Friday, December 30, 2011

Entry akhir tahun

sempena ujung tahun < patutnya di awal permulaan blog...> nak perkenalkan diri nih pada sume2 yang manis-manis, cantek-cantek, lawa-lawa, dan jelita-jelita..
mengeratkan apa yang tak erat lagi
merungkai apa yang tersimpul
hakhakhak poyonya saya
lagipun saya baru belajar ber blog, masih mencari-cari kawan yang 
sudi berkawan dengan saya
hukhuk sedih plak part nih, macam nak guling2 jo bawah meja< harap ado la ye>
harap juga dapat tunjuk dari semua
saya ibarat budak baru belajar di tahun 1
walau follower tak banyak dan tak ramai yang visit here
saya tetap bersemangat
semoga sinar 2012 menyinari blog ini..
huhuhu




Nama sebenar : Sanuria Zainun
Nama Panggilan : Sue
DOB: 11/11/1984 < acctually maaf yer pd yg lebih dewasa dari saya kalau tetiba panggil
nama je, almaklumla tak tahu..yg saya nampak sume muda-muda jer..camne nak tau...>
Anak ke : 4 dari 7 (sulung perempuan)
Status : Berkahwin (5 mac 2008)
Anak : sorang, Nur Dina Amira...3 tahun pd 05/01 nie ..yang lain akan menyusul kelak..kekeke
FB :  Sue Zainun< insyaallah saya akan accept anda >
Asal : Beruas Perak, sekarang menetap di Selangor
Bekerja : kuli jer kat syarikat kontraktor (swasta)
Mula berblog : seawal Julai 2011


Suka :


1) Berphoto
2 ) Cuti2 1 Malaysia,
3 ) Suka shopping 
4) Melayari internet
5) Menonton televison


*serba sedikit tentang saya






Banjir di umahku

Wah Wah semalam ramai betul orang dok update status cerita Tentang Dhia
Seawal cerita bermula lagi dah ada hint
nasib baik la semalam terbaca status Lya yang kata tengah tunggu nak tengok
adeiii kalau tak musti tak sempat(terlupa lak ms tu)
bergegas pulang..jalan pun laju jer sampaikan ada yang dok toleh..hahaha


Agak tak puas hati dengan ending cite
mana taknya tak tahu apa yang terjadi lepas tu dengan ku salmi ngan zetty
cuma tahu pasal Melly & Azmi dengan Raffi
tapi bersesuaian la dengan tajuk  Tentang Dhia
haruslah fokus cerita pasal Dhia sahaja kan


Rasa cam nak suggest jer buat satu cerekarama TV3 ke dengan tajuk
TENTANG KU SALMI & ZETTY 
wahahaha  boleh gitu?


banjir jugak la kat umah semalam
mana taknya nengok sorang-sorang
senyap sunyi jer
feel pon masyukkk lah..


walaupun ada pandangan yang negatif dari segelintir masyarakat (sorang dua je kot)
yang lain semua kata best dan terbaikkk
bagi saya cerita nih memang seronok
lain sedikit dari yang lain
lagunya pun syahdu-syahdu
endingnya hero dan heroin mati bersama







Thursday, December 29, 2011

Parut yang tak hilang

dah hampir 3 bulan kena
tapi parut masih tak mahu hilang
grrrrrrrrrrrrr
sapu bio oil  ( kadang-kadang jer)  
sebab selalu lupa
nak guna cream vitamin E, muka pulak kering
aiyoooo


sekarang nih tengah guna satu produk
Annissue Stem Cell Collagen
itupun budak kedai yang suggestkan
* tak reti ar nak pilih produk mana satu
belambak giler produk sekarang nie kat pasaran
sedang mencuba set percubaan
tanya en suami ada perubahan tak?
dijawabnya "entah..sama jer..xberubah pon"
*mood saya : down terus
ayarkkk en suami memang payah skit nak puji-pujian nih
macam tunggu emas jatuh seketul keluar dari mulutnya




jenis kulit lak sensitif
salah pakai sikit betimbun jerawat muncul dan gatal-gatal muka




dulu-dulu start dr sekolah menengah pakai Olay sampailah umur 25 kot(tak berapa ingat bila stopnya)tapi baru jugak la
selepas Olay tukar bahan pada Olay Whitening 
terus tak boleh pakai
bila pakai muka naik jururawat..maybe sb agen pemutih yang ditambah


dalam setahun lepas dok pakai bedak Johnson semata-mata jer di muka




bila  Safi Rania Gold keluar cuba amik produk nih
cam best jer tengok Rozita Che Wan pakai
cantik kulitnya
tapi saya cuma guna pencuci, pelembab ngan krim muka saje
alasan tak pakai 1 set : malas
tengok muka cam takder perubahan pulak (parut)
mungkin tak sesuai utk hilang parut
*mode: garu kepala, penin
mungkin kena pakai 1 set agaknya




parut nih cuma ada sebelah muka jer
sebelah lagi elok plak takde
skang nih memang malas nak tengok cermin
takde mood..huh!
parut chicken pox yang tak hilang-hilang, 3 dot hitam besar dan jelas kan parutnya,
*gambar diedit, kalu tak edit lagi jelas :(


3 bulan lepas 
3 bulan lepas





Wednesday, December 28, 2011

Si cilik belajar memandu

bila si ayah tinggalkan stereng

bersungguh-sungguh masuk gear

ok..pusing kiri pulak

pandang depannnnnn

ibu tak pandai memandu, si anak pulak yang advance 
inilah gaya si cilik belajar memandu :p
ahakssss
bila nampak si ayah nak masuk kereta dah, macam lipas kudung dia beralih tempat
pandai yer, lepas tu wat tak tau, macam takde apa berlaku
sedangkan baru jer lepas main stereng ayah, hon kereta ayah, wiper ayah..
hahahaha anak ayah....anak ayah...:)




**saya tak pandai drive, dr dulu nak belajar tp tak berkesempatan, tak tahulah bila agaknya ada kesempatan tu..tengok orang lain boleh drive ke sana ke sini..bestttnyerrrr rasa..
senang kalau nak gi mana-mana..
haiyoooo agaknya kena rembat satu kereta lagi kot baru termakbul niat..

Tuesday, December 27, 2011

Sekitar KL With Mak Su

Selepas turun dari Genting bergegas pulak bawa Mak Su round sekitar KL
Tempat pertama Suria KLCC, Muzium Negara , kemudian Menara KL, 
Petaling Street, dan  Putrajaya
terpaksa cepat sebab masa tuh dah pukul 3 pm..
kena kejar masa
tau jelah KL jammed memanjang..satgi kalau terperangkap
kesian lak kempunan Mak Su nak round-round hehe
tak dapat dikawal masa nih, terujanya dia..macam la tak penah datang huhuhu
carik eskalator, nak main turun naik-turun naik..



lalu jer..  



buat kenangan
  

yang ni ngada2..hakhak

suka Mak Su dapat tengok live Pejabat PM..orang politik gak Mak Su nih..huhu


harus la ada kenangan ngan Mak Su
   


benda macam nie selalu menarik perhatiannya..
konpius ibu


anak ibu selalu macam nie, ala2 kontraktor cam ayahnya..
   

last pusing-pusing di Menara KL

    




Si Cilik beraksi

Si cilik tunjuk aksi
masa nie memang tak nampak ibu dan ayah
tak pandang kiri kanan
tengah fokus dengan permainannya





tengoklah kat mana duduknya
kat tangki minyak
dan tak mahu orang pegang 
sib baik tak jatuh gedebuk
ada gaya tak??





ambil masa jugaklah untuk bawak turun si kecik nie
agaknya seronok sangat bawak motor tu
yang paling tak boleh lupa ibu sekali diajaknya naik kat belakang tuh
adoiii segan la ibu nak oiii
terus ibu lari..
si ayah jelah layan

Genting Higlands Lagi with Family Mak Su

                    Alhamdulillah harini dah beransur sihat. So dah boleh continue bercerita.hehehe :p Owh ini cerita minggu lepas. Family Mak Su dan Pak Su datang KL. Pertama kali menjejakkan kaki ke KL selepas 15 tahun kata Mak Su dan pertama kali datang rumah saya.  Sangat teruja dengan kedatangan diorang. Mak Su seorang yang sangat happy dan ceria orangnya. Kalau pergi mana-mana orang mesti suka. Boleh dikatakan memang glamer lah Mak Su saya nih di kalangan kaum kerabat. Rajin dan ringan tulang serta sangat pandai memasak. Memang menjilat jari setiap masakannya. Masa saya, abang sulung, abang kedua dan adik perempuan saya kahwin Mak Su lah yang sediakan lauk pengantin. Haaaa memang terorlah Mak Su nie.
               Tapi bila dah sampai KL nie sebagai tetamu mana boleh Mak Su yang buat kerja kan. Haruslah bagi first class punya layanan.hehehe. En suami ambil keluarga Mak Su dalam pukul 2am di jalan Duta dan esok paginya dah plan nak bawak jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Bukit Tinggi. Boleh dikatakan seawal jam 9 pagi dah keluar sampailah pukul 11 malam baru sampai rumah. Penat tak terkira, mata pun dah takleh nak bukak. Sesampai di rumah terus tidur tak sedarkan diri. En suami keluar rumah pukul 2 am untuk outstation ke Terengganu pon tak sedar. 


Photo sekitar Genting Highlands :-
ber shawl polkadot haritu :)







aksi xhengat dari anak ibu..muncung-muncung mulut
buat bunyi Vrooomm Vroomm


waktu nak turun.. masih berkabus lagi



                   Next entry cerita di sekitar Kuala Lumpur lak sebab tak jadi ke Bukit Tinggi. Mak Su dah pening kepala dengan jalan Genting Highlands yang macam ular kena patuk.


Wednesday, December 21, 2011

Mc Donalds

Takde selera harinie :(
Badan masih lemah
Pagi-pagi lagi dah terjah Mc Donalds
untuk sarapan pagi 
supaya perut tak kosong




first time nak minum air durian belanda nih
masam-masam skit rasanya
bolehla tahan 
RM 1.50 setin

Tuesday, December 20, 2011

Masuk angin

                     Petang semalam sangat-sangat la tak sihat, entah kenapa tetiba je sakit pinggang, bukan sakit pinggang biasa tapi sakit pinggang yang teramat sangat. Tak tahulah pulak apa puncanya, lepas makan je makin menjadi-jadi sakit. Dari setakat sakit pinggang terus ke sakit perut. Dekat rumah pulak takde minyak panas, alaaahaiii..minyak gamat ada la berbotol-botol. Rembat pakai yang itu je. Tido tak lena.Nasib baik lah Amira tak meragam semalam. (Mungkin sebab ayahnya ada) 
                   Rasanya perut dah masuk angin. Dipikirkan balik semalam saya makan jer. Takde pulak perut kosong.Hurmmm
                    Bangun pepagi tadi masih tak kurang. Sampai kat opis terus gi kedai beli ENO halia dan panadol. Lepas minum ENO barulah ok sikit. Tengahari tak lalu makan nasi. Sempat makan 3@4 suap jer. Angin terus naik dan muntah. Muntah plak keluar kat hidung. Nasib baik la sikit jer. Adehhh sangat lemah harini. Kerja opis tak buat sangat pun. Sekejap-sekejap pergi baring kat surau. .
                    Semenjak dua menjak ni keadaan kesihatan agak kurang baik. Mungkinkah fasa peralihan umur yang begitu atau saya sendiri yang mengabaikan kesihatan diri. Kadang-kadang kita tak perasan kan. Yelah dekat ofis kita sibuk bekerja, bila balik rumah sibuk pulak menguruskan rumah, anak dan suami. Saya sendiri mengakui kadang-kadang saya mendahulukan anak dan suami sampai terabai kesihatan diri sendiri walaupun suami sering berleter kat saya. Huhuhu.
                 Pada rakan-rakan jaga kesihatan anda ok. Kalau yang memang sudah ditakdirkan menghadapi dugaan dalam bab penyakit nie, jangan putus asa ok. Berpenyakit bukan alasan kita untuk tidak bergembira. Tanganinya secara positif, Insyaallah semuanya akan ok :) Saya pasti anda semua tabah orangnya. Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Setiap orang menghadapi dugaan cuma dugaan itu sahaja yang berbeza-beza.
                 p/s: Love u all



Monday, December 19, 2011

Kenapa Stress

Assalamualaikum ..
           Banyak sebab kenapa boleh stress dalam sehari

1. Stress sebab harini hari Isnin, semalam Ahad. Bila hari Ahad banyak berehat, Isnin jadi     mengeliat..

2. Stress sebab kerja hari Jumaat tak sempat siap, bawak ke hari Isnin.

3. Stress sebab mengantuk, hari Ahad terlebih tidur


4. Stress sebab dok kat opis ngadap pc, umah ngadap phone, patut mataku rabun..

5. Stress sebab perutku tengah laparrrrr.. Jomm jejomm kita makan...


SELAMAT MAKAN TENGAHARI
 

Friday, December 16, 2011

Cerita 12122011



mandi seawal pagi dengan wajah ceria
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...