Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-Jalan. Show all posts

Wednesday, June 25, 2014

Family Day -Part 2

Assalamualaikum..


Sambung semula cerita Family Day haritu. 

 baru sampai Teluk Batik, Lumut

 abaikan muka yang serabut aritu..tido lewat, bangun awal, si kecik meragam,
 pakej lengkappp

 tudia meng auta pegawai PLKN..


 nasib baik awal, tak ramai orang lagi


 dapat port tengah-tengah






makan dulu











             kemudian aktiviti pun bermula.aktiviti la sangattt..hahaha walhal tiup belon jer..yang lainnya acara bebas. cuma happy sangat dapat berkumpul ramai-ramai kali ni. acara santai, sambil makan, sembang + mandi manda.

 acara anak anak tiup belon..padahal bapak yang tolong..peserta semua kecik-kecik.tak daya nak meniup.



 bapak-bapak pula meniup belon sampai pecah


 semangat meniup


 haha ada  yang tutup telinga..takuttt


 ehhh sibuk jer kakak..gaya macam meniup..itu belon dah siap tiup la kakak..hihi


 steadyyy..amni muka takut kat sebelah







 ok pemenangnya!!hahahaha..


**ada yang bertanya pasal baju kan..adik saya yang jual sebenarnya..kala nak tahu boleh pm ina @0193710684..kalau bagitahu kata kawan Sue zainun harga kebabom dia bagi...hihi

jenis kain, warna kain, nak design camana pun boleh diusahakan. 
harga "kasih sayang"
:)



Tuesday, March 20, 2012

Terengganu-Day 1

Assalamualaikum & Salam ceria

Semenjak dua menjak ni asyik dok update cerita berjalan jer. Moga-moga takde yang bosan lah dengar cerita saya nih. Cadangnya tahun 2012 ni tak mahu cuti-cuti Malaysia dah. Ingat tahun nie tahun dok rumah, tahun untuk menyimpan, tahun untuk shopping barang-barang rumah. Tapi nampak gayanya tak menjadi. Macamana nak menjadi kalau percutian tu tak dirancang tetapi kena pergi. Alang-alang dah pergi sesuatu tempat tu haruslah lepak-lepak vs melawat mana patut kan..hehe

Alkisahnya kami pergi ke Terengganu minggu lepas (waktu LTDL sedang berlangsung) Tak rancang sangat pun nak kesana sebab hari yang sama ada kenduri juga tapi kat Ipoh. Lastly hari jumaat hubby decide terima jemputan rakan se ofis kahwin. Hubby kata haruslah kena pergi sebab tiada wakil dari KL. Tambahan pula budak tu di bawah seliaan hubby lagilah kuat alasan kena gi kan, walaupun memula kata kat saya macam tak jadi.

Dalam banyak-banyak negeri yang saya belum lawati Terengganu adalah salah satu tempat yang belum pernah saya jejak selain Kelantan dan Sarawak. Feel pertama adalah teruja dan seronok. Malam jumaat kami bertolak dari KL dan tidur di sebuah resort di Marang. Sampai sana dalam 2 pagi kot. Tak berapa ingatlah, masa tu hujan, saya dengan Amira tido..kikiki...sib baiklah hubby jenis yang dah biasa drive sepanjang malam.




Masa sampai resort ni hujan renyai-renyai sampai pagi.Fuhhh sejuk giler..Nasib baik resortnya baru dan sangatlah selesa..siap ada WIFI lagi..Bangun paginya terus sarapan dan bersiap nak gi kenduri. Actually ianya bukanlah kenduri secara besar-besaran lebih kepada makan-makan. .rasa-rasanya kamilah jemputan paling jauh datang, yang lain sekadar orang-orang di sekeliling tempat tu je)




Lepas habis kenduri kat Marang kami terus ke Kuala Terengganu dan cari hotel. Bab hotel ni sedih skit, ntah kenapa hubby terpilih Hotel Kenangan saya pun tak tahulah. Rate bilik kami RM 90 hengget..Katanya waktu tengok gambar kat reception macam ok..Rupa-rupanya kurang skit la. Pehtu baru nyesal tak pilih Hotel Malaysia. Konon-konon nak save budget..haaa amik ko..last-last teramik hotel budget..Biliknya luas siap dengan katil queen dan single satu, almari dan Tv pun ada tetapi yang tak bestnya keadaan bilik tersebut yang macam sedikit berbau(mungkin sb cuaca lembab) dan agak kusam. Towel yang disediakan pulak towel yang sangat lusuh dan hilang warna..Aduhh nasib baik kami memang jenis yang tak pakai towel hotel..semua pakai barang sendiri bawa. Disebabkan dah check in nak tak kena nginap juga.

Siangnya kami sambung tidur lepas kenduri tu. Masing-masing ngantuk..Lepas maghrib baru kami keluar cari makanan. Perut sudah laparrr!!

