Salam semua...
sangat mengantuk harini sebab Amira tidur pukul 3 pagi malam tadi
nangis-nangis ayahnya takde, outstation ke Tapah, Perak
so tengah-tengah malam buta ber Skype dengan ayahnya
sedar-sedar dah kul 3..sib baiklah sedar awal pagi nih..hehe
opsss mata terbuka luas bila terbaca berita kat bawah ni..
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
Sumber :Harian Metro
**Banyak kes yang berlaku sekarang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
Saya yang turut hantar Amira ke taska pun kadang-kadang risau.
tapi alhamdulillah pengasuh anak semuanya ok dan baik.
kalau benarlah dakwaan di atas saya rasa Kementerian patut campur tangan
bagi membendung benda-benda macam ni berlaku..
Ibu bapa yang hantar mana nak tau anaknya dibuat begitu kan..
kejam betul anak sekecil itu yang tak tahu apa-apa diperlakukan begitu..