu isteri kedua..paling sedih part nora minta cerai tu..menitis air...best sgt citer ni...
alahaiii ruginya saya tak tgk smlm.. tgk sikit je.. lps tu hubby tukar channel..
komunikasi takde kan.. terpaksa suami pendam perasaan lama2.. walhal isteri dia baik...
sy letih tngk citer tu..tertuggu tunggu..penat sangt..huhuhu..geram rasa
hmmmmmmm.
x tgk. tapi cam meleret2 laks citernyer yer?
xtgk..best ke? aiseh..
eca puwn tengok juga...ingatkan kenapa la c beto tu xnak da dgn wife dia,rupanya dia nmpk something kan.dah tu xnak pula bertanya elok2x..dibiarkan masalah demi masalah...huhuhuh...
jemput join Rumah Terbalik FM Giveaway nak?
http://www.ecadwinkyasha.com/2012/02/rumah-terbalik-fm-giveaway-oleh.html
nk tgk lah kat tonton sbb masa tu ank buah tgk katunn animax..adoii :)
lya x tgk pon cerekarama.. sbb asyik duk tbaring je..tahan sakit gg ni
alahai x tgk.. rugi plak.. semlm x brapa cihat, baring jek
mmg best cerita ni..penuh ke'suspen'an..hihihi..boleh jadi pengarah no.2 ni..heheheeh
hahah sama la kita
wat spekulasi bukan2
dalam ati fikir ed ni mandul kot
sebab efek eksiden hahaa
eija x dpt tgk pun,
ramai yg review drama ni ckp besh..
skrg ni tgk tv kena berebut ngan anak
selalunya dia la yg menang nak tengok kartun, kita kena la ngalah malas nak dengar dia jerit nangis..huhu
Post a Comment