Wednesday, February 13, 2013

Tanggungjawab

Assalamualaikum


Rabu sudah..cepat betul masa berlalu..
cuti empat hari rasa macam sehari kan?
mana taknya selain sibuk menguruskan anak-anak 
sibuk berjalan-jalan
(upss dulu sebut perkataan anak..sekarang anak-anak..ewahhh macam banyak anak jer..
baru jer dua kuikuikui)


berjalan jalan??
jalan kat Berjaya Times Square jer

dulu anak sorang bolehla jugak nak gi merata tempat
kalau penat dukung anak hubby pulak ganti (bila anak tak nak duduk stroller)
ni dah masuk dua..haduiii penat ibu kalau dua-dua nak berkepit celah ketiak ibu
tapi nasib baiklah sekarang nih kakak dah ligat berjalan dan berlari kalau bawa keluar

tapi itulah yang dinamakan tanggungjawab kan
tanggungjawab kita as a mother

cerita bab tanggungjawab..from this month sayalah ibu sayalah ayah kepada anak-anak
mana taknya  si ayah kena jaga projek di Sabah selama setahun
mungkin 2@3 bulan sekali baru balik ke Semenanjung

sukar?
agak sukar bila saya tidak tahu memandu, tiada lesen
mana nak pikir beli barang keperluan, ke pejabat, hantar anak ke tadika, ke taska
fuhhh
tapi bila ianya sudah jadi tanggungjawab
sukar itu ditolak ke tepi

alhamdulillah
walau saya terpaksa berjalan kaki ke pejabat (20 minit dah sampai)
berjalan kaki ke taska hantar anak-anak (terpaksa 2x hantar sebab kena hantar kakak pukul 7pg untuk tadika..nasib baik  dekat..xsampai 10 minit dah sampai)
kemudian patah balik ke rumah siapkan si adik pulak dan hantar semula adik ke taska (masa nih saya terus ke ofis) 
segala-galanya dilakukan dalam perasaan yang gembira dan bahagia
gembira, sebab saya mampu lakukan seorang diri ( xkanlah nak harap kawan  ye x..diorang pun ada family sendiri..adik beradik?uuu semua jauh2)
 bahagia,bila lihat anak-anak tetap gembira
walau ayah jauh di mata

untuk beli barang-barang@ke hospital@klinik (checkup)
terpaksalah ambil teksi
(hukhuk nampak gayanya wajib ambil lesen memandu lepas nih..tapi boleh ke?omak takuttt!!)

buat sementara nih tanggungjawab itu harus dipikul sebaik mungkin
perkataan sukar, penat kena dibuang jauh dari minda
kalau merungut lebih-lebih karang hubby angkut ke Sabah plak
haha tak mau saya..



 







8 comments:

Falsya said... [Reply to comment]

lamanye sethn..hehehe...amek lesen la sue..penting tuh n plus senang nak bergerak..bukan bergerak berjalan tau..hehehe..takut kalau2 ade ape2 emergency..chaiyokkk!!..u can do it..

mama leen said... [Reply to comment]

amik sue.. yakin boleh.. saya dulu pun takut2 jugak.. tapi sekarang Alhamdulillah boleh.. sue mesti boleh punya.. :)

lia said... [Reply to comment]

InsyaAllah boleh tu dear amik lesen... lia ni pon, ada lesen tp x berani sgt bwk kete... tp bler kenangkan anak, tiba2 mampu wpon gigil xpayah cter...

all da best 4 u dear...

nad said... [Reply to comment]

Moga baik2 aja sepanjang ketiadaan hubby

Elya Roza said... [Reply to comment]

kagum dgn semangat sis sue:)

Unknown said... [Reply to comment]

sue blum ada lesen ea..hihi kalo amik dlu time bljr poli dhlama ada lesen..

Unknown said... [Reply to comment]

alahaiiii.. moga Allah permudahkan semua urusan sue k~
kena kuat semangat berkali ganda dari biasa..:)

Ibu Lala said... [Reply to comment]

ambik dulu lesen tu. alah dah ada lesen tu berani je bawak kete nanti. senang kalau ada emergency. tak payah jalan kaki dah hantar anak bagai...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers