Assalamualaikum...
lama tak bersiaran
nampaknya anak ibu yang nie tak suka mengarang
tapi sekali sekala saya tetap lawan perasaan tak nak tuh
kalau tidak berkuburlah "rumah kecil" ni
alhamdulillah kandungan dah masuk 37 minggu hari ini
kelegaan pertama untuk risiko lahir bayi pramatang dah lepas..
syukur sangat-sangat
dua hari lepas dah rasa macam ada kontraksi
tapi sekejap jer, kemudian hilang
rasanya baby dah tak sabar nak keluar nih
tentang admit tu saya tak pergi pun
just sign surat minta keluar wad dan berehat di rumah
kiranya dah hampir sebulan berehat
sepanjang berehat my MIL dan hubby banyak membantu
thanks to hubby..love u sayang..
bercerita bab hubby nih teringat saya satu kisah
suami mengidam..
hahaha
sepanjang preggy nih ada sekali tuh my hubby tetiba teringin makan ketam
nak makann pula tu bukan dekat2 sini
nak pergi cari di Pulau Pangkor
baru feel katanya..haihhh macam2 la pulakkk..
nasib baik ada pakcik kat sana
jadi inilah ketamnya
1 kilo cuma RM 12 sahaja
rembat 4 kilo terus
separuh rebus, separuh lagi dibuat masak kari ketam..
gambar dah masak tak sempat nak ambil sebab
masing-masing dah tak sabar-sabar nak makan
oh ya ibu Alisha@Ina dah selamat lahirkan anak keduanya
tahniah Ina..kejap lagi saya jenguk rumah Ina dan yang lain-lain yer..
rindu pada semua..:)