Tuesday, November 22, 2011

Menang Bola Takde cuti ke?

           Harini mesti ramai yang cerita pasal kemenangan bola semalam kan. Walaupun dah ramai saya still nak meramaikan lagi hehehe. Teruja bila minit2 pertama perlawanan berlangsung. Terdiam seketika ketika Indonesia menjaringkan gol pada babak pertama. Walaupun tuan rumah mempunyai kelebihan apabila stadium Bong Karno gegak gempita dengan sorakan penyokongnya namun begitu pasukan Harimau Muda tidak sesekali mengalah.

         Gol penyamaan berjaya dihasilkan dan selepas itu kedudukan terikat seri sehingga masa tambahan. Kemenangan menjadi milik mutlak Harimau Muda apabila penjaga gol Khairul Fahmi berjaya menampan sepakan penalti kelima sang garuda dan tendangan kapten Harimau Muda berjaya membolosi gawang Indonesia.
         Hasilnya Malaysia berjaya merangkul pingat emas Sukan SEA bagi acara bola sepak melalui sepkan penalti 4-3. Tahniah diucapkan kepada Apex yang mempersembahkan permainan yang cemerlang dan cukup tenang dengan asakan sang garuda. Buat pasukan juga kerana mempamerkan permainan yang cukup baik.
          Memang berdebar2 la tengok bola semalam. Walaupun berdua je dengan en suami tapi masing2 cukup excited. Kata suami badannya seram sejuk bila tengok perlawanan semalam. Huhu sampai camtu sekali. Semalam layan bola kat TV3 je. Pengulasnya Abu Bakar Atan, kelakar jugak bila dengar intonasi suara pengulas. Bila bola tak masuk je mulalah keluar suara sedihnya. Apapun memang best layan bola!..Hidup malaysia! Hidup harimau muda!Hidup Apex..hahahaha kaulah poooojaan hatiku..


         Opsss menang bola nie takde cuti ke??hehehe


kelakar tengok Menteri Belia&Sukan Shaberi Chik bila excited sangat bagi pingat. Laju jer. ada yang salam ada yang tak disalamnya..Sengih sampai ke telinga

penyampaian cenderahati

tahniah Harimau Muda





3 comments:

waty said... [Reply to comment]

salam kenal...
smlm kite tgk pon seram sejuk gak.
berdebar2 kalah org nak nikah. hahha

eB said... [Reply to comment]

nk cutiiiiiii. hu3

LiLy @ MaMaQiStInA said... [Reply to comment]

memang mendebarkan perlawanan semalam..
Nasiblah menangkan..Tahniah Malaysia.. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers