Monday, January 9, 2012

Shopping di Midvalley dan singgah di Istana Negara

                  Cerita minggu lepas tapi baru sekarang baru sempat nak up..gambar dah diupload tapi tak sempat karang..huhuhu.
                   Masa nih ikut en suami pergi shopping baju. Katanya nak beli baju golf tapi tak tau nak cari kat mana. Siap YM bos dia tu untuk tau kat mana boleh cari baju macam yg dinakkan. Lastly gi cari di Studio R, Midvalley. Itupun lepas bosnya suggest. Nak harapkan saya, manalah saya tau baju-baju camtu. Baju biasa tu taulah. Lama jugak membelek kat situ sampaikan Amira naik bosan, lari seluruh kedai dan mula tarik-tarik baju yang ada kat situ. Kesudahannya tak jadi beli sebab agak mahal kat situ. . Yang diberkenankan tu harganya beratus la. Tak silap saya RM 130.00 selai..Huh membazir betul. Next timelah ye ayah beli. 
                       
           

ANAK IBU YANG TAK MAHU DUDUK DIAM

LEPAS SHOPPING BAWA GI MAMAM BUBUR..DEKAT FOOD COURT NIE WAT HAL PULAK..NANGIS NAK BERLARI-LARI DALAM TU.HAISHH SAMPAIKAN IBU KENA PEGANG ERAT LAH. LEPAS MAKAN CEPAT-CEPAT KITORANG BALIK



                Sebelum balik rumah singgah sekejap di Istana Negara yang baru( sebelum ni di Jalan Istana . Fuhhh besar betul kawasannya. Masa pergi tuh adalah sebijik dua kereta yang singgah tangkap gambar. . Yang dipertuan agong pertama bersemayam di Istana Negara, Jalan Duta ini adalah Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu pada 11 November 2011. (sama le pulak dengan tarikh lahir saya). Sekarang dah ganti Agong baru. kalau nak tau Tuanku Mizan ni mendapat undian tertinggi bagi undian  orang yang paling kacak di dunia. ( saya tau pun masa tengok berita TV3, heheee).
                     Takdelah masuk dalam Istana tu, lagipun mana boleh kan. Lepak kat luar jer masa ni ambil angin sambil tengok Amira berlari-lari di kawasan lapang.



AMIRA  MEMANG SUKA SENTUH LANTAI KERJANYA. TAK TAHULAH APA YANG MENARIKNYA


EH EH ADA PENGAWAL KESELAMATAN LAH..TAPI KENAPA TECIK SANGAT ORANGNYA, HEHEHE..AMIRA TERJUMPA KERUSI DAN DITARIKNYA KERUSI TU DEKAT DINDING DAN TERUS DUDUK ALA2 PENJAGA KAT SITU

BOSAN DUDUK NAK MERAYAU PULAK

NAK LARI GI MANA PUN TAK TAHULAH..PENAT BERKEJAR-KEJARAN NGAN AMIRA.HEHE IBU SAJE JE KEJAR AMIRA SAMPAIKAN MENGEKEK-NGEKEK DIA KETAWA SUKA.

PENAT LARI POSING JAP



                   Macam biasa hanya gambar saya bersama Amira je yang penuh, en suami tak suka bergambar.Haishh susah betul la, macamana nak ada kenangan bersama ni. Nasib baik lah nak jugak ditangkapnya gambar kitorang. hihihi..

Itulah alkisahnya
 

5 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

sy xpnh lagi g istana negara ni... hihi..

a'aa baju golf mmg mahai sikit kan..

LYAfrina said... [Reply to comment]

shopping apa kat MV??

x pnah smpai gak istana negara.. lalu..smbil jeling2 jer..

eB ezrin said... [Reply to comment]

kami x pernah sampai tau :)

Qhaifa Nur said... [Reply to comment]

bestnya dapat masuk istana, memang teringin nak bawa anak2...nanti mesti datang punya...huk3..

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

luasnye kawasan dia.. lapang jek.. lagilah suka budak2 berlari nih~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...