Tenang Seafood Batu Burok

banyak juga pilihan seafood kat sini

antara yang menarik yong tau fu yang berbentuk kucing..Amira bila nampak je terus nak..sabar ye nak, tunggu ibu order dulu..
lama betul dah tak makan yong tau fu..memang kena pada masanya..


sebelum makan kena possing dulu ye..buat kenang-kenangan
tengok tu!benda pertama yang Amira ambil, yong tau fu bebentuk kucing comel tadi
Antara menu pilihan kami malam tersebut..macam biasalah ikan, sotong dan sayur..kami nak cuba pulak chef dari Terengganu masak.

ikan bawal masam manis
siakap stim halia

sotong goreng..sayur lupa plak nak snap..sayur kailan ikan masin

Alhamdulillah sedap juga chef Terengganu ni masak. Lepas makan kami nak gi lepak-lepak. Rakan hubby tak reti sangat nak bawa kami pergi jalan-jalan. Akhir sekali dia bawa kami gi lepak kat I-city..Eh eh Terengganu pun ada I-city jugak?hehe ada..tapi taklah sebesar I-City Shah Alam..Lampu warna warni tu hanya ada di sepanjang pantai sahaja.Kawasannya sangat luas dan masih lapang. Cuma ada 2 @ 3 gerai minuman sahaja. Saya tengok kereta banyak yang masuk tapi sekadar pusing pantai dan terus keluar. Hmmm tapi rasa saya tak lama lagi tempat ni akan jadi lebih happening.Betul tak?tunggu masa je tu..Nanti daripada free terus jadi Rm 10.00 kalau nak masuk..hihi




Lama juga kami lepak sini..sampai Amira naik bosanlah..Bila mata masing-masing dah kuyu baru ingat nak balik. tengoklah tu Amira tidur.. kepenatan sungguh..

Esok paginya tak tau nak gi mana.Pemandu pelancong pun takde..sobsob.Alangkah bestnya kalau dapat jumpa rakan blogger yang tinggal di terengganu kan..hukhuk takde rezki la..Jadi sekadar ikut kaki jelah..pusing-pusing dan lastly hubby ajak tengok Masjid Kristal. Nak masuk KT awal sangat pulak. Kami terus breakfast kat situ. Pemandangannya cam biasalah kan mesti ada pantai. Bestnyerr duk Terengganu ni banyak sungguh pantai..tenang rasa hati..









**Asyik melawat negeri orang jer, KL ngan Selangor pun belum habis jelajah lagi sebenarnya..hihihihi.Sape-sape nak datang KL meh la singgah teratak buruk saya kat Gombak..:p
Oh ya..terima kasih buat semua yang wish anniversary saya tempoh hari..this year tak dapat nak sambut sama suami sebab suami outstation..hubby kata gi Terengganu ni kiranya hadiah jugak la tu..hehehe..bagi saya tak perlu hadiah sebab hubby adalah hadiah saya yang tak ternilai..tiap tahun saya cuma nak kehadiran hubby dan anak dalam hidup sebagai hadiah anniversary..:)
**Amira pula baru je demam malam semalam.Suhu 39.C, 40.C..kali ni demamnya agak kuat berbanding biasa. Demam sampai terketar-ketar badannya..takut tengok..Banyak tidur tapi alhamdulillah masih aktif..Harapnya esok dah semakin kebah demam sebab esok saya kena kerja..Dah dua hari cuti start dari Jumaat haritu..Saya pun kurang sihat skit..demam tak demam je rasa badan..Ikut rasa hati ni nak je duduk rumah jaga anak yang tak sihat..Tapi apakan daya..








Wednesday, March 14, 2012

Melaka-Last part

Sambungan dari ENTRY INI..


Assalamualaikum & Salam ceria semua


Jika anda berkunjung ke Melaka, jangan lupa untuk melawat Menara Taming Sari. dengan ketinggian 110 meter dan boleh memuatkan 66 penumpang dalam satu masa anda boleh melihat sekitar pemandangan Melaka..Rasanya menara ini akan berputar lebih kurang 7 minit. bagi memudahkan melihat pemandangan dari atas anda boleh menyewa teropong khas yang disediakan dengan harga RM 5.00 satu teropong..


so bila kami dapat ke Melaka tempoh hari kami pun cubalah naik..perasaan pertama yang muncul gayattttt...adoiii

posing dulu dengan teropong yang disewa

ewahhh ewahhh tak sabar Amira


phewittt teropong sape tu Amira?ntah apalah yang dinampaknya..hehee

pemandangan bandar Melaka dari sudut atas
bandar Melaka yang semakin pesat membangun
boleh nampak sungai Melaka
Dataran pahlawan..next tempat yang kami akan terjah
hoho muka relax jer tapi dalam hati gabra sebab omak gayat..

Lepas turun dari Menara Taming Sari kami terjah pulak Dataran Pahlawan. Tak beli apa-apa pun, sekadar pusing-pusing cuci mata saje..bermacam-macam barang yang dijual..kebanyakan kedai jual barang yang sama, kena pandai pilih la kalau nak beli..yang penting duit kena berkepok dalam wallet..hehee



Amira dah penat, malas nak jalan maka ayah la kena dukung, sib baik ayah kuat..wahaha


Sebelum balik KL kami isi perut dulu..huhu lapar kan bila dah berjalan penat-penat..disebabkan haritu  Mas dan suaminya tak sempat nak merasa seafood Umbai-umbai jadi kami decide nak makan kat sana..kiranya hilanglah kempunan diorang..kekeke..Cuma kali ni bukan makan kat deretan gerai haritu, kitorang beralih makan di tepi laut pulak..

Amira dan ayah sibuk tiup belon pulak dah
seronok betul tengok diorang main, masa ni saya dah tak larat sebab perut dah masuk angin
lambat makan..

Saya dan Mas
Mas dan suaminya
antara menu yang dipilih
sotong masak pedas

ketam black pepper


Lepas habis makan masing-masing berpisah menuju destinasi masing-masing..balik rumahhhh..huhu..sangat kepenatan sebab dalam masa dua hari banyak tempat pergi..esoknya bangun pagi masing-masing confius tengok muka merah padam macam udang kena bakar..hihihi ...ambil masa juga la muka nak kembali sediakala..haishh ingatkan cuaca tak panas masa pergi rupa2nya terik juga, patutlah Amira meragam je..Apapun sangat hepi dengan percutian yang tak dirancang nie..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers