Baca berita kejap tadi
ada satu berita yang menarik
huhuhu
menarik sebab saya kan orang Bagan Dato..Teluk Intan jugak
hehehe
ada orang Teluk Intan tak kat sini?
siapa?siapa?
ohoooiii baca selajutnya yer:- (mcm Dato M Daud Kilau lak) hihihi
TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
"Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
"Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
Sumber : Berita Kosmo
**harap tiada siapa yang terpengaruh dengan cerita-cerita tak betul tersebut :)
10 comments:
sue org bagan datok ke?
hheheeh
kite pun teluk intan jugak :)
taktau plak citer pasal hantu menara condong ni
ke diorg pandai2 kn..hehe
Baru je lalu haritu tapi tak singgah. Aloh kalo tau awak orang sana dah hello hello dah jumpa. Hehe
seram jugak khabar angin misteri mcmtu..yelah benda2 halus ni mana2 pun ada ~
hah, ada ker?... huhu
saya mmg x percaya dari awal lagi..
hhuhu
uishh..kalau dibaca bunyinya menyeramkan dik...btul tu,makhluk2 halus ni ada je di mana2..mereka jugak makhluk Allah..
tp harap2 jgn la org reka2 citer mcm ni..kang ramai yg percaya huhu.
tahun 2000, saya pernaha naik sampai atas menara tu, sampai lah belakang jam besar tu, tuah kami hari tu, penjaganya bagi masuk dan naik, walhal kalau tak kena minta surat kebenaran dari majlis kalau tak silap
Salam sue,
Lama tak jenjln sini...tup tup cite antu plak... Pernah pergi sana dulu, pernah amik gambar lg kat menara tu...kat dalam tu semua...takde pulak jumpa hantu...saje la tu...hehehehe..tak baik kan...
saya yg asal perak pon x penah lg pergi menara condong tu
aik.. xpnh dgr plak sy pasal ni.. sy lum pnh lg g sana :-)
Post a Comment