Tuesday, January 31, 2012

Cinta Hati


                      Mood sayu harini tengok gambar Amira tidur sebab malam tadi ibu babab Amira sampai Amira nangis sedih. Mana taknya bila ayah takde Amira jadi tak tentu arah... Rindu pada ayah..(dah 3 hari ayah outstation)..Hoho bagi kain dengan baju ayah buat pegang-pegang konon-konon nak ilang rindu, tak jalan le plak cara tu...(haha anak ibu dah besar mana leh cara tu ye) Sampai di rumah semalam terus merengek-rengek, nangis tanpa ada punca...Bagi susu tak nak, ajak makan pun secubit jer makannya.. Main pun kurang, asyik nak sepahkan permainannya jer merata-rata pelusuk ruang tamu..Lastly ibu pasang DVD Upin & Ipin. Oklah jugak. Senyap sekejap..
                   Bila tiba masa untuk tidur (sebab dah lewat sangat hampir pukul 11.30malam) Amira nangis-nangis sambil hentak-hentakkan kaki. Sekali terterajang ibu ler pulak yang ada kat sebelah. Haaaaa anginlah ibunya sekejap. Kan dah kena babab ngan ibu. Menangis sedihlah pulak anak ibu. Walau ibu dah pujuk, cium Amira tapi leh dengar lagi tangisan sedihnya tu..tak lama kemudian barulah anak ibu tidur...Bila tengok balik muka anak yang sedang lena  ibu pulak rasa nak nangis.. Sedihnyaaa...tak patut pulak ibu marah Amira kan..Tapi ibu takdelah babab kuat pon, kat pampers je kenanya,alaa cam pukul-pukul manja tuh, mungkin sebab Amira tgh sedih ayahnya takde tu yang meraung tuh..Hurmmm.. 
                    Bangun pagi nih ibu layan Amira baik punye..hihihi..bagaikan puteri..Nasib baiklah tak merengek-rengek dah..hantar taska pun senyap jer siap lambai-lambai ibu lagi..


              
**Harini en suami balik dari outstation..Harap mood Amira ok malam nih..

Monday, January 30, 2012

Adun Bagan Dato melawat kawasan

23hb Januari 2012

balik kampung haritu terjumpa seorang adun 
yang tengah melawat kawasannya
 area Teluk Intan































hehehe ada gaya tak? berspek hitam dan tangan bersilang ke belakang
ala2 adun melawat kawasan.. siap sedia membantu rakyat..

Keputusan Penuh AJL 26-Awan Nano mengungguli

                    Tahniah buat Hafiz yang menggungguli AJL ke 26 semalam...rasanya tidaklah kita perlu pertikaikan kemenangan beliau..dengan susunan muzik, melodi dan penghayatan yang dibawa, cukup menyentuh perasaan saya ketika mendengar lagu ini dibawa malam tadi...dan tekaan saya nyata benar tatkala Cheryl dan Faizal Ismail mengumumkan kemenangan Hafiz semalam...Hafiz turut memenangi Vokal Terbaik bagi tahun ini.
                  Dengan tema air dan set yang cukup hebat dari Tv3, setiap penyanyi menampilkan aura mereka yang tersendiri. Sorakan gemuruh kedengaran tatkala Alyah mendendangkan lagunya dan diakhir persembahan dengan kemunculan Remy Ishak( sib baik Tiz Zayqyah tak muncul jugak..hehehe)..Faizal Tahir pula dengan gimik piano terbakar di atas pentas. Paduan suara Jacylyn, Shila Amzah dan Ning Baizura juga cukup memukau penonton.

                  Secara keseluruhan saya yang menonton AJL kali ni memang puas hati.

Keputusan penuh AJL 26 :-

Juara Lagu Ke 26
Awan Nano oleh Hafiz

Naib Juara Lagu Ke 26
Beribu Sesalan oleh 3 Suara

Tempat Ketiga Juara Lagu 26
Karma oleh Faizal Tahir

Persembahan Terbaik
Kisah Hati oleh Alyah

Vokal Terbaik
Awan Nano oleh Hafiz



Saturday, January 28, 2012

Anugerah Juara Lagu

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu ke 26 :-

Tarikh: 29 Januari 2012
Masa: 9.00 Malam – 11.30 Malam
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil
Pengacara: Faizal Ismail dan Cheryl Samad
Siaran secara live di TV3
Tema persembahan : Air



Lagu yang layak ke FINAL :-


  • Sungai Lui yang dinyayikan Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)





  • Janji oleh Akim (Akim/Akim)





  • Awan Nano  yang dinyayikan  Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)





  • Menyesal oleh Sixth Sense (Gjie/Sixthsense)





  • Maaf Dari Hati  yang dinyayikan Sofazr (Mohd Atlas/Mohd Atlas)





  • Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)





  • Bagaikan Bidadari  yang dinyayikan  Tomok (Aubrey Suwito/Tomok)





  • Babak Pertama oleh Drama (Ammar Habir/Aepul)





  • Perpisahan Ini  yang dinyayikan 1st Edition feat. Aizat (Erol 1st Edition/Jijo 1st Edition)





  • Ilusi oleh Adira (Audi Mok/Audi Mok)





  • Pokok  yang dinyayikan  Meet Uncle Hussein feat. Nubhan (Taja/Tun Teja)





  • Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan    Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)





  • Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)





  • Muda  yang dinyayikan Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)





  • Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)





  • Kurnia  yang dinyayikan  Mizz Nina & Noh Hujan (Noh Hujan/Noh Hujan)





  • Luar Biasa oleh Shahir (Audi Mok/Zelfirdaus)





  • Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)





  • Mata Hati  yang dinyayikan  Nubhan (Audi Mok/Audi Mok)





  • Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)





  • Gadis Semasa  yang dinyayikan  Yuna (Yuna/Yuna)





  • Cinta Matiku oleh Sixth Sense (Sixth Sense/Sixth Sense)





  • Penakut  yang dinyayikan  Yuna (Yuna/Yuna)





  • Kisah Dongeng oleh Stacy (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Aku Permata  yang dinyayikan  Salma (Taja/Tun Teja)





  • Sedetik Lebih oleh Jaclin Victor (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Di Penghujungnya oleh Iqa (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)





  • Cinta Teragung  yang dinyayikan  Hazama (Kuncidemak/Kuncidemak)





  • Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)





  • Bila Bertemumu  yang dinyayikan  Shiha (Ajai/Ajai)






  • Friday, January 27, 2012

    Menara Condong Teluk Intan Ada Hantu??

    Baca berita kejap tadi
    ada satu berita yang menarik
    huhuhu
    menarik sebab saya kan orang Bagan Dato..Teluk Intan jugak
    hehehe

    ada orang Teluk Intan tak kat sini?
    siapa?siapa?

    ohoooiii baca selajutnya yer:- (mcm Dato M Daud Kilau lak) hihihi

    TELUK INTAN - Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai penyebaran imej puntianak yang kononnya dirakam di Dataran Menara Condong Teluk Intan di sini baru-baru ini.
    Yang Dipertua (YDP) MPTI, Ibrahim Ahmad berkata, pihaknya percaya imej entiti tersebut yang sekarang ini berleluasa disebarkan di laman rangkaian sosial, Facebook dan blog tidak sahih dan sengaja disensasikan.
    Beliau juga kesal dengan perbuatan tidak bertanggungjawab mereka cerita cuba mengaitkan imej puntianak itu dengan kisah seorang wanita yang kononnya membunuh diri dengan terjun dari tingkat atas Menara Condong Teluk Intan beberapa tahun lalu.
    "Wanita yang dikatakan mati membunuh diri itu hanya cerita sensasi yang sengaja direka-reka untuk mengelirukan orang ramai.
    "Saya kesal kerana penyebaran foto yang diragui keasliannya itu kerana ia boleh memberi imej negatif kepada Menara Condong Teluk Intan yang merupakan antara ikon pelancongan terkemuka Perak," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
    Sehubungan itu, Ibrahim berharap masyarakat umum dapat membuat penilaian dengan baik berhubung penyebaran imej puntianak terbabit dan tidak mudah terpengaruh dengan cerita-cerita mengarut itu.
    Sumber : Berita Kosmo
    **harap tiada siapa yang terpengaruh dengan cerita-cerita tak betul tersebut :)

    Berpenyet di Prima Gombak

                                                                  Salam Jumaat...
                                                        
                                     Selepas balik kerja semalam kami pergi makan-makan 
                                                di Ayam penyet AP Prima Gombak..
                                                   mood: malas masak di hujung bulan..hehe
    Sampai saja di kedai terus order sebab dah kelaparan. 




    sibuk jer budak masyam nih nak order jugak, habis diambilnya buku menu ibu

    order set Kiddy Meal untuk anak ibu

    menu ayah : ikan

    menu ibu : ayam penyet AP

    set kiddy meal untuk anak ibu : nugget+kentang+ais krim

    air untuk ibu 


    ayah pilih honeydew..slurppp manis


    tu diaaa....yummmyy..

    aiskrim perisa chocolate+strawberry+vanilla untuk Amira


    tengok tuh aiskrim tu Amira sorang jer makan..

        Lepas makan terus balik sebab hari dah hujan. .
    malamnya Amira tidur dengan lenanya tanpa menguit dan merengek sedikitpun..
    Mana taknya dapat makan ais krim kesukaannya..
    kenyang perut suka hati..lalala..
    hehe.. 


    yeayyy esok cuti lagi
    huh kejap betul kerja minggu nih
    tak terasa pun
    this week takde pergi mana-mana sebab en suami outstation ke JB
    makanya terperaplah ibu dan Amira kat rumah nanti




    Thursday, January 26, 2012

    I-City Part 2

    Selepas semangat yang hilang minggu lepas
    minggu nih semangat dah pulang
    tapi masih meninggalkan kesan
    takpelah...tak mahu mengingatkan benda-benda yang sedih
    hidup perlu diteruskan dalam keadaan ceria
    barulah awet muda kan.
    ahaksss

    Sambungan dari part 1
    sebenarnya tak plan nak pergi ke I-City
    Cadangnya ke tempat lain
    tapi disebabkan faktor kekangan masa dan kerja 
    pergi pun dalam tergesa-gesa
    lihatlah wajahku
    serabut jer
    tambahan pula cik adik kesayangan beria-ia nak pergi
    kuturutkan sajalah..hehe

    adik kesayangan yg masih belajar di upmkb sarawak

    ewahhhh




    saat ini Amira mahu melepaskan diri

    haha akhirnya..meronta-ronta sampai ayah terpaksa pegang erat
     takut gedebuk jatuh lak nanti


    posing lagi...

    ada pulak burung merak sesat..


    selepas lari ke sana sini, masa untuk main nyorok2 pulak

    Hahha nak main sorok2 jugak tapi amira ngan makcik dah hilang...uwaaaa

    Amira suruh senyap, ibu nih bising sangat pot pet suh snap gambar..

    apsal ayah ngan amira pandang tempat lain nih..

    sebelum balik snap dulu di pintu keluar sekali lagi..

    my dear younger sister..luv  u dik..hehe sama tak muka kami?

    **saya sebagai kakak tapi adik-adik saya lagi besar dari saya..hehehe..dalam family saya perempuan ada 3 orang..diorang selalu silap anggap saya sebagai adik..adehhh sedihnyer..ayat yang biasa saya dengar "awat kakaknya kecik jer nih"waduh waduh..sesuka jer mokcik-mokcik tu ngate saya..huhu..tapi saya tak kisah..hehe janji saya awet mude..wihuuuu..:p <perasantan kejap>

    Wednesday, January 25, 2012

    Selamat Ulangtahun Kelahiran My Love

    Selamat Ulangtahun kelahiran buat en suami tersayang 
    25th January 2012..
    yang ke 34 tahun nih..

    semoga kasih sayang kami berkekalan hingga akhir hayat



    Friday, January 20, 2012

    Balik kampung

    Salam Jumaat
    Last kerja untuk minggu ni
    kemudian cuti sampai hari Selasa
    Yeayyyy
    this week balik kampung
    Beruas & Bagan Dato
    dah lama tak balik

    kembali bersiaran hari Rabu depan
    sebabnya line internet DIGI xdok kat kampung

    **Semoga perjalanan kami selamat..Insyaallah

    buat semua yang turut balik kampung minggu ni berhati-hati di jalanraya ok...

    Thursday, January 19, 2012

    Moga Tiada Mendung lagi

    Alhamdulillah
    semoga hari ini seindah dan seceria mentari pagi
    selepas kes semalam rasa serik sangat-sangat 
    lepas ni kena pastikan kunci rumah dan handphone berada dalam beg sebelum masuk kereta
    kalau tidak berulanglah lagi episod duka semalam

    Syukur sangat-sangat..
    rupa-rupanya dalam dok sibuk kalut telefon hubby 
    rupa-rupanya hubby on d way pulang KL
    mungkin Allah gerakkan hati hubby untuk balik walaupun dah siap packing barang 
    nak bermalam di Jelebu N9

    DAN rupa-rupanya tersalah dail nombor hubby semalam
    Masyaallah
    terlebih letak digit nombor telefon rupanya saya nih
    adehhhh...itulah kalau dah panik
    patutlah panggilan tak berjawab
    haishhhh nasib baik hubby tak bebel panjang-panjang

    nasib baiklah saya stay di ofis malam tadi
    telefon kawan-kawan hubby minta tolong diorang sampaikan pesanan saya
    hubby sampai di KL lebih kurang pukul 10.00
    terus pergi makan sebab dah lapar sangat
    ( saya cuma makan 5 batang cucuk sate sahaja dan beberapa suap nasi)
    kemudian terus balik rumah dan zzzzzzz
    lena tidur sebab dah penat+takde semangat+hilang mood

    pagi nih jerawat besar muncul di sebelah pipi kiri..tanda stress..
    dah lama jerawat tak menziarahi saya..huhu..

    **harapnya perkara begini tidak berulang lagi..minggu ni memang minggu yang sedih bagi saya dan hubby, dugaan agaknya..dugaan bila bekerja di bawah tangan orang ..rasa macam nak pergi bercuti jer, nak tenangkan fikiran dan dapatkan kembali mood ceria..

    Dugaan betul..

    Subhanallah
    Dugaan betul lah
    Harinie memang hari sedih 

    Amik Amira petang tadi, terus balik rumah
    gagau-gagau dalam beg cari kunci rumah
    bedezuppp jantung bila perasan takde kunci rumah
    adussss
    patah balik ke taska Amira
    pinjam handphone dari pengasuh Amira dan cuba call en suami
    tapi masih tak berjawab ( en suami dalam building, rasanya handphone dia tinggal di pondok pengawal)
    bedesuppp lagi jantung
    adehhhhh camne nih..
    hantar mesej masih lagi tak berbalas

    NOW berada di ofis..
    dengan penat lelahnya dukung Amira (sebab tak berkasut)
    patah balik ke ofis

    hantar mesej pada wall FB en suami
    harap-harap beliau perasan@ada orang yang perasan
    yang boleh bagitau macamana nak contact en suami

    MOOD : tak dapat digambarkan

    en suami sekarang berada di Jelebu N9..
    en suami dah pesan pagi tadi katanya balik lewat harini
    mungkinkah pukul 1@ 2 pagi???




    dah call banyak kali dah nie...masih tiada jawapan


    Wednesday, January 18, 2012

    semangat yang hilang

    DOWN..
    semangat runtuh...
    sedih...

    apa perasaan anda bila kita dah cuba sedaya upaya
    memberikan yang terbaik, sehabis baik..

    mengenepikan persoalan-persoalan lain..

    membantu bila diperlukan walau tidak diminta...

    bertindak pantas bila diberikan arahan
    apa yang penting didahulukan..

    mencuba menyelesaikan apa sahaja masalah
    walau ianya diluar bidang kuasa kita..


    tetiba sahaja kita DIPERSOALKAN
    ???
    WHY??

    Bukan saya minta dihargai tapi saya minta supaya difahami.

    **maybe saya rasa saya buat yang terbaik sedangkan ianya bukan terbaik di mata diorang..

    Should i berdiam diri@menyuarakan ketidakpuasan hati??




    Tuesday, January 17, 2012

    I-City Part 1

    Siapa pernah pergi I-City?
    Sila angkat jari anda..hehehe
    Mende yang banyak kat I-City nie cuma lampu jelah
    lip lap sana sini..berwarna warni
    itulah tarikannya
    dan satu lagi ada Snow Walk
    ala-ala musim salji gitu
    kalau rasa panas-panas badan tuh bolehlah datang
    membekukan diri


    Pernah pergi dua kali ke I-City
    First masa mula-mula dibuka
    banyak yang takde lagi termasuklah snow walk
    parking pun free, sekarang dah RM 10.00 rasanya
    Second pergi dengan adik..teringin sangat katanya nak pergi
    Tapi masih lagi tak dapat nak masuk snow walk sebab penuh dengan orang
    malas nak tunggu lama dan beratur
    lagipun sampai I-City dah lewat 
    just snap picture balik lampu sahaja

    Layankan picture kitorang di balik lampu, sebelah lampu sambil feeling-feeling kuch kuch hota hai

    pintu masuk 

    interprem diri sendiri dulu



    en suami dok sibuk ngan BBMnya sajer

    Amira ngan makcik

    semua nak sentuh..kena renjat satgi sape susah?

    aishhh makcik nih lagi



    adik membesar bagai juara..biasalah tu kan..
    kakak kan baik kenalah bagi adik membesar dengan jayanya
    giraffe yang sangat tinggi..hehe tak kuasa nak nak dongak lama-lama

    Amira yang sibuk dengan belon kempisnya..baru seminit dah jadi cenggitu

    Amira pun nak naik sekali...haru dibuatnya




                                Ohooo yang menariknya Amira bukan suka sangat dengan lampu yang ada tetapi kawasan sekitarnya. Berlari ke sana ke sini tak tengok kiri dan kanan dah. Bila dah berlari tu tak dapatlah nak snap picture anak ibu. Yang banyaknya muka si ibu la. Tak caye kita tengok next entry bila Amira dipaksa bergambar bersama..hehe 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
    Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers