Wednesday, November 30, 2011

Tertimbun-timbun..

                   Cehhh sape la yang rajin beno nih..stok seminggu nie..ada sape2 jual mesin melipat kain tak...kalo ader roger2 la yer

Ini je yang mampu


Friday, November 25, 2011

Menang Voucher 30 %

Just Like & Share dapat voucher 30%
contest kat Facebook
fisrt time like nih sebab sebelum nie malas nak wat
sebab tau diri tak bertuah
huhuhu < yoyo je mcm alasan je munyiknya>
ok lah tue kan..
boleh redeem sebelum 1/12/2011



  • Nama si Lucky yg berjaya ialah :

    1) Haliza Ong (org 1st yg share secara automatik dpt voucher)
    2) Sue Zainun
    3) Emolly Mulliyanty

    nama pemenang ni sila bg details di email kami ya..
    dan Voucher ini boleh di redeem bila2 masa dan valid until : 01/12/2011
    Voucher ini bernilai : 30%
    boleh redeem pada semua stock yg masih available kecuali Set Shawl Ameera :)

    tahniah kepada pemenang...

    p/s: setiap kali ada new update mesti ada voucher utk yg bertuah!
    Sila alert tau sebab org 1st yg share secara automatik dpt voucher & yg lain tu akan dicabut undi...Thanks :) so..after this more alert tau... ♥
     ·  ·  · 16 hours ago · 



















Thursday, November 24, 2011

Tak Sedap Hati

Adehhh
apa kena ntah hari nie
rasa tak sedap hati je
tak tau le hati tue wat masak pe
wat masak sup kot tu yang tak sedap 
<hakhak mengarut sudah>
adooiiii
dari pagi tadi nih
sampai lah ke saat nie
fuhhhh <tarik nafas panjang-panjang>
kasi lepas fiuhhhhh <sambil muncung2 mulut>
biasanya kalau tak sedap hati ni 
mesti ada benda yang terlupa @ tersalah@benda tak best
akan berlaku




Wednesday, November 23, 2011

Jangkitan virus

Anak sakit tapi masih steady,ibu tengok jadi gundah gulana..CB Miera masih tak sembuh walaupun dah makan ubat yang doktor bagi..So harini ibu decide nak pergi klinik gov plak kat selayang..risau tgk bila pagi nie je dalam tempoh satu jam Miera CB 6 kali..Ya Allah sedih dan risaunya ibu tengok bila Miera nangis sakit dan pedih sb kulitnya dah merah2, kerap sangat.. Sampai kat klinik doctor pun terkejut apsal lama sangat CB,tak sembuh2..So terpaksa amik darah..Masa amik darah anak ibu dah merengek2 nak tido..sib baik la nangis sekejap je..ibu yang duduk tengok plak rasa nak nangis..lps tue baru tau keputusannya..doktor cakap kena jangikatan virus..mmm @ jangkitan kuman(sama kan dua2 nie) Adehhhh dengar je doc ckp camtu kepala lutut ibu dah lemah..suara ibu pun tak berapa nak keluar sb tahan sedih..tapi nasib baik jugak la Miera tak muntah2, masih aktif jugak skit2..makan ngan minum pun msh lg selera.. Kalau masih tak ok dalam masa sehari kena bawak semula ke klinik..tak taulah doktor nak buat apa..harini ibu cuti jaga Miera..Harapnya Miera cepat sembuh..Nie baru kecik penyakitnya,bila tengok anak orang lain yang sakit teruk rasa bersyukur sgt2..Dugaan lain mungkin leh harunginya tapi bila berkaitan ngan anak nie Masyaallah..rasa berat sangat..;( Moga2 Miera cepat sembuh,tak perlu ke klinik semula dan tak perlu masuk wad.. ****** entry nie ditaip dengan menggunakan phone..paragraph takde,gambar pon takleh nak upload..Huhu harap semua tak pening bila baca

Tuesday, November 22, 2011

REDCOMEL: REDCOMELMALL GIVEAWAY



JOM JOIN!!HADIAH MENARIK MENANTI ANDA SEMUA

klik link untuk turut serta

House of Pines Boutique: Pines Fun, Fearless, Fabulous Contest

House of Pines Boutique: Pines Fun, Fearless, Fabulous Contest



FUN, FEARLESS & FABULOUS CATEGORY
 FOR CUSTOMER
OPEN CATEGORY
(terbuka kepada semua yang menetap di Malaysia) 

hadiah2 menarik menanti anda

jangan ketinggalan untuk menyertai!!!

untuk maklumat sila ke laman web http://ralphpines.blogspot.com/ bagi mengetahui sayarat2 penyertaan


p/s: disamping itu anda boleh shopping barangan2 yang ada di laman blog tersebut yang gergous2 dan cantik2..

Risau

Risaunya tengok miera kena cirit birit
Dah hampir seminggu rasanya
Mula2 kena CB yang skit je
2-3 kali sehari
ingatkan sebab botol susu, tapi bila dah tukar still sama gak
Lepas tu makin kerap, bila makan atau minum je tak sampai 15 minit terus CB
CB yang teruk tu start hari Ahad malam

Menang Bola Takde cuti ke?

           Harini mesti ramai yang cerita pasal kemenangan bola semalam kan. Walaupun dah ramai saya still nak meramaikan lagi hehehe. Teruja bila minit2 pertama perlawanan berlangsung. Terdiam seketika ketika Indonesia menjaringkan gol pada babak pertama. Walaupun tuan rumah mempunyai kelebihan apabila stadium Bong Karno gegak gempita dengan sorakan penyokongnya namun begitu pasukan Harimau Muda tidak sesekali mengalah.

Monday, November 21, 2011

Budak nie mmg susah nak amik gambarnya
Budak nie jugak susah nak senyum bila ibu snap
TETAPI
bila nampak muka sendiri dalam kamera






berguna jugak Iphone 4 si ayah
kalau kamera biasa huh xde lah maknanya..
kalo anset ibu pon sama
asyik bergerak je
mentang2lah ibu xde kamera canggih manggih
hukhuk<mood sedey tetiba>
:p


sahabat2 yg lain macamana? 
bila berphotoshoot anak2 bg kerjasama x?
ke sama jgk cam miera?
hahaha
kalo sama cam miera alamatnya lenguh tangan ber'snap'




15 juta majlis kahwin & sanding sorang2??

Hmmmmm
               Syeila Kamaruddin seorang penyanyi yang baru saja melangsungkan perkahwinannya. Katanya dengan seorang VVIP. Dengar khabar jugak bersanding sorang2 tanpa pasangan sebab tak mahu mendedahkan siapa suaminya. Perkahwinannya jugak dikatakan bernilai RM 15 Juta. Fuyohhhh banyaknya duit < apa kata sedekah kat kita skit> Suaminya jugak menghadiahkannya sebuah banglo dengan kereta mini cooper sebagai hantaran.

Friday, November 18, 2011

Bola -Ngauman Harimau Muda

         Alhamdulillah....Malaysia menang malam td melawan Indonesia 1-0. Kemenangan itu melayakkkan skuad Harimau Muda ke saingan separuh akhir serta menggungguli kumpulan A bagi temasya sukan SEA.
         Sangat mendebarkan bila menyaksikan perlawanan semalam. Apa yang dapat dilihat malam tadi kesungguhan Harimau Muda membuahkan  kemenangan walaupun terdapat beberapa insiden yang kurang menyenangkan. Jurulatih diarah keluar dari kawasan teknikal, pemain2 harimau muda dibentes keras oleh pemain garuda dan di awal2 penyokong garuda yang tidak menghormati lagu kebangsaan Malaysia. Namun semua itu tidak mematahkan semangat.

Thursday, November 17, 2011

UPSR 2011-Semakan SMS online

Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengambil UPSR tahun nie boleh membuat semakan UPSR secara SMS online.

Caranya adalah seperti di bawah




Stressss

tak leh nak karang banyak2 sebab banyak keje
waduhhhh stresss stressss
masuk keje kul 9 tapi pukul 7.30 dah ada di opis sengsorang 
sambung wat keje yang tertangguh
adehhhh
hari2 sakit bahu menaip
pedih mata dok asyik tengok komputer
mata nie pon dah rabun
balik umah kul 9 dah tido

Monday, November 14, 2011

Pergi lagi

Sesuatu yang normal agaknya bila rasa sedih ditinggalkan
walau sekejap <lama jugak bagi kita>
Dah lama sebenarnya tak ditinggalkan
Last haritu 3@4 bulan lepas
paling lama ditinggalkan pun 2 minggu je <mmm takde lah lama sangat yong>
kali ni seminggu je

Friday, November 11, 2011

11.11.11 Friday My Besday

Alhamdulillah .......

                   Sangat cantik tarikh hari nie. 11 11 11 . Jumaat, penghulu segala hari..Dan juga tarikh lahir kita..Yeayyyyy...Syukur masih lagi diberi kesempatan menikmati alam ciptaanNya dan sangat2 bahagia menjadi seorang anak, isteri, ibu dan juga seorang muslimah. Sentiasa dikelilingi kasih sayang dari rakan2 dan keluarga.

                  Sebenarnya family kita tak sambut ulangtahun2 nie.. Kalau ada pun sekadar potong kek di rumah atau makan2 kat luar je. Suami agak keberatan sikit.Semalam lepas habis kerja ambil anak terus balik rumah. Encik suami katanya sibuk sikit, mungkin balik lambat.

                  Dalam pukul 8.00 baru suami balik. Ngintai2 le jugak kita nih manalah tau kot2 ada kek untuk kita ke, tapi takde pon. Dalam kul 9.30 anak lak nak tido, mata kita nih pon dah kuyu gak..Last2 tertidolah dua beranak nih..Tetiba......









                   Ada orang nyayi lagu happy birthdaylah..ada kek ...Ish ish ish rupa2nya suami wat surprise. Kelakar lah. Dengan muka serabut bangun tidonya tiup lilin.< gambar xde lah plak huhu> Satgi masuk gambar baru bangun tidur ada plak yang tak lalu nak nengok. . Pagi ni baru berkesempatan bergambar.

                   Azam untuk tahun nie nak baby boy.. macam la boleh beli..hahaha.<takdelah> Harapnya bila dah meningkat umur nie makin meningkatlah diri  baik dari segi kerjaya atau kehidupan peribadi. Semoga kehidupan kita semua especially rakan2 blogger sekalian  sentiasa diberkatiNya. Insyaallah.. Dan terima kasih jugak sebab sudi menjeguk dan membaca coretan yang tak seberapa ni. Love u all..

***ada lagi tak yang besday harini?














   
en suami buat kad sekali.senang nak bli lain kali, leh dpt diskaun katanya..huhu


miera muka tekejut, bangun tetiba ada kek

adehh patutnya miera yang suap ibu 

sepotong dulu ye miera

nak jugak tu potong sendiri


wajah 27 tahun :p  <abaikan parut chicken pox tu ye>



Thursday, November 10, 2011

Baru dan Baru

                      Apa yang baru?hehehe ni haa yang baru..


                 Alkisahnya kita nie orang  baru so apa la yang tau. Banyak lagi ilmu yang perlu dikutip. Dalam sibuk2 buat keje sempat lagilah create header blog baru menggunakan photoshop. First time guna, first time buat header blog. Sampai ke petang baru siap. Itupun masih lagi tak memuaskan hati. tapi bolehlah pasang dah. Kalau tukang jahit tengok ni sah sah dia kata nie mesti potong ngan jahit je ko tau. Hias2an tah ke mana. Nasiblah labu....Huhuhu Esok2 kita create baru lagi yek, yang lagi kebabommm dari yang nie.

                      Segala tutorial buat  header nie semua kita kutip dari blog duniakushida.blogspot.com  dengan www.fizgraphic.com . Bila nengok rumah orang cantik rasa segan lak ngan umah sendirik. Nak wat camne duit tak cukup lagik.hehehehe           <alasan je tuh>

Mimpi pada orang yang dah tiada?Apa maksudnya?

Kata orang mimpi mainan tidur
iye ke?
sebab malam tadi kita terjaga pukul 5.05 pagi
mimpikan orang yang dah tiada
tak berapa ingat sangat situasinya
tak nampak wajahnya tapi kita boleh tau siapa arwah sebab kita ingat lokasinya
sama macam masa arwah ada dulu
mimpi tue pun sekejap sangat
samar2 mimpinya

rasanya kita pernah termimipikan arwah sebelum nie
mungkin sekali atau dua kali
arwah bukan rapat dengan kita, masa kecik selalu la main dekat rumahnya
tapi bila dah besar memang jarang jumpa
masa arwah meninggal pun kita tak sempat ziarah
arwah sakit selepas balik dari mengerjakan haji
lebih kurang dua tahun arwah pergi

dan kita pernah terbaca dalam artikel, tak ingat dah artikel yang mana 
yang mengatakan kalau mimpikan seseorang yang dah tiada
kebiaasaannya kita yang hidup ni perlu sedekahkan apa yang patut pada arwah
Entah betul atau tidak tafsirannya tak tau la pulak

Wallahualam...

Al-fatihah untuk arwah
semoga rohnya tenang di sana..
aminn



**masa tulis entry nie kita tak pasti patut diceritakan atau tidak pada umum..


Friday, November 4, 2011

Salam Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha semua
tahun nie kita sambut raya kat kampung kita Beruas dulu
lepas tuh baru umah mak mentua kat Bagan Dato
sape2 yang tau umah kita tuh jemputlah datang

Cuti raya kali nih takde cuti panjang sebab encik suami sibuk ngan projeknya
en suami kena keje hari selasa dah
so, kita kena balik KL semula hari senin..
hukhukhuk sekejapnya...cam tak raya je
Tapi kita masuk keje hari khamis sebab taska masih tutup dr Isnin sampai rabu

Harini pun en suami outstation lagi
kalo sempat, gerak malam nih..kalo tak, esok pepagi le jawabnya

Pada yang memandu hati2 di jalanraya..ingat orang tersayang (cam iklan le plak) 
jangan gopoh2..pentingkan keselamatan orang yang kita bawa tuh ok!
pada yang tak balik takpe, insyaallah lain tahun masih ada
jangan sedih2 ok..

Apapun Salam Aidiladha dari kita sekeluarga
En Muhamad Kamal+Sue Zainun+ Nur Dina Amira






Wednesday, November 2, 2011

UmbutKelapa

 Dua minggu lepas balik kampung 
umah mak mertua
sebab kena chicken pox so kena la minum air kelapa banyak2
dlm minum2 tu pak mertua tetiba rajin lak amik umbut kelapa
Ada tak yang biasa makan?
Saya pun jarang sangat2 makan 
Kalo rebung tu taulah tapi langsung tak suka
Eeeww xsedap la
 jangan marah naa sapa yang suka tuh
so adala snap sikit2 gambar umbut kelapa
untuk tatapan diriku yang first time nengok nih..
mak mertua wat masak lemak 
fuhhh sedap gilerr
sayangnya xde gambar yg dah siap masak





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...