Wednesday, March 14, 2012

Kerana Dendam

JOHOR BAHRU – Nyawa Nurul Nadirah Abdullah yang lebih mesra dipanggil Dirang, diragut secara kejam apabila mangsa dipercayai dicekik sampai mati sebelum mayat kanak-kanak malang itu dimasukkan ke dalam lubang dan dibakar di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini.
Satu sumber berkata, seorang daripada empat suspek yang ditahan mengaku membunuh Dirang, 5, dengan cara mencekik mangsa sebaik sahaja kanak-kanak itu diculik ketika keluar dari rumah seorang diri di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang di sini. Ketika itu mangsa hendak pergi ke kedai.
Selepas mangsa sudah tidak bernyawa, mayat Dirang dibawa ke kawasan rumah terbengkalai kira-kira lima kilometer dari rumah mangsa dan dibakar.
Sumber itu memberitahu, suspek yang tinggal tidak jauh dari rumah mangsa mendakwa dia bertindak demikian kerana dendam selepas pernah dihina dan dipandang rendah oleh nenek mangsa.
“Dirang terus dibunuh dan dibakar pada hari dia hilang pada 1 Mac,” kata sumber itu.
sumber :Kosmo Online 
**harapan saya semoga mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan. .jauh di sudut hati saya ingin melihat mereka dihukum sepertimana apa yang telah dibuat kepada arwah Dirang tetapi kita hanya manusia biasa..kita hanya mampu menghukum mengikut undang-undang yang telah diaktakan..Hanya Allah s.w.t yang mampu menilai kejahatan mereka. .Semoga mereka dapat bertaubat dan insaf dengan apa yang telah mereka lakukan..

15 comments:

LYAfrina said... [Reply to comment]

mmg terasa kejam org y mbuatnya.. smpai hati dia buat camtu..alasan xleh pakai lgsung..dendam pd nenek...arwah jd mngsa

InaAchik said... [Reply to comment]

sedih sgt kan... :(
al-fatihah buat arwah adik dirang...

Zie said... [Reply to comment]

kasihan ank kecil yg tidak berdosa itu...

eB ezrin said... [Reply to comment]

sedih kan?

LiNda said... [Reply to comment]

kejam gile manusia sekarang..memang patot dihukum..

*awk,kite tag awk..
http://langkahlinda.blogspot.com/2012/03/jom-jadi-geng-kami-blogger-malaysia.html

Lily@MamaZaraZareef said... [Reply to comment]

baru tau citer yg psal dendam2 ni..tk baca perkembangan terbaru kes tuh..huhuh..apepon, mmg kesian sgt kat arwah..jadik mangsa org psycho yg kejam!!!

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

ohhh.. hampir terjawab lah yer kes adik dirang nih.. moga pembunuh itu mendapat balasan yang setimpal..

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

nak tau jugak sape yg lakukannya..

Salina@IbuAqil said... [Reply to comment]

Teruk kan?!
Ermmm!!

mamaNoriz said... [Reply to comment]

kat dunia ni mmg pembunuh cuma ke tali gantung tpi kat akhirat nanti confirm ke neraka...huhuuuu

Mamamya said... [Reply to comment]

hukuman yg akan dia terima di akhirat nnti lbh azab dr hukuman didunia....sungguh x berhati perut btl penjenayah ni.

fiza said... [Reply to comment]

Kita bako dia balik.

Zalim betul manusia skang, smoga si pelaku mendapat balasan yg setimpal.

Falsya said... [Reply to comment]

ya ALLAH..sedihnye lahai..nak marah kat nenek dirang pun jgn la smp nak lepaskan kat dirang..

MrS. F!zA said... [Reply to comment]

smlm tgk berita pengebumian dirang..sedih tk tertahan.. terbyg2 time dia kna cekik tu..giler punya org!

~diAhOntHeblOg~ said... [Reply to comment]

innalillah...kesian die...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...