Monday, March 12, 2012

Lolipop batang bercahaya berbahaya

GEORGETOWN: Sejenis gula-gula lolipop menggunakan pemegang plastik bercahaya dalam keadaan gelap untuk menarik perhatian kanak-kanak dijual secara terbuka dikesan berbahaya kepada kesihatan.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa gula-gula itu boleh menyebabkan penyakit barah dan mutasi gen kepada manusia. Berikutan itu, CAP menggesa agar Kementerian Kesihatan mengharamkan segera penjualan gula-gula terbabit kerana mengandungi bahan kimia berbahaya.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, mendakwa lolipop berkenaan mengandungi bahan kimia ftalat yang bertindak sebagai pelarut bagi poly aromatic carbon (PAH) yang menghasilkan oksigen bercahaya pada batang pemegang itu.

Dakwanya, PAH adalah sejenis bahan kimia bertoksik tinggi dan biasanya digunakan bagi tujuan industri seperti mencairkan cat.

“Bahan kimia bertoksik pada batang pemegang lolipop terbabit akan merembes keluar dan akan ditelan kanak-kanak ketika menikmati lolipop berkenaan. “Ia juga mempunyai kesan sampingan boleh menyebabkan seseorang terdedah kepada penyakit barah dan mutasi gen pada manusia,” katanya.

Katanya, tinjauan dijalankan CAP mendapati lolipop itu sangat digemari kanak-kanak kerana batang pemegangnya diperbuat daripada plastik akan bercahaya dalam keadaan gelap.


Menurutnya, menerusi temu bual pegawai CAP dengan beberapa kanak-kanak yang membeli lolipop itu mendapati mereka juga akan menyimpan batang pemegangnya selepas menikmati gula-gula itu kerana ia kelihatan menarik.

Katanya, keadaan itu akan mendedahkan mereka kepada bahan kimia yang terdapat pada pemegang itu.

“Berdasarkan maklumat yang kami perolehi daripada pemborong gula-gula terbabit, ia dikatakan dibawa masuk ke negara ini dari China tetapi tidak dapat disahkan negara sebenar yang menghasilkannya.

“Penelitian kami pada pembalut gula-gula berkenaan pula, selain mempunyai nama sebuah syarikat dipercayai menghasilkannya turut mempunyai logo halal yang tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Gula-gula itu didapati dijual dengan harga murah iaitu 60 sen satu dan RM6 bagi satu kotak mengandungi 24 batang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

7 comments:

dariilhamkehati said... [Reply to comment]

ta penah jmp lagik tp bhynyerr~~~

Unknown said... [Reply to comment]

xpernah jumpa gak tapi mmg jarang beli benda2 camtu kat mia...bahayakan...

M.A.M.A said... [Reply to comment]

uih, takutnya!! mcm2 la bnda pelik yg diorg ni jual..kita kena lebih prihatin la nmpknya trhadap apa saja yg kita belikan utk anak2 kita kan?

mama leen said... [Reply to comment]

sue.. jom join contest.. tq

http://mamaaleen.blogspot.com/2012/03/contest-my-feveret-food.html

::NureeN:: said... [Reply to comment]

ooo... lolipop tue ka.. tp x pernah jmpk lg.. mil nureen kata semua jenis lolipop bahaya ropa2nya jenis ni ja lorrr ehhehe

FarhanahAdzlan said... [Reply to comment]

jarang makan lolipop..makan choki2 selalu ye=)hahaha~

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

sy xpnh jupe plak lolipop ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers