Thursday, September 22, 2011

Keriangan di Genting Highlands

           Ini cite sabtu lepas.(lambat publish sb tak sempat wat entry) Tak taula kenapa tetiba en suami ajak pegi Genting Highlands ( sb hari sebelumnya saya merajuk kot   nak pujuk le tu kot ) so apalagi yang ditunggu. Pucuk dicita ulam mendatang lah.
          Lepas siap2 dalam pukul 11 tengahari pun bertolaklah pergi. Lambat skit pergi sebab cuaca tak berapa nak elok mendung je. Sebelum ni pernah pegi tapi sebelum adanya Amira. Kiranya ini first time pergi bersama anak.
         Huh tak sabarnya nak tengok reaksi Amira bila sampai sana.  Kali nie pergi cik abang nak drive kereta sampai ke atas. Takmo naik skyway sebab dah biasa katanya. Tak adventure. Huh adventure sangatlah naik genting pakai kereta. Sib baik naik Hilux kalau naik putra tak taula sampai ke atas atau tak. Dengan jalan yang serupa ular naik pening kepala.


dalam kereta

sesampai je terus posing


kat pintu depan outdoor theme park


tak berkelip mata Miera tengok orang naik sampan





depan snowworld, ms nih xbukak lg.punyalah ramai orang menunggu


ish budak nih takmo bergambar dengan ibu


nangis minta ayah ambil

last2 jd cenggini gambar, ibu je statik, cover cun konon uwekk

ok, miera gambar sorang2 yek 




ada plak transformer sesat










Amiera muka ngantuk







terjumpa lak Ferrari merah 



     Rupa-rupanya Amira dah mengantuk sangat. Patutlah senyap je sepanjang kat Genting. Suara pun tak keluar dan sebab tu jugakla gambar menjadi. Kitorang tak gi main game sebenarnya sb bila pikir2 balik mana nak letak anak ibu nie nanti kalau ibu ngan ayah naik Spaceshot. Pergi tu dahle bertiga. Boleh dikatakan pegi hanya untuk sedut angin jelah.
      Takpelah next time bila Amira dah besar bolehlah bawak lagi kan. Gamenya pun tak sesuai sebenarnya untuk bebudak. Orang dewasa je yang sesuai (untuk sedapkan hati). Turun dari Genting singgah makan dan dalam perjalan turun tu hujan punyalah lebat. Berkabus dan sangat2 sejuk. Dah la jalannya bengkang bengkok. Amira je tak rasa apa sebab dia tido punyalah lena.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...