kebakaran kecil berlaku di Suria KLCC petang semalam
KUALA LUMPUR: Hampir 5,000 pengunjung pusat membeli-belah Suria KLCC di sini panik hari ini apabila diarahkan mengosongkan bangunan berkenaan selepas satu kebakaran kecil dilaporkan berlaku di bahagian dapur sebuah restoran di tingkat satu.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, tiada letupan berlaku semasa kejadian, tetapi jumlah pelanggan yang ramai di dalam restoran berkenaan menyebabkan keadaan sedikit gempar.
Katanya, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Azizan berkata ekoran kejadian, pasukan keselamatan KLCC bertindak mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan sejak 5.30 petang dan berkumpul di luar bangunan selama hampir satu jam sebagai langkah keselamatan.
Azizan berkata ekoran kejadian, pasukan keselamatan KLCC bertindak mengarahkan orang ramai mengosongkan bangunan sejak 5.30 petang dan berkumpul di luar bangunan selama hampir satu jam sebagai langkah keselamatan.
Beliau berkata dalam kejadian 5.28 petang itu, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pudu, Hang Tuah dan Jelatek bersama 30 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Bomba tiba 10 minit kemudian dan melihat api serta asap pada corong di atas bumbung bangunan dan pihak kami cuba mengawal bahagian tersebut sementara kebakaran dalam dapur berjaya dipadamkan sendiri oleh pekerja restoran dengan menggunakan cecair kimia.
"Semasa kejadian, kita dapati sistem pancur air di dalam restoran berfungsi dengan baik dan ianya membantu mengawal api daripada merebak," katanya kepada pemberita di lokasi kebakaran.
Azizan berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan, tetapi berdasarkan siasatan awal, kejadian disyaki bermula dari corong penyedut asap bahagian dapur.
Keadaan kini dilaporkan selamat dan pengunjung dibenarkan memasuki semula perkarangan pusat membeli belah seperti biasa, katanya. - BERNAMA
4 comments:
mahunya tak panik tibe2 tengah syok2 shopping blh terbakar kan...
isk3
nasib baik la xda org yg cedera ke apa...huhu
alamak..nasib baik semua okayh xde ape..
Post a Comment