Tuesday, December 27, 2011

Genting Higlands Lagi with Family Mak Su

                    Alhamdulillah harini dah beransur sihat. So dah boleh continue bercerita.hehehe :p Owh ini cerita minggu lepas. Family Mak Su dan Pak Su datang KL. Pertama kali menjejakkan kaki ke KL selepas 15 tahun kata Mak Su dan pertama kali datang rumah saya.  Sangat teruja dengan kedatangan diorang. Mak Su seorang yang sangat happy dan ceria orangnya. Kalau pergi mana-mana orang mesti suka. Boleh dikatakan memang glamer lah Mak Su saya nih di kalangan kaum kerabat. Rajin dan ringan tulang serta sangat pandai memasak. Memang menjilat jari setiap masakannya. Masa saya, abang sulung, abang kedua dan adik perempuan saya kahwin Mak Su lah yang sediakan lauk pengantin. Haaaa memang terorlah Mak Su nie.
               Tapi bila dah sampai KL nie sebagai tetamu mana boleh Mak Su yang buat kerja kan. Haruslah bagi first class punya layanan.hehehe. En suami ambil keluarga Mak Su dalam pukul 2am di jalan Duta dan esok paginya dah plan nak bawak jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, Genting Highlands dan Bukit Tinggi. Boleh dikatakan seawal jam 9 pagi dah keluar sampailah pukul 11 malam baru sampai rumah. Penat tak terkira, mata pun dah takleh nak bukak. Sesampai di rumah terus tidur tak sedarkan diri. En suami keluar rumah pukul 2 am untuk outstation ke Terengganu pon tak sedar. 


Photo sekitar Genting Highlands :-
ber shawl polkadot haritu :)







aksi xhengat dari anak ibu..muncung-muncung mulut
buat bunyi Vrooomm Vroomm


waktu nak turun.. masih berkabus lagi



                   Next entry cerita di sekitar Kuala Lumpur lak sebab tak jadi ke Bukit Tinggi. Mak Su dah pening kepala dengan jalan Genting Highlands yang macam ular kena patuk.


2 comments:

eB said... [Reply to comment]

manisnyer sue nuh :)
berkabus eh? sbb musim ujan kot... kami kat cameron pn ujan jerk. hu3

mama maman aka yana said... [Reply to comment]

Teringin gak nak jalan2 sana tp fikirkan hujan je.. terus kansel..hhhaaa.. nnt takleh nak main lak mainan dlm tuh kann.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers