Thursday, September 26, 2013

Dulu-Dulu lah sangat..

Assalamualaikum

Tengah rancak dok scroll Facebook time lunch tadi tetiba terjumpa gambar lama. Masa nih tengah preggy si azzalia tak sampai sebulan. Tak nampak perut lagi time nih..hehe. Sekarang azzalia dah 10 bulan. hoho dekat setahun jugak la ye

Acctually masa nih abang yang ke dua kahwin. Paling bestnya dalam 6 orang adik beradik yang dah kawin cuma kenduri abang yang ni jelah kami sedondon colour tema dengan pengantin. Masa saya kahwin pun tak sedondon..uwaaa..tak aci betul! Nak sanding sekali lagilah ngan en asben...hahaha

Seingat saya belum pernah lagi kan saya kongsikan gambar-gambar saya satu family. Okeh jum saya kenalkan.. Opsss semua dah kahwin yer..not available..


 okey.. ini abang saya yang sulung. Zulkifli (pak Long) Isterinya(Nur Shazarida) sama umur ngan saya dan sebagai adik ipar yang baik kenalah saya panggil kakak..kikiki.. baiklah sangatttt..Dah dua orang anak. Yang sulung dah 6 tahun Nur Cinta Alya Batrisya namanya. Yang kedua dah dua tahun lebih Nur Cinta Alya Darwisyah. Yang ketiga?opsss saya tak tau :p Menetap di Ipoh






Haha ini abang ketiga saya yang tak boleh blah.. sebab suka nangis masa kecik-kecik. Bukan saya cakap.Mak yang bagitau..Mohamad Azaman (Pak Lang) umur dlm 30 an..Dah kawin juga. Isteri orang Kelantan ( Kak Hasniza) tapi diorang menetap di Sabah sebab Pak Lang keje TLDM. Isterinya cikgu kat sanalah. Anak dua. Cucu lelaki dalam keluarga Zainun setakat ini. Mohd Amir Hazim 5 tahun dan Amni Aisyah 3 tahun lebih.

Abang kedua si pengantin nih ye. Pak Lang ni gatal skit. Amik turn Pak Chor..kahwin dulu..ehehehe.






haaa inilah anak keempat En Zainun. haha. Yang selalu perasan muda sebab paling kecik dalam keluarga walhal pangkat kakak. Masa nih baru anak sorang. Yang kedua masih dalam perut. Menetap? Ishhh KL ler. Suami (Mohamad Kamal) orang Bagan Dato. Ada orang bagan ke sini? mana tau kot2 kenal..:)





 Ini adik saya yang ke lima dalam keluarga. Nur Azizah Zainun bersama suaminya (Ijoy). Ok.sebenarnya xfull sedondon. Diorang lah ni gatal2 badan nak pakai baju biru katanya..eh xdelah.. saje gurau. Takde baju biru kata diorang.Oklah..dimaafkan..hahaha..Bermastautin di Ipoh. 



Ishhh macam panjang sangat pulak membebel harini. Apa kata saya sambung di next entry. :)

Wednesday, September 25, 2013

Auchhh kasih seorang kakak


Assalamualaikum..

                     Ini cerita minggu lepas. Biasalah kalau dah ada anak-anak nih dok nak sembang citer anak jeeeer..hehe..Biasanya saya akan bagi anak mandi seorang seorang..Means bagi adik mandi dulu kemudian baru kakak. Takut tak terkawal. Maklumla adik pun kecil lagi. Tapi last week ntah camana tergerak hati nak bagi diorang mandi sama-sama. Dok pikir takpelah kot sebab adik pun dah kuat, dah boleh duduk diam2 dalam besen.

                             Wahhhh bukan main seronok lagi si kakak dan adik dapat mandi sama-sama. Siap si kakak sabunkan badan adik lagi tu.  Berejam jugalah menunggu diorang mandi. Mandi la sangat! walhah main air jer banyak..aiyooo bil air naik ibu xtau nakkk kalau ayah tanya...hahaha





                           


Thursday, August 29, 2013

Balik Kampung

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum...


Anak baru dua
tapi barang macam anak ramai
ehhh

 
berangkutlah segala macam keperluan
bukan apa yang penting keselesaan anak
maklumla cuaca kat kampung sekarang nih pun 
bukan sejuk macam dulu lagi
( tu sebab kipas pun dok angkut juga )
ehehe kampung saya lah
kampung orang lain saya tak tau

Gambar nih masa balik raya haritu
cuti 5 hari

Agaknya kalau cuti lagi lama makin penuhlah kot barang :D 

pssttt Minggu nie nak balik kampung lagi
yuhuuuu
tak sabar tunggu esok
 


 

Tuesday, August 20, 2013

Apa boleh buat

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum..


Beginilah mukanya bila bangun pukul 3 pagi
terbaikkkkk
dekat-dekat pukul 5 baru tidur balik
sib baikkk esoknya cuti (ehehe cerita Sabtu lepas)


yang bestnya main dalam gelap
bertemankan cahaya luar rumah jer

Apa boleh buattttt
hahahaha
ibu pun join sekalilah

Thursday, August 15, 2013

1 Syawal di Bagan Dato

1 Syawal di Bagan Dato
..
..
Jika ikut giliran Beruas sepatutnya tahun ni (kampung saya)
berikutan kami kehilangan mak (my MIL)
pada bulan Rejab lepas, Mei 2013
..
..
kesian ayah mertua sorang-sorang
dahla FIL nie sensitif orangnya
tiap kali telefon
kompom nangis punya 
kalau berjumpa
alahaiii
jadi kami ramai-ramai ambil keputusan beraya dulu di Bagan Dato


 sebelum nie arwah MIL saya yang menguruskan segala-galanya
kehilangan arwah memang sangat-sangat dirasai

Alhamdulillah arwah sakit tak lama
cuma sehari di hospital
esoknya arwah pergi tinggalkan kami
masalah usus doktor kata

cuma
..
..
sedikit terkilan
hanya saya dan suami tak sempat berjumpa arwah 
(suami di Sabah, sesampai suami di KLIA arwah dah hembuskan nafas terakhir di hospital)
Inalillah
kematian, tidak sesaat lambat dan tidak sesaat cepat



tahun nie kami ipar duai yang memasak
sedikit berbeza
tiada lemang, ketupat daun palas dan kuah kacang kegemaran semua
..
..
apapun, kami yang ada
sedaya upaya menggembirakan FIL 
menikmati Aidilfitri seperti orang lain



 

Wednesday, August 14, 2013

Lama tinggal
sukar rasanya nak memulakan semula

Entah
 
 ..
 
..
 
rasanya faktor kesibukan mengatasi masa kosong yang ada

itulah yang ditakutkan
kesibukan dalam hal-hal duniawi
dalam hal-hal kerja
bayangkan baru dua tiga langkah pergi
boleh terlupa apa yang nak buat
 
Subhanallah

..

..


**tunduk ke bumi, muhasabah diri sendiri


peringatan dari Yang Maha Kuasa dahulukan mana yang diwajibkan
sebab yang wajib tu dihujung-hujung waktu baru nak ditunaikan
itu baru terlupa
belum lagi dugaan besar Allah nak bagi
 
masyaallah
 
..
 
..
 
 
**6 hari bercuti raya harap dapat bersihkan sedikit kepala yang sarat
harus bertenang
harus bersabar
 
 
 harus tersenyum

 
Allah kan ada
 


Thursday, April 4, 2013

Adab kejutkan anak bangun dari tidur

ADAB KEJUTKAN ANAK DARI TIDUR

Cara atau adab mengejutkan anak yang tidur, tidak kira anak yang masih bayi, kanak - kanak , remaja atau dewasa.

1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur

2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.

3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.

4. Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.

5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.

6. Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak ibu yang baik, anak ibu yang soleh, anak ibu yang rajin.

7. Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.

8. InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

Friday, March 29, 2013

golek golek

Assalamualaikum
golek?
hahaha
tajuk xboleh tahannn

alkisahnya si baby Azzalia nih
suka sangatlah dok menggolek-golekkan badannya
pantang diletak dekat bawah atas tilam
dari hujung kanan tilam sampailah nunn hujung kiri tilam digoleknya
kadang-kadang tu sampai terkeluar dari tilam pun ada

berderau darah tu kekadang bila tengok takde kat tempat asal diletak
bila tidur malam lagilah
ntah hala mana-mana diperginya
kalau paling sebelah tu memang takdelah
kalau nak disendal dengan bantal kompom membebel-bebel takmo tidur
siap nangis-nangis pun ada.
tidur pon tak berbantal, tak berselimut
sama macam kakaknya
tido koboiiii
hahahaha
tu sebab saya tak tidur atas katil
tak cukup nak buat kuak lentang memasing nanti :p





Thursday, March 28, 2013

Love Breastfeeding 2

Alhamdulillah..
                    harap perkongsian kali nih tak menyinggung mana-mana pihak.sekadar perkongsian,pendapat dan pengalaman saya sendiri.


           Bila dah pasang niat, dah beli barang..maka haruslah wajib menjayakan breastfeeding itu sendiri..hehe..almaklumla saya nih memang jenis hangat-hangat tahi ayam jugak.kadang-kadang tu niat je lebih tapi tup tup tumbang tengah jalan. Tapi syukur kali nih berjaya membulatkan tekad..dah masuk 4 bulan lebih dah pun.Actually masih jauh lagi perjalanan untuk sampai ke 2 tahun..

               Sebelum tu kena carigali ilmu dulu tentang penyusuan ibu.Biasanya saya search di Group FB Kumpulan Ibu Menyusukan..banyak sangat pengalaman yg dikongsi bersama ibu-ibu kat sana..Bukan apa kadang-kadang bila post di wall FB sendiri berkaitan breastfeeding adalah pihak yang beri komen negative..ada yg kata kita plak nak menunjuk-nunjuk, nak tunjuk baik, dan ada jugak yang cakap xcukup duit ke nak beli susu formula..Bukan gituuuuu maksudnya...macam yang saya post entry sebelum nih..banyak kebaikan yang boleh dapat jika baby minum susu ibu..

                    Di saat saya tulis entry nih pon masih lagi bergelut dengan stok yang takde.harini pam untuk hari esok. salah saya jugak sebab selalu skip pam..jadual ntah ke mana..huhu..so everyday kena hantar pd BS 15oz-5botol..tercungap-cungaplah omak nih nak cukupkan 5 botol tu..ikutkan sikit jer 15oz tu..nak berjaya?senang jer..pastikan tiada susu formula di rumah..hahahaha..itu je ubatnya.. tiada istilah takde susu..tekadkan hati, pekakkan telinga dr pandangan negatif semua org, ikut semua "rules" BF..keep pumping ikut jadual (if EP mom macam saya), minum air banyak-banyak, doa berterusan..insyaallah pasti berjaya..takde istilah badan besar banyak susu, badan kecik xde susu..sb saya pon xsampai 45kg..so kalau ada yg cakap saya badan kecik tak boleh menyusu, pandangan tu salahlah..kecuali kalau ada masalah kesihatan dan sebab2 yag special mungkinlah tak boleh breastfeeding kan..

                        Sukar ke BF nih? taklah sesukar mana kecuali kalau  EP mom..payah skitt laaa...means anak tak direct feeding dengan ibu..terpaksa pam, letak dalam botol..kalau keluar jalan-jalan payah skitt..sebab nak kena panaskan susu dulu@pam dulu sebelum keluar kereta..tambah payah skittt sebab setiap kali pam saya hanya boleh dapat 4@5oz sahaja..anak plak demand nak lebih2..kekadang bila dah panaskan susu tu banyak anak plak takmo minum..susu plak leh simpan 1 jam sahaja lepas panas..dah terbuang mcmtu saja..so setiap kali keluar usunglah cooler beg tu kemana saja..bila baby nak baru panaskan..kekadang handbag pun campak ke tepi..kuikui sampai camtu sekali..

                       Kalau di opis pulak selain handbag, cooler beglah yang saya usung hari-hari..peneman setia baru..penat ke,lenguh ke, payah ke, tolak ke tepi demi anak tersayang.. 


bekalan setiap hari untuk baby Azzalia

Sabda Baginda s.a.w:
Bagi setiap tegukan susu yang diberikan kepada bayi, ibu mendapat satu pahala kebaikan.Jikalau ibu terpaksa bangun pada malam hari kerana bayinya itu, maka ia dapat pahala sebagaimana pahala orang yang membebaskan hamba sahaya 70 orang di jalan Allah..

**apapun setiap orang ada hak masing-masing..setiap ibu tahu apa yang terbaik untuk anaknya..terpulang samada BF atau guna susu formula..anak saya yang pertama guna jer susu formula :p


Wednesday, March 27, 2013

Love Breastfeeding

                                 Alhamdulillah. after plan nak anak ke dua sahaja, dah pasang niat dalam hati nak susukan baby dengan susu ibu. Sebab?SEBABNYA ialah :

-Susu ibu susu terbaik.
Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

-antibodi anak akan kuat (sebab utama)
-anak jarang sakit, kalau demam pulih dalam kadar segera
-sukar dijangkiti
-mengandungi zat-zat dan vitamin yang sangat-sangat diperlukan (viamin asli ye)
-anak lebih rapat dengan ibu, ikatan yang kuat dengan ibunya
-membantu ibu membakar kalori dengan cepat..kurus uolss kalau breastfeeding nih
-susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kpd jenis pemakanan ibu.Ini memberi peluang kpd bayi utk mencuba pelbagai  jenis rasa sepanjang tempoh penyusuan
-bayi kurang kembung perut berbanding bayi yang minum susu formula
 -Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi.

                       Actually banyak lagi kebaikannya tapi ini jer yang mampu diingat..hehe esok lusa kalau ingat saya habaq mai no..:p

                       Dan Alhamdulillah dalam tempoh 4 bulan lebih ni Nur Dina Azzalia memang fully breastfeeding. Sekadar demam satu kali sahaja setakat ini. Demam sebab berjangkit dari ibu.hehe. Demam pun cuma 2 hari jer. cepat sembuhnya..berbanding dengan kakaknya yang hampir 2 minggu demam.hurmm sampaikan ayahnya terpaksa ambil EL, balik dari Sabah..syukur minggu nih kakak Amira dah sihat..


 sebahagian daripada barang2 untuk breastfeeding




oklah..next entry pulak cerita..sebab nak ngantok dah nih..hehe mau lelap mata sekejap

Thursday, March 7, 2013

Ujian dariNya

Assalamualaikum

               Harini ada checkup 4 bulan untuk Nur Dina Azzalia..macam biasa pergi timbang berat..tak naiklah pulok....mungkin sebab dalam bulan ni adik kurang sihat ..bila kurang sihat kuranglah menyusunya kan..berat still 4.9kg..kecik tak?hehe kecik cam ibunyalah....tapi mukanya ikut ayahlah..hahaha

              Musim orang kurang sihat rasanya sekarang nih..mana taknya pergi klinik jer bersepah orang..eh bukan bersepah..ramaiiiii :p  dekat taska sahaja baby yang sama bilik dengan Azzalia semuanya selsema ..Azzalia pon dah dekat 2 minggu dok sok sek sok sek hidungnye..Disebabkan takde ubat untuk selsema bagi bayi umur 4 bulan makanya terpaksalah si ibunya menggunakan kekdah sedut..kuikuikui..kerana dikau wahai anakku..sanggup ibu lakukan apa sahaja..tapi cam tak kureng jer..harini jumpa doktor, doktor suh gi farmasi beli ubat titik hidung katanya..kat KK takde juai..hok aloh..boleh plak takde..takpelah esok lusa ibu beli ye..siap doktor tuh pesan JANGAN sedut guna mulut..beli penyedut..ada jual!..baikkkk doc...hohoho..


                 Seperti biasa walaupun kurang sihat Azzalia masih maintain sengih..Picture kat bawah nih membuktikannya..hehe kata ikut ibu kannn..haruslah sengih 24 jam..Actually masa nih Azzalia tak demam pun, hanya selsema saja..saje jer tampal dahinya ngan koyok sebab nak suruh kakak pakai..kakaknya demam masa nih..Itupon tangan tuh dok gatal tanggalkan jugak cool fever tu..Lastly saya lap dengan air asam jawa jer..haaa hamik kau habis berbau masam kakak..






alhamdulillah kakak hanya demam sekejap jer..esoknya terus ok..demam nih pon sebab kena hujan..dok ikut ibu keluar masa ibu angkat kain di penyidai..terus kena setitik dua ujan..tinggal adik jer masih selsema dan batuk..

Tuesday, March 5, 2013

Meniarap

Assalamualaikum


Alhamdulillah
di usia 3 bulan 3 hari Azzalia dah boleh meniarap
gaya terkapai-kapai macam penguin nak bangun
hehe
#momen momen indah yang tak boleh ibu lupakan#



layankan gambar Azzalia saat-saat meniarap di hari pertamanya..






















yeayyyy dah berjaya..


Wednesday, February 27, 2013

Kelembutan seorang ibu

Assalamualaikum


kelembutan seorang ibu
Lembut?
 Sorang anak boleh..masuk dua anak phewww...
suara meow meow jadik grrrr grrr..
mata sepet jadik bulat..
hidung kempis jd kembang..
alahaiiiiii si anak..

Tapi dalam kegarangan seorang ibu terselit kelembutannya dalam mendidik si anak 
ibu mana tak sayangkan anak kan?
walau persepsi itu semakin terhakis dek wacana yang terpampang di media 
memperlihatkan "kewarasan" si ibu menangani situasi    

apapun saya pasti sayang si ibu tinggi melangit 
kasihnya tiada tandingan
 cintanya kekal abadi 


♥ Nur Dina Amira & Nur Dina Azzalia

anda bagaimana?
:D




Tuesday, February 19, 2013

Doakan Asya cepat sembuh

Assalamualaikum

     Rata-rata tentu kenal dengan blogger Lyafrina@mama Asya kan..Saya baru je menerima perkhabaran yang Asya kurang sihat sejak beberapa hari nih..Sedih sangat bila tengok gambar Asya menangis..Semenjak dua menjak nih hati sangat-sangat sensitif (bukanlah bermakna tak sensitif ye sebelum ni..huhu) cuma bila tengok anak orang sakit seolah-olah macam anak sendiri yang sakit..
     Mungkinkah sebab sendirian menguruskan rumahtangga yang jadi gini? Huhu tapi yang passti mari kita sama-sama doakan Asya cepat sihat..
      Kadang-kadang kita cuba mengelakkan untuk jadi sakit tapi keadaan tak menginzinkan..apa yang berlaku itu ada hikmahnya..Allah s.w.t tak akan menguji hambanya yang tak berdaya..besar ganjarannya bagi mereka yang bersabar..saya sendiri kadang-kadang terlupa dan merungut dengan apa yang berlaku..mujur ada suami, keluarga dan rakan- rakan yang nemberi sokongan.
   

**semoga kita semua diberi kesihatan yang baik..siapa yang tak sihat tu cepat-cepat makan ubat dan saya doakan cepat sembuh seperti biasa..:Dp

Serasi bersama

                   Assalamualaikum

Betul ke orang tua-tua selalu kata 
kalau tak nak bagi adik beradik bergaduh
tali pusat adik beradik kena dibungkus dalam satu tempat
wallahualam..

hurmmm kedua-dua tali pusat adik dan kakak ada saya simpan
tapi takdelah pulak disimpan sekali

biasalah kan kalau dah namanya adik beradik
tak bergaduh tak sah

buat masa sekarang nih rasanya si kakak sayang betul dekat adiknya

ce tengok nih..
hehe




Friday, February 15, 2013

Thanks Dear...Samsung Note II

Alhamdulillah


                        Alkisahnya Iphone 3G yang lama tu dah hang..sedih tau..lama jugaklah pakai handphone tu..dalam tu banyak gambar-gambar family..tak sempat nak ambil..dah tak bley on dah phone tu..wat tukun jelah ..sobsobsob


                        Terima kasih pada en asben yang sudi membeli dan memberi..tujuan utama pilih sebab cameranya cantik..nak beli DSLR/Samsung Galaxy Camera tak mampu lagi..dapat yang ini pun dah cukup
hihihihi..yang penting boleh snap-snap gambar anak-anak..function lain saya tak mo tau...boleh gituuuuu?....

                                 Tapi yang tak bestnya dok terkial-kial lagi mensettingkan apa yang patut..kejap tak boleh buat video call, kejap tak boleh YM, kejap tak boleh connect..haiyaaaa itulah nak sangat kan pakai canggih manggih ni sedangkan dok rabun IT..Aritu siap asben membebel lagi tuh sebab tak angkat phone..bukan tak nak angkat tapi tak reti angkat..tekniknya lain sikit..bukan cam phone biasa..hahaha..




Wednesday, February 13, 2013

Tanggungjawab

Assalamualaikum


Rabu sudah..cepat betul masa berlalu..
cuti empat hari rasa macam sehari kan?
mana taknya selain sibuk menguruskan anak-anak 
sibuk berjalan-jalan
(upss dulu sebut perkataan anak..sekarang anak-anak..ewahhh macam banyak anak jer..
baru jer dua kuikuikui)


berjalan jalan??
jalan kat Berjaya Times Square jer

dulu anak sorang bolehla jugak nak gi merata tempat
kalau penat dukung anak hubby pulak ganti (bila anak tak nak duduk stroller)
ni dah masuk dua..haduiii penat ibu kalau dua-dua nak berkepit celah ketiak ibu
tapi nasib baiklah sekarang nih kakak dah ligat berjalan dan berlari kalau bawa keluar

tapi itulah yang dinamakan tanggungjawab kan
tanggungjawab kita as a mother

cerita bab tanggungjawab..from this month sayalah ibu sayalah ayah kepada anak-anak
mana taknya  si ayah kena jaga projek di Sabah selama setahun
mungkin 2@3 bulan sekali baru balik ke Semenanjung

sukar?
agak sukar bila saya tidak tahu memandu, tiada lesen
mana nak pikir beli barang keperluan, ke pejabat, hantar anak ke tadika, ke taska
fuhhh
tapi bila ianya sudah jadi tanggungjawab
sukar itu ditolak ke tepi

alhamdulillah
walau saya terpaksa berjalan kaki ke pejabat (20 minit dah sampai)
berjalan kaki ke taska hantar anak-anak (terpaksa 2x hantar sebab kena hantar kakak pukul 7pg untuk tadika..nasib baik  dekat..xsampai 10 minit dah sampai)
kemudian patah balik ke rumah siapkan si adik pulak dan hantar semula adik ke taska (masa nih saya terus ke ofis) 
segala-galanya dilakukan dalam perasaan yang gembira dan bahagia
gembira, sebab saya mampu lakukan seorang diri ( xkanlah nak harap kawan  ye x..diorang pun ada family sendiri..adik beradik?uuu semua jauh2)
 bahagia,bila lihat anak-anak tetap gembira
walau ayah jauh di mata

untuk beli barang-barang@ke hospital@klinik (checkup)
terpaksalah ambil teksi
(hukhuk nampak gayanya wajib ambil lesen memandu lepas nih..tapi boleh ke?omak takuttt!!)

buat sementara nih tanggungjawab itu harus dipikul sebaik mungkin
perkataan sukar, penat kena dibuang jauh dari minda
kalau merungut lebih-lebih karang hubby angkut ke Sabah plak
haha tak mau saya..



 







Monday, February 4, 2013

Bau Bayi


Rumah akan jadi tambah berseri kalau ada baby
Lebih-lebih lagi  bau baby yang baru lahir
Baunya sangat menenangkan
betul tak?


 

Thursday, January 17, 2013

Ahli baru


Assalamualaikum..
waaaa sudah bersawang, berhabuk rumah..
lama betul ditinggalkan


xmo cakap banyak
cume nak perkenalkan ahli baru My Little Family
:)


Nur Dina Azzalia
2.54 kg/2.03 pm
01 November 2012
hari pertama dilahirkan

senyuman pertama dirakamkan pd hari kelima     

pic buka mata..hehe

sentiasa tersenyum walhal tengah tidur

**Alhamdulillah atas kurniaan anak syurga ini kepada saya sekeluarga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers