Sunday, January 8, 2012

Last entry sehari dengan Mak Su



Bismillahirahmanirahim..
**Sambungan dari entry INI ( ampunnnn baru terperasan entry ni terlupa di upkan..alang-alang dah didraftkan baik saya publishkan saje..hehehehe) 


                 Selepas habis pusing-pusing sekitar Kuala Lumpur, hari pun dah petang perut tetiba lapar. Dok pikir nak jamu apa lah kat Mak Su nih.Tanya Mak Su lapar sangat ke.nak makan apa.yelah memandai-mandai nanti tak kena pulak dengan selera. Mak Su kata tak kisah. So en suami plan bawa makan di Sate Kajang. (Sate Kajang Hj Samuri yang beralamat di Bangunan Dato Nazir, Jalan Kelab, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan). Walaupun hujan tapi sebab perut dah lapar apa kisah kan hujan ye..redah saje..



semua dah lapar, kamera pun tak mahu pandang dah




anak daraku yang sangat suka dengan sate 


order sate ayam


tengoklah tu..tak perasan pun gambar ditangkap


kesian dengan anak Mak Su yang kedua nih, muntah-muntah sebab perut kosong.Tengahari tak mahu makan nasi. jadi diorderkan la nasi lemak untuknya


Mak Su yang tak pandang kiri kanan dah..huhu


en suami yang berpenat lelah drive ke sana kemari seharian. Malam tu pulak terpaksa ke Terengganu, ada site visit untuk 1 projek yang tak dapat dielakkan..


Yummy



                           Selepas habis makan meneruskan perjalanan menghantar Mak Su ke Beranang Negeri Sembilan, ke rumah sepupu saya. Masa nie Amira dah keletihan, tertidur dalam kereta.Bila sampai angkat masuk dalam rumah pun tak sedar. Lepas 15 minit camtu barulah bangun main.  






                        Hmmm begitulah kisahnya. Tak puas sebenarnya dapat jumpa sedara dalam satu hari je.Nak buat camana Mak Su ada beberapa tempat lagi yang perlu dikunjungi. Harapnya lepas nie dapat jumpa lama-lama sikit. Bolehlah saya bawak ke tempat-tempat lain yang lebih seronok.

2 comments:

LYAfrina said... [Reply to comment]

sdpnya sate kajang.. saiz n rasa mmg jauh beza dgn sate y kat trg ni..

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

satay haji samuri ni mmg sedapkan.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers