Friday, November 18, 2011

Bola -Ngauman Harimau Muda

         Alhamdulillah....Malaysia menang malam td melawan Indonesia 1-0. Kemenangan itu melayakkkan skuad Harimau Muda ke saingan separuh akhir serta menggungguli kumpulan A bagi temasya sukan SEA.
         Sangat mendebarkan bila menyaksikan perlawanan semalam. Apa yang dapat dilihat malam tadi kesungguhan Harimau Muda membuahkan  kemenangan walaupun terdapat beberapa insiden yang kurang menyenangkan. Jurulatih diarah keluar dari kawasan teknikal, pemain2 harimau muda dibentes keras oleh pemain garuda dan di awal2 penyokong garuda yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia. Namun semua itu tidak mematahkan semangat.
        Jaringan gol hasil rembatan Syahrul. Pujian harus juga diberikan kepada penjaga gol kita Khairul Fahmi
@Apek.. Cayalah Apek.Penuh keyakinan dan kita sangat2 suka tengok beliau beraksi
         Tambah menarik semalam bila perlawanan semalam ditonton sama dengan abang2. Kebetulan abang dari Sabah datang KL sebab ada temuduga rumah. So abang yang kat Klang datang amik abang dari Sabah then lepak umah kita. Riuh rendah rumah dengan jeritan. Agaknya orang lelaki tengok bola camtu kot.hehehe


Pak Lang



Pak Chor



Yeayyy en suami dah lik..sampai2 trs layan bola



Org tgk bola miera sibuk nak duduk dlm bakul


Semua orang tak pedulikan kamera sebab asyik tengok bola. 





2 comments:

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

tahniah pasukan mlysia... :-)

sue zainun said... [Reply to comment]

@IntaNBerliaN:

seronok tengok pasukan Harimau Muda..makin encemmm diorg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...