Friday, March 30, 2012

Petola Ular


berani beli? 
berani makan?
hehehe



Don’t miss a beat with Carlo Cardini!

Don’t miss a beat with Carlo Cardini!


HiShop Deal: Accessorise with understated elegance with 70% off high-quality Carlo Cardini watches!

Everybody knows a watch isn’t just ‘a watch’ – it’s a piece of your wardrobe that shows off who you are, besides helping you not miss a beat no matter what you do. You can’t go wrong then with a piece from Carlo Cardini, which offers elegant and faultless watches resulting from a permanent striving for perfectionism.

Don’t miss out on HiShop’s sale of 70% off Carlo Cardini watches, and share this news with your friends so you get rewarded when they buy via your link!

KLCC terbakar?

kebakaran kecil berlaku di Suria KLCC petang semalam


KUALA LUMPUR: Hampir 5,000 pengunjung pusat membeli-belah Suria KLCC di sini panik hari ini apabila diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan selepas satu kebakaran kecil dilaporkan berlaku di bahagian dapur sebuah restoran di tingkat satu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, tiada letupan berlaku semasa kejadian, tetapi jumlah pelanggan yang ramai di dalam restoran berkenaan menyebabkan keadaan sedikit gempar. 
Katanya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Azizan berkata ekoran kejadian, pasukan keselamatan KLCC bertindak mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan sejak 5.30 petang dan berkumpul di luar bangunan selama hampir satu jam sebagai langkah keselamatan.

Beliau berkata dalam kejadian 5.28 petang itu, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah dan Jelatek bersama 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Bomba tiba 10 minit kemudian dan melihat api serta asap pada corong di atas bumbung bangunan dan pihak kami cuba mengawal bahagian tersebut sementara kebakaran dalam dapur berjaya dipadamkan sendiri oleh pekerja restoran dengan menggunakan cecair kimia.

"Semasa kejadian, kita dapati sistem pancur air di dalam restoran berfungsi dengan baik dan ianya membantu mengawal api daripada merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran.

Azizan berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, tetapi berdasarkan siasatan awal, kejadian disyaki bermula dari corong penyedut asap bahagian dapur.

Keadaan kini dilaporkan selamat dan pengunjung dibenarkan memasuki semula perkarangan pusat membeli belah seperti biasa, katanya. - BERNAMA

Thursday, March 29, 2012

Terima kasih



Assalamualaikum & Salam ceria

thursday? wauu cepat betul masa berlalu
tak sabar tunggu weekend
nak balik kampung Bagan Dato this week

baru-baru nih terima satu parcel
dari siapa ?
mmm kita tengok isi kandungannya dulu ye?



 wahhh ada buku la


shawl?cantiknya..

hp strap..purple salah satu warna kegemaran saya ;)


actually saya terima barang-barang nih dari Ina@IntaNBerlian@Ibu Alisha
thanks dear..terharu sangat..
semoga persahabatan ini akan kekal sampai bila-bila
walau kita berhubung hanya di alam maya  dan belum bertemu muka
insyaallah, jika ada kelapangan teringin jumpa dengan Ina&family
apapun terima kasih dan doa saya sentiasa mengiringi perjalanan Ina..
semoga ina dan keluarga sentiasa dirahmatiNya dan bertambah murah rezeki

Amira sangat-sangat happy bila dapat buku nih..
masuk-masuk dalam kereta jer saya terus bagi buku nih
dan Amira terus baca..tekun sungguh tau..kita layankan jap ye gambar Amira

A-Apple 

aik nampak ke tu?
nampaklah ibu..
hehe

ibu jangan kacau saya ye..

tengoklah tu sambil jalan pun nak baca buku juga..
siap terseradung batu lagi masa nih dan jatuh
nasib baiklah tak luka..
rajin macam ibu nih..wekkk..muntah..hahaha


dalam kedai hardware :p
mmm ibu geleng kepala jelah..
biarkan je..orang tengah excited kan dapat buku 

berkenan dengan hp strap nih nampak gayanya..

hoho shawl yang telah siap dirasmikan..

Segmen Superstar Blog5


Wahh beruntungnya sebab blogger Tihara ada buat Segmen Superstar blog5
 kalau anda nak blog anda di review dan dijadikan sitcky entry selama 48 jam
anda harus join!

klik banner ok..


tempoh segmen bermula harini sehingga 4 April 2012



My Little Giveaway

blogger ECA ada anjurkan My Little Giveaway
jom kita join ramai-ramai
haruss join tau..
sue tag LindaJSCik Lynn, dan pada siapa-siapa yang baca ni  :)

klik banner untuk join 


Tarikh Tutup : 1 Mei 2012.
*mungkin akan berubah,so SILA ALERT!*

Pemenang Utama dan Top Referer akan memenangi Domain Selama Setahun tajaan encik Fadzmie Mohamad.

untuk pemilihan pemenang-pemenang lain,eca akan buat CABUTAN Bertuah 



" My Little Giveaway dianjurkan oleh
 Cerita Dari Hati : Eca Dwinky Asha atas tajaan 




untuk hadiah pemenang boleh tengok di SINI-HADIAH MY LITTLE GIVEAWAY





**sue dah like My Pinky Contest tu ye..Good Luck buat Eca








Awas! Lelaki Asid Kembali

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.
Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.


sumber: Harian Metro

Wednesday, March 28, 2012


Assalamualaikum..& salam ceria

harini rasa pening-pening lalat
perut lapar tapi selera langsung takde
tengok makanan pun rasa nak mual jer
jadi jom kita layan gambar pemandangan untuk hilangkan pening-pening


gambar ini  diambil tahun lepas masa saya melawat Sabah@pulau manukan





Gunung Kinabalu

Tuesday, March 27, 2012

Si kecil yang semakin membesar

Assalamualaikum & salam ceria 


senang hati ibu bila si kecil nih dah sihat
kembali aktif macam biasa
tapi rutin sedikit berubah..
tidur awal dalam pukul 9 lebih dan akan bangun pukul 11 malam
dah 3 malam macam tu..
bila saya sedar Amira bangun
cepat-cepat saya buat-buat tidur walau
dia gerak-gerakkan saya, tolak-tolak saya suruh saya bangun juga
untuk layan dia main hihihi
lastly agaknya dah bosan kejut ibu yang macam tido tak sedar diri tu :p
Amira pun sambung balik tidur sebelah saya..
hahaha.. 

baru-baru nih adik balik dari Sarawak
Amira gembira sangat bila dapat jumpa makciknya
mana taknya, kalau makciknya ada mereka jadi satu geng
masa ni Amira akan jadi terlebih manja

tengoklah tu apa yang makciknya buat semua dia ikut
makciknya duduk meniarap dia pun nak ikut..
makciknya berlaptop dia pun sama..laptop ibulah pulak jadi mangsa
haiyaaa ini budak memang mahu kena gigit nih..

 wahh wahhh bila makciknya suruh pandang kamera dan duduk diam boleh jer dia ikut..
kalau ibu suruh..huh payah bebeno..

" Saya sibuklah ibu..jangan kacau saya"
macam kena paksa wat assignment makcik je nih..kuikuikui


oooo mentang-mentanglah ada geng yer..
tak pedulikan ibu..huhu
takpe-takpe..nanti malam mesti cari ibu jugaklah..hihihi



Monday, March 26, 2012

Alhamdulillah


dalam kesedihan Amira demam haritu ada kegembiraan yang datang rupanya






apapun kena dapatkan pengesahan doktor dulu..
kalau ikut perancangan mahu baby yang nie lahir November atau Januari..
huhu tak tahulah dapat ke tak..
tapi saya tak kisah, yang penting semuanya selamat :)





Saturday, March 24, 2012

Lega

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Amira dah beransur sembuh..Lega sikit rasa hati ni walau Amira nampak sedikit lemah, kurang makan dan minum serta asyik tidur sepanjang siang hari dalam dua hari ni..
Mungkin kepenatan agaknya..

Rasa-rasanya demam kali ni satu episod yang tak boleh saya lupakan.
Dengan suhu yang sentiasa mencecah 38, 39 dan 40, hidung berdarah dua kali, dengan saya yang tak tidur sepanjang malam dan lupa nak makan satu hari..
Pertama kali juga saya terjah hospital tengah-tengah malam buta dalam pukul 12.15 sebab suhu badan Amira yang meningkat secara tiba-tiba
 (hampir 3x saya berulang alik ke hospital sebenarnya ambil ubat)..
Saya juga ke Darulsyifa bangi untuk ambil air penawar dari ustaz di sana..
Syukur, keadaan Amira semakin baik..
 Hmmm bukan senang kan nak membesarkan seorang anak..

tetiba teringak kat mak ayah di kampung, besar sungguh jasa mereka menjaga kita..

rasanya banyak cerita menarik saya tertinggal kan?huhu takpe-takpe, pelan-pelan saya datang jenguk semua orang..pstttt mungkinkah ada orang rindukan saya??uwekkkk cam tak de jer..:p
          
            

Thursday, March 22, 2012

Risau Risau Risau


Assalamualaikum..


                 Masih lagi dengan perkembangan Amira..Harini hari ke 4 demam. Suhu masih lagi turun naik antara 38 dan 39.. Tengah malam semalam terus bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk jumpa doktor..Doktor kata tak perlu admit sebab Amira agak aktif dan air dalam badan masih ok..tapi suhu badannya mencecah 39.3 semalam..kemudian ambil darah untuk buat test denggi..resultnya akan keluar harini..
                  Amira pulak sepanjang malam asyik merengek dan tak boleh tidur..Saya cuma bagi ubat demam dan sentiasa lapkan badannya dengan tuala basah dan air asam jawa sekali sekala..Serabut rasanya, first time Amira demam lama..Pukul dua ni nak ke HKL semula untuk checkup dan ambil result ujian darah malam tadi..
                  

**Bila agaknya Amira akan sembuh..sedih rasa hati bila tengok Amira asyik baring dan tidur sepanjang hari.Makan dan minum pun kurang..Sampaikan terpaksa saya paksa nak bagi minum air..



Wednesday, March 21, 2012

Masih demam

Assalamualaikum..Harini bersiaran dari rumah..hari ketiga Amira demam dan suhunya masih lagi tinggi..semalaman tak tidur sebab nak pastikan badan Amira sentiasa basah...Malam tadi bagi ubat demam dalam pukul 10pm..tunggu punya tunggu takde kesan langsung..suhu badannya masih sama..selang 20 minit lepas saya lap badannya dengannya tuala basah badannya panas balik..Amira plak asyik merengek..makan pun cuma sesuap dua..bertambah risau hati bila Amira muntahkan balik susu yang diminum...Pagi ni bangun suhu masih sama 39,Amira just bangun minum susu sebotol kemudian sambung tidur balik..bubur cuma satu sudu je boleh lepas..Tengahari nanti saya ingat nak bawa Amira gi klinik sekali lagi...Maaf ye saya tak dapat nak BW..Bila keadaan dah ok saya datang melawat..Terima kasih atas sokongan kalian..saya sangat-sangat hargainya..

Tuesday, March 20, 2012

Demam

Assalamualaikum & Salam Ceria

Ceria? hmmm harini hari tak ceria bagi saya..Amira masih demam..Baru jer call ke taska, cikgunya kata Amira tengah tidur, badan panas dan tak aktif macam biasa..So sekarang saya tengah kemas-kemas nak balik. Hubby pun on d way nak ambil saya..Doakan supaya Amira tak apa-apa ya..


**Amira start demam hari Ahad malam..Biasanya keesokan hari demamnya akan kebah dan beransur pulih..Saya bukan setakat risau sebab demamnya tapi juga risau sangat kalau penyakitnya datang kembali :( Risau sebab sekarang Amira dah stop ubat yang diberi doktor dan risau kalau penyakitnya berulang kembali Amira kena ambil ubat semula..Maaf sebab saya masih berahsia tentang penyakitnya..Kalau boleh saya cuma mahu blog ini sentiasa menceritakan kegembiraan Amira, kebahagiaan Amira bersama kami. Saya mahu suatu hari nanti Amira tahu ibunya sentiasa gembira dengan kehadirannya..Maaf jika luahan hati nie menngganggu rakan-rakan semua..

Terengganu-Day 1

Assalamualaikum & Salam ceria

Semenjak dua menjak ni asyik dok update cerita berjalan jer. Moga-moga takde yang bosan lah dengar cerita saya nih. Cadangnya tahun 2012 ni tak mahu cuti-cuti Malaysia dah. Ingat tahun nie tahun dok rumah, tahun untuk menyimpan, tahun untuk shopping barang-barang rumah. Tapi nampak gayanya tak menjadi. Macamana nak menjadi kalau percutian tu tak dirancang tetapi kena pergi. Alang-alang dah pergi sesuatu tempat tu haruslah lepak-lepak vs melawat mana patut kan..hehe

Alkisahnya kami pergi ke Terengganu minggu lepas (waktu LTDL sedang berlangsung) Tak rancang sangat pun nak kesana sebab hari yang sama ada kenduri juga tapi kat Ipoh. Lastly hari jumaat hubby decide terima jemputan rakan se ofis kahwin. Hubby kata haruslah kena pergi sebab tiada wakil dari KL. Tambahan pula budak tu di bawah seliaan hubby lagilah kuat alasan kena gi kan, walaupun memula kata kat saya macam tak jadi.

Dalam banyak-banyak negeri yang saya belum lawati Terengganu adalah salah satu tempat yang belum pernah saya jejak selain Kelantan dan Sarawak. Feel pertama adalah teruja dan seronok. Malam jumaat kami bertolak dari KL dan tidur di sebuah resort di Marang. Sampai sana dalam 2 pagi kot. Tak berapa ingatlah, masa tu hujan, saya dengan Amira tido..kikiki...sib baiklah hubby jenis yang dah biasa drive sepanjang malam.




Masa sampai resort ni hujan renyai-renyai sampai pagi.Fuhhh sejuk giler..Nasib baik resortnya baru dan sangatlah selesa..siap ada WIFI lagi..Bangun paginya terus sarapan dan bersiap nak gi kenduri. Actually ianya bukanlah kenduri secara besar-besaran lebih kepada makan-makan. .rasa-rasanya kamilah jemputan paling jauh datang, yang lain sekadar orang-orang di sekeliling tempat tu je)




Lepas habis kenduri kat Marang kami terus ke Kuala Terengganu dan cari hotel. Bab hotel ni sedih skit, ntah kenapa hubby terpilih Hotel Kenangan saya pun tak tahulah. Rate bilik kami RM 90 hengget..Katanya waktu tengok gambar kat reception macam ok..Rupa-rupanya kurang skit la. Pehtu baru nyesal tak pilih Hotel Malaysia. Konon-konon nak save budget..haaa amik ko..last-last teramik hotel budget..Biliknya luas siap dengan katil queen dan single satu, almari dan Tv pun ada tetapi yang tak bestnya keadaan bilik tersebut yang macam sedikit berbau(mungkin sb cuaca lembab) dan agak kusam. Towel yang disediakan pulak towel yang sangat lusuh dan hilang warna..Aduhh nasib baik kami memang jenis yang tak pakai towel hotel..semua pakai barang sendiri bawa. Disebabkan dah check in nak tak kena nginap juga.

Siangnya kami sambung tidur lepas kenduri tu. Masing-masing ngantuk..Lepas maghrib baru kami keluar cari makanan. Perut sudah laparrr!!

Tenang Seafood Batu Burok

banyak juga pilihan seafood kat sini

antara yang menarik yong tau fu yang berbentuk kucing..Amira bila nampak je terus nak..sabar ye nak, tunggu ibu order dulu..
lama betul dah tak makan yong tau fu..memang kena pada masanya..


sebelum makan kena possing dulu ye..buat kenang-kenangan
tengok tu!benda pertama yang Amira ambil, yong tau fu bebentuk kucing comel tadi
Antara menu pilihan kami malam tersebut..macam biasalah ikan, sotong dan sayur..kami nak cuba pulak chef dari Terengganu masak.

ikan bawal masam manis
siakap stim halia

sotong goreng..sayur lupa plak nak snap..sayur kailan ikan masin

Alhamdulillah sedap juga chef Terengganu ni masak. Lepas makan kami nak gi lepak-lepak. Rakan hubby tak reti sangat nak bawa kami pergi jalan-jalan. Akhir sekali dia bawa kami gi lepak kat I-city..Eh eh Terengganu pun ada I-city jugak?hehe ada..tapi taklah sebesar I-City Shah Alam..Lampu warna warni tu hanya ada di sepanjang pantai sahaja.Kawasannya sangat luas dan masih lapang. Cuma ada 2 @ 3 gerai minuman sahaja. Saya tengok kereta banyak yang masuk tapi sekadar pusing pantai dan terus keluar. Hmmm tapi rasa saya tak lama lagi tempat ni akan jadi lebih happening.Betul tak?tunggu masa je tu..Nanti daripada free terus jadi Rm 10.00 kalau nak masuk..hihi




Lama juga kami lepak sini..sampai Amira naik bosanlah..Bila mata masing-masing dah kuyu baru ingat nak balik. tengoklah tu Amira tidur.. kepenatan sungguh..

Esok paginya tak tau nak gi mana.Pemandu pelancong pun takde..sobsob.Alangkah bestnya kalau dapat jumpa rakan blogger yang tinggal di terengganu kan..hukhuk takde rezki la..Jadi sekadar ikut kaki jelah..pusing-pusing dan lastly hubby ajak tengok Masjid Kristal. Nak masuk KT awal sangat pulak. Kami terus breakfast kat situ. Pemandangannya cam biasalah kan mesti ada pantai. Bestnyerr duk Terengganu ni banyak sungguh pantai..tenang rasa hati..









**Asyik melawat negeri orang jer, KL ngan Selangor pun belum habis jelajah lagi sebenarnya..hihihihi.Sape-sape nak datang KL meh la singgah teratak buruk saya kat Gombak..:p
Oh ya..terima kasih buat semua yang wish anniversary saya tempoh hari..this year tak dapat nak sambut sama suami sebab suami outstation..hubby kata gi Terengganu ni kiranya hadiah jugak la tu..hehehe..bagi saya tak perlu hadiah sebab hubby adalah hadiah saya yang tak ternilai..tiap tahun saya cuma nak kehadiran hubby dan anak dalam hidup sebagai hadiah anniversary..:)
**Amira pula baru je demam malam semalam.Suhu 39.C, 40.C..kali ni demamnya agak kuat berbanding biasa. Demam sampai terketar-ketar badannya..takut tengok..Banyak tidur tapi alhamdulillah masih aktif..Harapnya esok dah semakin kebah demam sebab esok saya kena kerja..Dah dua hari cuti start dari Jumaat haritu..Saya pun kurang sihat skit..demam tak demam je rasa badan..Ikut rasa hati ni nak je duduk rumah jaga anak yang tak sihat..Tapi apakan daya..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers