Thursday, September 29, 2011

Anak ibu kena chicken pox

         Cite lama nih tapi sb takde mood nak hupdate dua tiga hari nih so arini baru nak cite.heee hee. Khamis lepas, dapat panggilan dari suami (dalam 4pm camtu lah) bagitau Amira kena demam campak. Dengan suara yang gelabah minta ibu Amira call taska tanya keadaan Amira. Call 2,3 kali tak dapat. Lagilah gelabah ayah Amira. Suara dah macam nak marah. Agaknya terlampau risau kat anaknya kot..
         Akhirnya bila dapat call rupanya bukan demam campak tapi chicken pox. Alamak!

fist day (kat badan)

first day (bahagian muka)


             Susah hati dan risau sebab ayah dan ibu Amira tak pernah kena lagi, so tak tau nak kena buat apa. Lagi bertambah risau sebab ayah Amira outstation pulak kat Pahang. Dengar cerita dari adik yang baru kena, sakit dan gatal sangat2, hampir dua minggu baru sembuh. Tapi bila ditengok feel Amira cam okey je. Aktif dan tak macam sakit pun.

hehe kain pelikat tu mmg dijadikan lapik tilam sb takut rindu kat ayah
              Nasib baik lah ada kawan2 yang anak kecik diorang pun pernah kena. So macam2 la diorang bagi nasihat dan petua. Contohnya:
 a) Tak boleh makan makanan berminyak
b)  Tak boleh menggoreng dalam rumah ( cam tak logik je)
c)  Tak boleh kena hujan sb takut bernanah nanti
d)  Tak boleh ngukor nyior dalam rumah, yang ni petua mak mertua saya ( kelakar bunyinya  upsss jangan    ketawa lebih2)
e) Tak boleh makan kicap sb takut berparut.
f) Minum air kelapa banyak2.
g) Mandi air daun bamboo ( rumah masyarakat India selalu ada pokok nih)
h) Lastly yang paling penting, dapatkan la rawatan dari doktor. Ini lebih baik.


          So terpaksalah ayah Amira bergegas pulang dari Pahang dan esoknya bawa Amira pergi jumpa doktor. Sebelum keluar doktor tu sempat pesan " dalam masa seminggu saya akan jumpa salah seorang dari awak berdua". Aikkk biar betul doktor nih. Taulah chicken pox ni berjangkit tapi tak kanla sampai camtu sekali kot. Confident je doktor tu. Muka masing2 dah gelabah. Senyap sekejap. Dalam hati   minta2 takde sape terjangkit. 

2nd day, kat muka sikit je tapi kat kepala punyalah banyak dan besar2 pulak tu.Ngeri tengok
4thday

langsung tak nak pakai baju & seluar
inilah daun bamboo, rebus dan airnya buat untuk mandi atau kalau gatal2 boleh tabur atas tilam bila nak tidur
      

losyen badan ngan ubat sapu untuk bahagian muka


5th day: dah kering 


5th day: masa nih pamper pun tak nak pakai, jenuh ibu pujuk
            Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 7 dah bertambah baik. Syukur sangat sebab Amira kena tak teruk. Sikit je chicken poxnya, demam pun tak, aktif cam biasa cuma malam je asyik terjaga dari tidur, maybe sebab tak selesa. Petua2 dari kawan2 tu adalah yang diikut dan yang tak. Dan sudah tentunya dikuarantin. Bergilir gilir la ibu dan ayah jaga. Minggu ni ayah jaga dari hari Selasa sampai Khamis. Esok ibu pulak jaga. Next week tak tahu lagi. Kena tengok keadaan dulu. Harapnya dah boleh hantar taska la.

p/s: Dah masuk 7 hari harini, saya ngan husband tak terjangkit lagi. Agak2 boleh kena ke tak yek? Dah lama nih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers