Thursday, March 29, 2012

Awas! Lelaki Asid Kembali

KUALA LUMPUR: Kejadian menyimbah asid yang pernah menggemparkan warga kota, terutama wanita yang dilakukan lelaki bermotosikal tahun lalu muncul semula selepas satu kejadian dikesan di Rawang dan Serdang, kelmarin dan Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 7 pagi di Rawang kelmarin, seorang guru wanita cedera di muka dan separuh badan akibat disimbah dengan cecair dipercayai asid oleh dua lelaki yang meragut rantai emasnya ketika menunggu bas di pondok menunggu bas di Batu 17, di sini.

Mangsa, S Rani, 47, yang ingin ke tempat kerja tiba-tiba ditegur dua lelaki yang turut bersamanya menunggu bas.
Menurut saksi, Nur Aqilah Osman, 14, ketika kejadian dia menunggu bas untuk ke sekolah apabila ternampak kedua-dua lelaki terbabit bercakap dengan mangsa.

“Ketika wanita itu sedang bercakap dengan kedua-dua lelaki terbabit tiba-tiba mereka meragut rantai emasnya dan dia cuba melawan, tetapi disimbah asid daripada botol yang dibawa seorang daripada lelaki itu,” katanya.

Dia berkata, lelaki terbabit turut menyimbah sisa asid kepadanya menyebabkan bahagian belakangnya melecur.


sumber: Harian Metro

5 comments:

LiNda said... [Reply to comment]

menakutkan la kes asid ni, mintak dijauhkan daripada kene mcm ni..

intan morsalin said... [Reply to comment]

dah x selamat negara kita ni...tp cane ek..xkan sampai skrg xleh nak tangkap lagi sape yg suka simbah asid ni...bahaya la...sampai mati merana ni

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

ish menakutkan pulak..huu~ hati2 la kita ye..

Anonymous said... [Reply to comment]

adoiii start balik pulak skang!! geram tol la kan..xde civil..

Ariez said... [Reply to comment]

huhuhu..mmng kes2 gini sering tjadi puca drp iri hati & dengki..mnta dijauhkan..aminn.. tq for sharing.. sudi2, jemput komen blog sy..tQ.. http://ariezblogs.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers