Thursday, March 15, 2012

Tatih sampai lemas

KOTA BHARU: Seorang bayi berusia 15 bulan yang baru belajar berjalan, mati lemas di Sungai Kuala Besar, berhampiran rumah keluarganya Kampung Pantai Mek Mas, di sini, selepas keluar dari rumah seorang diri tanpa disedari ibunya yang sibuk membasuh pakaian, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, Nik Mohamad Iqbal Hazim Nik Roslan yang baru boleh berjalan sejak dua bulan lalu, dikatakan keluar melalui pintu depan rumah sebelum mayatnya ditemui terapung di sungai yang terletak kira-kira lima meter dari rumah.
Ibunya, Lini Abdullah, 27, berkata ketika kejadian, dia membasuh pakaian di bilik air, anak kedua, Nik Mohamad Ikram Amir, 9, turut berada di dalam rumah manakala anak sulung, Nik Nadia Izzati, 10, bermain di luar.

“Apabila selesai membasuh, baru saya sedar kehilangan Iqbal dan segera mencarinya di sekitar kawasan rumah hingga ke rumah sepupu, tetapi gagal menemuinya.

“Selepas 15 minit mencari, saya ke sungai dan terkejut apabila mendapati mayat bayi terapung di permukaan air. Saya terus meluru dan mengangkat mayat itu. Luluhnya hati saya apabila mendapati ia memang jasad anak saya,” katanya.
Sumber: Harian Metro


** satu lagi berita yang menyayat hati..:( 
   
   

7 comments:

Wanieys Hashim said... [Reply to comment]

kesian sgt kan..dh la kecik lagi...kena selalu awasi anak-anak kita skrg ni

Salina@IbuAqil said... [Reply to comment]

Subahanallah!!!!
Fobia rasanya asyik dgr pasal kematian anak2 kecil ni sjak akhir2 ni..
Al-fatihah buat arwah & takziah buat keluarga arwah..
TC dear..
Happy holiday.. ;)

Falsya said... [Reply to comment]

ya ALLAH..bdk2 baru dpt kaki kene selalu ade dpn mata..sedihnye lahai..

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

Ya Allah... sedihnya... sama2lah kita jaga ank2 kita..

Saya Disini said... [Reply to comment]

alfatihah...bnyk betul kes budak kecik skrg ni

~diAhOntHeblOg~ said... [Reply to comment]

kesiannye..ya Allah..ramai betul skang ni baby yg meninggal..

fieda said... [Reply to comment]

sedih la berita2 mcm ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...