Terima berita yang agak mengejutkan dua hari lepas..adik perempuan saya dikhuatiri hamil luar rahim..sangat terkejut tetapi adik masih menunggu pengesahan dari doktor pada 22hb nie sebab doktor masih belum pasti & belum nampak kandungan berada di mana..kandungan adik sudah mencecah 6 minggu.
Sebelum nie saya cuma pernah baca sekali imbas berkenaan perkara ini.Sekarang baru saya mengetahui bahawa kehamilan luar rahim boleh berlaku kepada mana-mana wanita mengandung, 1-3%..Punca adik saya dikatakan hamil luar rahim adalah kerana dia sakit di bahagian perut hampir dua minggu lebih..bila jumpa doktor di klinik kerajaan, mereka tidak dapat pastikan dan adik terpaksa dirujuk ke Hospital Besar Ipoh. Setelah melakukan pemeriksaan, doktor di sana masih tidak dapat memberi kata putus dan minta adik datang semula pada 22hb ini untuk pemeriksaan sekali lagi..
Dari apa yang saya fahami ianya sangat bahaya kepada bayi terutama kepada ibu yang mengandung (boleh mengancam nyawa) jika tidak dikesan dan diberi rawatan dari awal. Gejala awal seperti sakit perut dan pinggul boleh menjadi petanda awal diikuti dengan pendarahan sedikit.
Sangat-sangat berharap apa yang dikatakan oleh doktor itu tidak benar sama sekali. Harap adik tetap tabah dan saya sentiasa doakan beliau sihat dan dapat menimang cahaya mata. Insyaallah...Aminnnn
21 comments:
Apa tanda2nya sis?!!
Risau lah benda2 mcm ni..
Moga Allah swt permudahkan segala urusan adik Sue..
Risau pulak saya baca... harap2 semuanya ok la.. harap kandungan dia tu elok2 je duduk dlm rahim..
member nureen ada soang jd mcm ni.. kesan lambat jgk.. maaf ya nureen bg tau member nureen tu kena paksa gugurkan sbb bahayakan bb pastu terpaksa buang peranakkan sebelah x silap.. nureen pon tau dr member ja bkn dr tuannya segan nak tanya nanti dia terasa plak... hope adik sue baik2 aja.. InsyaALLAH..
ooohhh.. bahaya tu.. hamil diluar rahim.. kalo x kesan dr awal boleh bahayakan nyawa..
moga adik sue akan dapat rawatan yg terbaik k~
Kakak rasa tak boleh tunggu lama sebab janin dari minggu ke minggu akan membesar, baik cari alternatif hospital pakar... biasanya doktor lebih arif apa tindakan yg lebih selamat.
Kakak doakan moga adik sue selamat...
kami doakan insyaallah.
kwn eB pernah g2 jgk. mmg bahaya.
smoga semuanya slamat..smoga adik sue tabah menghadapai ujian Allah
ohh, sad to hear that.. harap2 xde apa2..
tq for the wish dik ;)
sedih dengar..
Insyaallah..moga dipermudahkan..& selamat semuanye..
@Salina@IbuAqil sakit perut sangat2 n kalo yg teruk tu bleeding..
@IntaNBerliaN hurmmm itulah risau sangat..
@::NureeN:: ooo ye ke..doc ckp pun camtulah xleh simpan mmg kn gugurkan..sue harap adik nie kalo terjadi la camtu harap2 masih di peringkat awal la..
@|| NaFiRaa || thanks..
@Kakzakie aritu jumpa doc pakar dr gov hospital ngan swasta ckp benda yg sama..kena tunggu lagi 2 minggu untuk cek balik semula..sb kandungan masih kecil..thanks kak..:)
@eB ezrin terima kasih..insyaallah..mudah-mudahan semuanya baik..
@intan morsalin insyaallah..terima kasih..
@Alycia insyaallah..
welcome :)
@LiLy @ MumMyQiStInA terima kasih ye..harap2 xde apa2..
mmg hamil luar rahim sgt2 bahaya.. utk ibu n ank..
mcm kakak ipar lya... tpksa gugurkan kndungan tu..
menakutkan pula rasanya..
pernah dengar tapi tak tau details..
bahaya yer.. harap adik sue tak alami benda tue..
Post a Comment