Tuesday, November 22, 2011

Risau

Risaunya tengok miera kena cirit birit
Dah hampir seminggu rasanya
Mula2 kena CB yang skit je
2-3 kali sehari
ingatkan sebab botol susu, tapi bila dah tukar still sama gak
Lepas tu makin kerap, bila makan atau minum je tak sampai 15 minit terus CB
CB yang teruk tu start hari Ahad malam
Dari pukul 7.00pm-10pm 7@8 pampers terpaksa tukar
So Ahad malamnya terus pergi klinik sebab esok paginya en suami kena outstation ke Melaka
Bila cek doktor kata perut Miera kembung masuk angin. Bila tekan perutnya keras
Badan pun panas  38 darjah celsius
terus ambil ubat dan bawak balik
semalam hantar pegi taska cikgunya kata still CB tp 3 kali je.
yelah mana taknya 3x sebab diorang ikut jadual bila makan
pagi, tengahari dan petang
kalau kat rumah dah tentu2 Miera akan makan banyak dan berkali2
malam tadi pun sama , ibu dah naik risau tapi 
ayah Miera cakap mungkin ambil masa skit nak sembuh
kalau tak ok jugak rasa macam nak g klinik balik semula la
risau sesangat  

Skang ada kat opis sebab akak akaun cuti, kena ambil alih sekejap,
takut kalau staff perlukan duit atau bos nak buka cek dah tak de orang
hmmmm


ubat angin, cirit birit, demam& kahak <sb batuk>

masa untuk makan ubat.ye2 je Miera, masa ni xpakai seluar sb kerap sangat ke toilet..


4ml selepas makan 3 kali sehari 


makin bertambah risau sebab Miera jenis suka makan berkali2. Bayangkan la kalau dia minum 3,4 kali..makan plak nasi lepas tu roti,lps tu buah plak 
kalau xbagi makan sure dia nangis lapar..
sampaikan Miera nangis sebab pedih & b***** dah merah2
nasib baik la anak ibu nie agak kuat. Walau sakit dia tetap nak main. 
Skang nie ibu cuma bagi makan ubat yg doktor bagi dan sapu perut dgn minyak yuyi sambil urut2 perutnya

4 comments:

♥ Elin Adrenalin ♥ said... [Reply to comment]

inshallah lepas nih sembuh cepat yer.
bnyk ubat doc kasi tuh ;)

NzA said... [Reply to comment]

kesiannya.....xserasi dgn susu kot...apapun moga cpt ok...take care...

Unknown said... [Reply to comment]

aah sue kot mslh susu ke..

Lily@MamaZaraZareef said... [Reply to comment]

siannya kat miera..harap cpt sembuh ek cyg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers