Monday, June 30, 2014

Lesen Kereta

ibu kite tak pandai bawak kete
jadi kite pun tolong la ibu kite
tolong pegang stereng!
kekekeke


ayah kite sokong German
tapi ada topi MU
ntah hape-hape ayah kite
kuangkuangkuang

hahaha 
tengah bayangkan si kakak kat atas nie membebel 

 anak siapa suka membebel?heheee
ngaku cepatt..best kan tengok diorang potpetpotpet

Sunday, June 29, 2014

Ramadhan 2014

Selamat Menyambut bulan Ramadhan
Insyaallah
Semoga kita diberi peluang beribadah dalam keadaan yang sihat, aman dan tenteram
Semoga kita sama-sama dapat menyambut malam LailatulQadar


Friday, June 27, 2014

Piala Dunia punya pasal

Assalamualaikum ..salam Jumaat




haaaa gigih punya pasal 
saya minta dari blogger Zura aka Nafira
mekasih banyak yunkk whatsapp kat kite

dapat jer terus whatsapp kat en asben
sekali dia cakap
"malam ni tak boleh tidur awal, ada game bestt, besok bolehla"
ceitttt hahahaha sabo jelah

penangan Piala Dunia
asben memang kaki tengok bola
kaki tengok Piala Dunia
bila tiba musimnya kena redhooo jelah
kul 1, 2 pagi baru nampak jalan pulang hehe
selalunya tengok bola kat kedai mamak
lepak ngan member2 sekepalanya..

kendian kan, bila bangun pagi jer alarm jam tu dah la kuat
bukan dia yang sedar tapi anak-anak yang sedar

gerak sekali "haaa nak bangun la ni"
gerak kali kedua "haaa kejap2"

bila dah lambat mulala kelam kabut
"ehhh butang baju aku mana pahh"
hahahadoiii 

tapi takpelah kan bukan selalu
lagipun dah minatnya ke situ
kalau minat ke benda2 tak helok satgi lagi haru jadinya..

malam tadi tak taulah balik pukul berapa
excited nak tengok pasukan pilihannya beraksi
 German..
 German menang ke semalam ?





Thursday, June 26, 2014

keadaan terkini


uwaaaaa beginilah saya bila akak akauntan bercuti 3 bulan
saya kena take over + tambah kerja saya yang sedia ada
stress jugak tapi kekadang cam best
sebab "tanggungjawab" dan rasa "pentingnya" saya pada bos
hehehe bluwekkk nak termuntah sendiri

ok.nak sambung kerja balik
bye 


Mutiara Kata

Assalamualaikum

Diberi ujian untuk kita sentiasa ingat kepadaNya
untuk kita tahu Allah s.w.t sentiasa di sisi kita selama ini

Jika Allah kata kita boleh melalui apa yang diberikanNya
siapa kita untuk menidakkannya..

Alhamdulillah

Semoga anda sentiasa dalam rahmat dan perlindunganNya

Aamin



**thanks sebab sudi berkawan dan mengunjungi saya :)

Wednesday, June 25, 2014

Family Day -Part 2

Assalamualaikum..


Sambung semula cerita Family Day haritu. 

 baru sampai Teluk Batik, Lumut

 abaikan muka yang serabut aritu..tido lewat, bangun awal, si kecik meragam,
 pakej lengkappp

 tudia meng auta pegawai PLKN..


 nasib baik awal, tak ramai orang lagi


 dapat port tengah-tengah






makan dulu











             kemudian aktiviti pun bermula.aktiviti la sangattt..hahaha walhal tiup belon jer..yang lainnya acara bebas. cuma happy sangat dapat berkumpul ramai-ramai kali ni. acara santai, sambil makan, sembang + mandi manda.

 acara anak anak tiup belon..padahal bapak yang tolong..peserta semua kecik-kecik.tak daya nak meniup.



 bapak-bapak pula meniup belon sampai pecah


 semangat meniup


 haha ada  yang tutup telinga..takuttt


 ehhh sibuk jer kakak..gaya macam meniup..itu belon dah siap tiup la kakak..hihi


 steadyyy..amni muka takut kat sebelah







 ok pemenangnya!!hahahaha..


**ada yang bertanya pasal baju kan..adik saya yang jual sebenarnya..kala nak tahu boleh pm ina @0193710684..kalau bagitahu kata kawan Sue zainun harga kebabom dia bagi...hihi

jenis kain, warna kain, nak design camana pun boleh diusahakan. 
harga "kasih sayang"
:)



Tuesday, June 24, 2014

kisah remaja OKU

Assalamualaikum..

Terpanggil memberi komen tentang kisah adik Firdaus..

Saya tak nak komen pasal kesusahan ibu dia,takpe saya faham.
Saya tak nak komen pasal bapanya, takpe saya faham
Saya tak nak komen pasal betapa kurus keringnya adik Firdaus, takpe saya CUBA faham, walau betapa payahnya nak CUBA faham tu..

Apa yang saya nak komen bila mak dia cakap "saya tak mampu"

Jika kata tak mampu, takkan la tak mampu nak mandikan, bersihkan anak, sabunkan anak tu..takde sabun? takpe bersihkan saja..air ada kan..anak kedua dia saya tengok bersih je..kalau tak mampu sehari sekali, tak kan tak mampu 4x seminggu, 3x seminggu, 2xseminggu sekali? tak mampu jugak ke??. dari sudut pandangan mata saya yang agak rabun ni boleh nampak terang-terang tak kan jadi mcm yg kita tengok tu kalau dia mandikan, bersihkan anaknya, pakaikan baju elok-elok...

keadaan bilik anak tu sendiri.allahuakhbar..tak kan tak mampu cuci..sebelah hati ni rasa geram yang teramat sangat dengan jawapan mak dia. sebelah hati ni pula nak berbaik sangka..tapi disebabkan berbaik sangkalah ada anak yang nasibnya jd begini..subhanallah..

dari satu dudut-saya berharap ibu itu dihukum TAPI 
dari satu sudut-sebaliknya, kalau dia dihukum sudah tentu adik Firdaus akan rindukan ibunya..

kita doakan ibu itu akan sedar betapa bertuahnya dia memiliki adik Firdaus..

**mak saya sendiri menjaga kakak yang OKU sejak saya kecil lagi..arwah Opah masa tu dah tak larat .adik beradik mak yang lain tinggal jauh. Saya masih ingat betapa penatnya mak menjaga kami adik beradik tapi mak masih tak lupa tanggunjawabnya sebagai adik. sampai sekarang Mak Long dijaga mak. makan disuap, dimandikan, dibersihkan..
**bila sembang dengan mak pasal nie, mak kata "walau mak kadang2 tak larat, hilang sabar jaga Mak Long tapi tak sampai hati mak nak biarkan macam mak Firdaus tu buat pada anak dia" kita doakan dia sedar..xpayah kita nak marah2, maki dia..benda dah jadi, banyak sebab kenapa ibu tu jadi macamtu" huhu betul jugak kata mak saya tu..insyaallah kita doakan supaya tiada siapa yang akan melalui apa yang pernah dilalui adik Firdaus.. 

Friday, June 20, 2014

Sunnah Hari Jumaat






Vitamin E Shaklee


Start masuk umur 30 baru saya perasan kulit muka dah berubah. Dulu takde apa kat muka. Jerawat satu dua tu biasalah. Tapi baru-baru nie bila dok belek muka depan cermin jeragat dengan bintik-bintik hitam dah mula keluar..Aduhaiii susah hati betul..Kemudian cubalah macam-macam produk..Bila pakai dalam seminggu dua bukan makin elok tapi makin teruk. Jerawat mencanak-canak naik. Susah hati sungguh la saya nih

Bila kawan perkenalkan produk Shaklee haritu dan saya sendiri gunakan
 alhamdulillah ada perubahan
Sekarang ni saya ambil ESP, Vitamin C, Vitamin E, dan Alfalfa
Ingat lepas ni nak ambil Omega guard pulak
baik untuk ingatan katanya..

Jadi saya nak share sedikit kelebihan produk Shaklee ni

Vitamin E


Kebaikan vitamin E  kepada kejelitaan kulit adalah dengan membantu:-
  • Mengecilkan pori-pori wajah
  • Memperlahankan proses penuaan kulit
  • Mengawal kolestrol
  • Mengawal minyak
  • Menghilangkan parut dan mencerahkan wajah.
  • Meningkatkan kelembapan kulit
  • Sangat bagus untuk memudarkan parut.



Kalau label pada botol tertulis "d", maka ianya adalah vits yang bersumberkan semulajadi. Tapi kalau anda tengok pada labal yang tertuli "i", anda kena berhati-hati ye.. vits yang berlabelkan ini di perbuat daripada sumber tiruan atau kimia.




Antara kekurangan Vitamin E dalam badan ialah :-


Dah tentulah sebelum saya ambil vitamin-vitamin nie saya selidik dahulu kandungan produk tersebut. Dan alhamdulillah diyakini selamat, Halal dan lebih baik berbanding yang lain.

Agak-agak kalau ambil vitamin E nie secara konsisten muka saya boleh jadi macam Leuniey Natasha tak? Leuniey merupakan pengguna Shaklee jugak tau..

Kalau ada yang nak tau, nak order, nak tanya pasal Shaklee bolehla contact saya ye. 0162057335, Whatsapp/Wechat/Pm pun boleh. takde hal lah..

Benda baik harus dikongsi bersama-sama kan.







Wednesday, June 18, 2014

Family Day-Part 1

Assalamualaikum..


                       Tidak merancang tapi secara tiba-tiba idea tu datang bila abang yang tinggal di Sabah nak balik. Diorang jarang balik. Ikutkan kalau dah balik Semenanjung ni, makanya raya nanti tak balik la. Jadi buat pertama kalinya masing-masing ajak berkumpul. Tercetuslah idea nak buat Family Day..haha sebenarnya bukanla Family Day sangat pun.Cuma berkumpul ramai-ramai, makan-makan dan sembang-sembang..

Pertama kali berkumpul sama-sama. Kalau raya pun tak dapat. Maklumla semua ada sistem giliran beraya..hihi..



                       Tu dia..siap ada baju lagi. Adik saya buat bisnes printing baju. Memang berbaloi. Kain selesa yang amat. Tak panas dan lembut. Harga mantop!! haha. Masa berpanas tepi Teluk Batik haritu pun rasa macam ada acond dalam baju jer..hewhewhewww..owh lupa Family Day haritu buat kat Teluk Batik, Lumut Perak. 2hb June 2014. 



Family besar abah dan mak..Anak 8 orang..Menantu 6 orang..Cucu ada 7 orang..nak keluar lagi 2 cucu hujung tahun ni. Alhamdulillah setiap tahun mak ngan abah dapat dua cucu..Kuota tahun ni dah ada.Tahun depan jeng jeng jeng..siapa ntah..hahaha.Warna warni kitorang.

Abang sulung-baju kuning, Abang no 2-baju hijau, Abang no 3-baju oren, No 4-saya merah (serabainya aku nokss..huuhuu) No 5 adik baju biru (pakai spek), No 6 adik perempuan -baju purple, No 7 adik baju fuschia pink, No 8 paling manjeww dan ngada2 tu haaa buat silang tangan tunjuk peace..(masa kecik sangat manja ngan saya tau..hihi dah besar xmacho katanya nak manja2 ngan saya..hihi) ponteng PLKN sehari haritu..auta pegawai kata ada kenduri padahal g riang raya mandi manda.. Tukang komplot dengan tukang tepon pegawai tu baju hijau tu..hihi..sib baik lepas..(patutnya dah daftar semula masuk PLKN lepas cuti 2 minggu) dapat PLKN kat penang. Sejalan ngan Adik Lan yang keje sana la..Alang-alang Adik Lan hantar terus keesokannya. 


muahaha bila suruh bergaya romantik lelaju je abah buat posing gini..hihi abah dah 70 lebih..mak pun dah 60 lebih..alhamdulillah takde sakit sakit yang berat..love mak ngan abah.banyak pengorbanan yang mak ngan abah lakukan untuk kami adik beradik..


Zulkifli  +Shazarida +Nur Cinta Alya Batrisya+Nur Qaseh Alya Darwisyah


Mohd Asri +Nor Liza +Nur Alya Liyana



Mohd Azman +Hasliza+ Hazim+Amni (diorang la yang dok sabah..)balik anak-anak speaking sabah bahhh ngan mak ngahnye..jenuh saya nak dgr. si hazim ni ms umur 2-3 tahun tak berapa pandai sangat cakap, masuk 4 tahun tu diaaa macam butir peluru soalan keluar dr dia. kalau satu subjek tu 10 pertanyaan dia boleh bg.. 


weolsss..hihi en asben dah pandai senyum depan kamera..ewahh berkesan gak ajaran bininya..hihi..alaaa kakak sibuk nak masuk kereta dah masa nie.kamera pun tak nak pandang dah


Mohd Roslan + Mohd Firdaus

geng bujang..berpisah tiada..asyik melekat..layan laptop, layan movie, layan kisah aweks..ngammm hoo!! adik pakai spek ni la dok selalu kena buli ngan adik perempuan.Suh belanja..sian dia..Sape jadi bini dia nanti kena redho la ye..

Nur Azizah+Azizul..pasangan paling sempoi


Zarina+Mohd Ehsan..kawin muda..baru 22..alhamdulillah nak dapat baby dah lepas raya nie..cam tak caya diorang kerja sendiri, bisnes kecil-kecilan tapi dapat hidup di KL..alhamdulillah walau lulusan U tapi tak segan nak berniaga, bermula dari bawah


budak meragam..asyik nangis jer sepanjang balik kampung. Si kecik ni tak nak ngan orang.Kalau ramai orang mulala nak melekat dengan ibunya 24 jam.




 cucu cucu tok Zainun


 perempuannn..tak sah kalau tak selfie..hihi







Part 1-Intro sebelum pergi..Gigih bangun pukul 5 pagi siapkan bekalan. nak kena sampai awal ke Teluk Batik, takut takde tempat nanti..

Next enty baru cite +upload gambar bebanyak..


****Jemput  Like Page saya Qisdina Health and Beauty
                                                       Thank you



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers