Alhamdulillah, 05 Syawal haritu adik perempuan Nur Azizah-24 tahun dah selamat menjadi isteri pada pasangannya Azizul-27 tahun (pasangan muda nih). Majlis berjalan lancar dan syukur haritu cuaca cerah. Kalau tak mak dah siap pesan awal2 (bisik2 kat telinga) kalau nampak cuaca cam nak hujan curik baju adik baling atas bumbung dan jangan beritahu adik, kena wat senyap2. Petua orang tua2. Anggukkan jelah, tapi sib baik cuaca ok kalau tak mesti kecoh ada baju hilang. Hahaha.
Majlis yang simple tapi meriah sebab semua adik beradik berkumpul dalam masa yang sama. Abang dari Sabah dan adik dari Sarawak pun balik jugak. Walaupun agak cuak ok ke xok buat majlis kahwin masa raya.
|
katering senang kan, xyah susah-susah |
|
Macam seiras je diorang nih |
|
pelamin dari SekacipSireh Butik Pengantin |
|
tema warna gold
|
|
ayah tepung tawar pengantin |
|
mak tepung tawar pengantin |
|
pak long, pak chor (available lg nih), pengantin, makcik, pak su & me |
|
hantaran dari pihak perempuan |
|
hantaran darI pihak lelaki |
|
tugasku menyiapkan makan beradap untuk pengantin |
|
cam biasa tumpang sekaki kat pelamin orang
|
|
sebelum akad nikah |
Kalau nak diikutkan dari yang sulung hingga anak ke lima, tinggal abang yang no dua je belum kahwin. Yang lain semua dah beranak pinak. Pak Chor kata belum sempat istiqharah lagi mana calon yang sesuai. Adeiii memilih betul pak chor ni. Mungkin belum jodoh kan. Walau dah di gu ngan ramai orang tapi masih belum terlekat sampai ke hari ini. Kalau ada yang berminat bolehla hantar form. :p
Tak banyak gambar yang boleh di snap sebab masing-masing sibuk melayan tetamu. Apapun raya kali nie memang sangat best berbanding tahun lepas. Syukur Alhamdulillah