Bismillahirohmanirrahim...
Kata orang masih rebung inilah yang perlu diasuh dan dipupukkalau dah jadi buluh nanti susah pulak nak dilentur
itu kata orang, kata saya ada betul perumpamaan tu tetapi
kadang-kadang yang buluh tu kalau selalu dilentur takde masalah jugak
bergantung pada sikap seseorang
huhu uishhh merepek sudah..
itu kata orang, kata saya ada betul perumpamaan tu tetapi
kadang-kadang yang buluh tu kalau selalu dilentur takde masalah jugak
bergantung pada sikap seseorang
huhu uishhh merepek sudah..
Di peringkat bayi dan kanak-kanak, otak mereka sedang berkembang dan cuba mempelajari serta memahami setiap yang dilihat serta diajar. Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut usia dan individu. Seharusnya dalam usia ini mereka harus dilatih tetapi tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Latihlah dengan perlahan-lahan.
Mengikut pembacaan saya, tiga tahun pertama merupakan tempoh yang penting kerana pada masa ini otak mereka berkembang dengan pesat. Ketika itu otak lebih fleksibel dan sedia mempelajari sesuatu. Perkembangan awal samada negatif atau positif akan memberi kesan kepada jalinan sel-sel otak kanak-kanak.
Kita juga sering tertanya apakah pengaruh "genetic" terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak. Ya, faktor itu memang mempengaruhi namun begitu faktor keadaan sekeliling penentu bagi menentukan sejauh mana kepintaran dan bakat yang diwarisi itu berkembang. Jika hanya bersandarkan pada baka semata-mata tidak cukup.Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.Lihatlah betapa pentingnya peranan seorang ibu atau ayah. Rangsanglah anak anda dengan kasih sayang. Bantulah mereka memahami setiap perkara.
Selingan : Amira belajar solat
beginilah gaya Amira bila belajar solat (picture lama sekitar umurnya 2 tahun)
AKSI SUJUD DAH JADI TERBARING PULAK |
NAK BETULKAN BALIK SEJADAH YANG TERLIPAT, UISHH TENGAH SOLAT BOLEH TENGOK-TENGOK ORANG LAIN KER... |
SEJADAH TERBALIK PULAK DAH..HEHEHE |
12 comments:
melentur buluh biarlah dari rebung.. comel jek si kecik solat..hehehe
sama mcm anak2 akak.kdg2 tak khusyuk dibuat dek mereka.siap boleh selak telekung akak,nk tgk tgn letak kt mana huhu..
sejuk perut mak dia =). Kakal kalau kita solat dia sibuk selak telekung. Panggil Bu Bu, kita tak layan dia blah bawak diri. Haha.
waH.. pandai bagus ni.. didik dr kecik :-)
macam saya anak dah makin besar kena solat..kalau x siap huk3...
baiknya dia tak kacau mama solat..
gelak bsr eB tgk. samer cam aerish & aed ;p
salam kenal :)
hehe..macam gaya Qis juga tu.. ;)
melentur buluh biar dari rebungnya.... alhamdulilah
alololo,..sangat comel. sampai terbaring tu sebab dia nak sujud kot..hehe..takpe, yg penting dh bg pendedahan pd dia kan.
bagus ler....sekurang2 nya dia nakgak mengikut..kalau kite solat depan dia hari2 tentu dia akan ikut dah hafal step tuh..mcm amani setiap kali kiteorg mkn, naik kenderaan baca doa kuat2 amani pun ikut bebel2.. :)
sukenye tgk entry ni... dah lame jd silent reader sbenanye, tp kali ni nk komen sbb sy sbg seorg ibu mmg nk tanamkan keinginan bersolat dalam diri anak since dirog kecik lg.. tq for sharing..
btw, wahai blogers sekalian, i need more followers.. jom singgah dan follow saye k!!! tq.. syg korg!!
http://diyanamarissa.blogspot.com
Post a Comment