Monday, January 30, 2012

Keputusan Penuh AJL 26-Awan Nano mengungguli

                    Tahniah buat Hafiz yang menggungguli AJL ke 26 semalam...rasanya tidaklah kita perlu pertikaikan kemenangan beliau..dengan susunan muzik, melodi dan penghayatan yang dibawa, cukup menyentuh perasaan saya ketika mendengar lagu ini dibawa malam tadi...dan tekaan saya nyata benar tatkala Cheryl dan Faizal Ismail mengumumkan kemenangan Hafiz semalam...Hafiz turut memenangi Vokal Terbaik bagi tahun ini.
                  Dengan tema air dan set yang cukup hebat dari Tv3, setiap penyanyi menampilkan aura mereka yang tersendiri. Sorakan gemuruh kedengaran tatkala Alyah mendendangkan lagunya dan diakhir persembahan dengan kemunculan Remy Ishak( sib baik Tiz Zayqyah tak muncul jugak..hehehe)..Faizal Tahir pula dengan gimik piano terbakar di atas pentas. Paduan suara Jacylyn, Shila Amzah dan Ning Baizura juga cukup memukau penonton.

                  Secara keseluruhan saya yang menonton AJL kali ni memang puas hati.

Keputusan penuh AJL 26 :-

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz



7 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

a'aa mmg best kan persembahan semua mlm td... pe2 pun tahniah utk m nasir n hafiz..

MrS. F!zA said... [Reply to comment]

ramai yg dh agak awan nano leh mng..semua lgu best kot kan..hihi

LYAfrina said... [Reply to comment]

setuju awan nano menang.. sbb hafiz nyanyi mmg bagus..lirik pon..mmg penuh puitis..

smua lagu best..kecuali..satu lg dr projek pistol..mmg lya x biasa dgr lagu tu.. mmg x familiar dgn lya

NzA said... [Reply to comment]

mlm tadi layan separuh je......

::NureeN:: said... [Reply to comment]

nureen x tgk pon.. hahhaa kami g shopping mlm semlm :P

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said... [Reply to comment]

layan AJL smbil celebrate besday atok zaquan & ziqry.

rasanye semua persembahan pun menarik dan semua lagu2 best, persembahan Aizat menarik sgt, tp aliyah menang pun ok gak sbb dia jd patung tu kan..

Hafiz nye suara pulak mmg sedap bila nyanyi live n layak sgt menang, lagu awan nano tu hafiz bawa dgn baik..:))

NEXT TO YOU SHOP said... [Reply to comment]

Jemput ke blog tupperware sy ya! http://tuppnexttoyou.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...