Friday, June 6, 2014

Beri saya masa, akan padam gambar lama Felixia Yeap

Saya memang mengikuti perkembangan Felixia Yeap sejak beliau berhijrah. Baru-baru ini ada terbaca status beliau yang merintih kerana ramai pihak yang mengecam beliau yang dikatakan tidak memadam foto lama yang seksi. Berikutan itu Felixia menulis nukilan hatinya di Facebook miliknya. Beliau berharap semua pihak dapat memberi masa kerana beliau sangat sibuk. 

Sedih kan ..Bagi pendapat saya tak perlula kita nak "like" gambar-gambar lama beliau dan mengecamnya. kalau betul nak mengutuk pon pergilah kutuk ramai lagi yang tak menutup aurat tu. tapi bila gambar-gambar seksi perempuan lain boleh pulak komen "ehhh cantiknya awak" grrr dusyumm satgi baru tau..

Pelik kan manusia ni, orang nak berubah ke arah kebaikan patutnya kita sokonglah..Ini tidak..hurmm


Kredit : Page Facebook Felixia Yeap
Salam Jumaat semua...PERHATIAN :

Saya belum ucap syahadah.
Saya masih sedang mengenali agama Islam.
Dan saya belum habis padam gambar2 lama.

MOHON BERSABAR.
Saya hanya ada sepasang tangan.

Dan jangan suruh saya buka tutup FB ini dan buka yang baru...kecuali jika anda sudi masukkan duit untuk sara kehidupan saya dan keluarga, setiap bulan.

HARAP FAHAM.
DAN BERSABARRRRR.

Terima kasih.

Puisi Felixia Yeap 
Kredit : Page Facebook beliau

Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya

adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya

aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka

kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua

kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?

pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup 
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah...

3 comments:

Falsya said... [Reply to comment]

Kite suke baca semua ayat2 felixia..mmg menusuk tetusuk..

mamaarifakeemaisy said... [Reply to comment]

Sebak pula baca puisi nukilan hatinya..
Manusia zaman sekarang mmg pelik, yg nak berubah jd baik, dibantutkan niatnya.. yg terus terusan jd jahat tu yg disokongnya lagi...sedey :(

Unknown said... [Reply to comment]

Semoga beliau terus berminat untuk memeluk agama islam.. insyaAllah~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers