Nak kongsikan satu berita harini
SUMBER DARI HARIAN METRO:
TANAH MERAH: Seorang wanita hanya mampu meraung memanggil nama anaknya yang hilang dihanyutkan arus deras di Lata Hujan, Ulu Kusial, di sini, selepas gagal menarik tangan kanak-kanak itu yang terkapai-kapai dalam air, kelmarin.
“Saya cuba menyelamatkan Irfan dengan menarik tangannya, tetapi air terlalu deras menyebabkan dia hanyut sebelum hilang daripada pandangan,” kata Aznira Abdullah, 37, ibu kepada Muhammad Irfan Anuar, 12.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, kegembiraan Aznira membawa dua anaknya berkelah di pusat rekreasi berkenaan sempena cuti sekolah berakhir tragedi apabila Muhammad Irfan maut dihanyutkan arus deras.
Berikutan itu, usaha mengesan mangsa digerakkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ).
Berikutan itu, usaha mengesan mangsa digerakkan dengan bantuan anggota bomba dan penyelamat, polis serta Skuad Keselamatan Tanah Merah/Machang/Jeli (SKTMJ).
Misi menjejaki mangsa berakhir lebih enam jam kemudian apabila mayat Muhammad Irfan ditemui pada jam 10.37 malam, sejauh 50 meter dari tempat dia terjatuh dan hanyut.
Harap pada ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti tu berhati-hatilah
dan pastikan tempat yang nak pergi tue dijamin keselamatannya
bukan nak salahkan sesiapa atas apa yang telah berlaku
sebab ajal dan maut di tangan Allah S.W.T
kita tak boleh meneka apa yang akan berlaku kan..
cuma kita sebagai orang yang lebih dewasa, lebih faham situasi
perlu menitikberatkan keselamatan anak-anak yang kurang mengerti bahaya yang dihadapi
pada Adik Muhd Irfan Al fatihah dan takziah untuk keluarga beliau
1 comment:
sedih juga tadi baca berita ni...moga ibunya tabah ...
Post a Comment