Thursday, April 19, 2012

Vrooomm Vroomm

Assalamualaikum & salam ceria

lama rasanya tak update cerita di sini
kurang sihat sedikit ditambah pulak dengan "kerajinan" hehehe :p
selera makan hilang bila deria rasa saya lari..huhu
makan benda manis boleh rasa tawar, makan benda pedas boleh rasa pahit..
serba tak kena nak makan..

opss tinggalkan cerita tu, last week balik kampung selepas melawat adik di hospital
( adik saya keguguran, bayinya meninggal dalam perut :( ..doktor kata peluang agak tipis bila air ketuban dah pecah+adik selalu sakit perut.. semoga ada rezki mereka lain kali..insyaallah)
berbalik pada cerita balik kampung haritu
my lovely basyam memang seronok bila dapat balik Beruas
nak tahu kenapa seronok sangat?
ni ha puncanya..

>


>



>



>



>




bila tengok jer atoknya bersiap-siap nak keluar
dia pon dok menyibuk amik helmet Pak Su nya nak pakai jugak
kemudian hulur tangan pada atok
hihihi
nasib baiklah sekarang ni dah besar, kalau atoknya bawa sekali round pun dah cukup
kalau masa kecil-kecil dulu turun jer dari motor tu dah meraung sakan 
nak pusing lagi, bukan seround tapi beround2..:p
penatlah atoknya melayan


Friday, April 13, 2012

Jumaat

Assalamualaikum

hurmmm tak tahu nak tulis tajuk apa sebenarnya..huhu..kering idea..
just nak update perkembangan adik..
sampailah pagi nih doktor masih belum buat apa-apa
walau semalam doktor kata adik kena "cuci kandungan"
saya pun dah tak paham sebenarnya situasi sekarang nih..
kejap kata yang ni, kejap kata yang tu..adik saya lagilah dah tak larat nak menghadap doktor 
yang "cek" kandungannya hari-hari..


actually kandungan adik dah 3 bulan 2 minggu..
kalau air ketuban dah pecah baby boleh bertahan ke?


bila pikir-pikir balik rumit betul situasi adik sekarang nie :(










***cadangnya esok petang saya nak gi melawat adik..







Thursday, April 12, 2012

No mood today


assalamualaikum

harini betul-betul tiada mood
dua hari lepas terima berita adik masuk wad
ada komplikasi pada kandungannya
rupanya air ketubannya atau sarung baby orang panggil, saya pun xsure tentang ni..
dah pecah
termasuk la bleeding
tetapi dalam tempoh 3 hari dalam wad doktor kata baby masih ada nadi
cuma kandungannya memang tak boleh nak simpan dah
doktor kata nak biarkan gugur sendiri kecuali kalau adik saya demam barulah 
diorang akan paksa gugur
sebab takut kuman serang adik saya


allahuakhbar..sedihnya rasa hati
walau bukan diri saya yang menanggungnya tetapi tetap beri kesan pada saya
harini selera makan saya langsung takde, badan jadi lemah sangat..
tapi saya tetap kuatkan semangat datang ofis buat kerja walau ada rasa pening-pening






Friday, April 6, 2012

Sunyi Sepi

Assalamualaikum...


blog yang semakin sunyi
semakin sepi
bukan malas
tetapi keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan
alahan tak berapa teruk berbanding anak pertama 
tapi rasa mual tetap ada setiap masa
dan yang paling tak selesanya
rasa mengah
agak susah nak bernafas seperti biasa
selera makan masih kurang dan tak boleh nak makan banyak
kalau terlebih makan perut rasa sangat sesak
actually kandungan masih dalam peringkat baru 7 minggu..
awal sangat lagi kan?tapi simptom-simptom macam dah sarat beno..huhu

harapnya simptom-simptom begini hanya setakat 3 bulan jelah..
kalau anak pertama dulu alahan setakat 3 bulan, masuk bulan ke 4 alhamdulillah
rasa sihat walafiat, aktif dan segar bugar..




**tak mampu nak update panjang lebar..mengah taip :p..Doakan saya mampu harungi dan kandungan selamat sampai saat melahirkan.Almaklumla kandungan peringkat awal macam-macam boleh terjadi..Apapun saya berserah padaNya..






Tuesday, April 3, 2012

Tutti Frutti


Assalamualaikum & Salam ceria

semalam lepas teman hubby gi selayang bayar segala overhead
tetiba tekak teringin nak makan aiskrim
teringat pulak la tak pernah lagi mencuba Tutti Frutti
so kitorang pun gilah Tutti Frutti Prima Sri Gombak
sebelum sampai kat Tutti Frutti tuh hubby ajak singgah Burger Bakar Kaw Kaw 
kat Wangsa Maju Seksyen 2
sebelum nih asyik dengar sana sini orang dok bercerita kelazatan Burger Bakar
ewahhh hubby lak teringin..kuikuikui
tapi alamat lak tak tau..ishhh 
search lak alamatnya, sekali kluar link Blog Nana
ohooo penah makan kat situ ye nana..hehe
punyalah hubby dok pusing sana pusing sini nak cari
sekali tutup daaaa
alaaa setiap hari Isnin tutup
melepassss
huhuhu 
next time pula kena terjah

kemudian terus ke Tutti Frutti
dan hasilnya ialah 





3 Tutti Frutti yang bersamaan dengan RM 40.85 sen
cup paling kecil tu saya ambil..
alamak...harganya..huhuhu
nampaknya kalau betul-betul teringin baru leh beli nih..hihi
kalau tak baik order kat ice room jer :p
bab rasa lebih kurang jer kot cuma pilihan lebih banyak
banyak flavour dan topping 
apapun bab teringin dah habis..
esok lusa tak tau plak nak teringin apa..heheee


**kepala masih lagi pening-pening, tekanan darah rendah bila cek dengan doktor harini..
tapi alhamdulillah setakat nih masih belum MC..
kebiasaannya saya akan BW everyday tapi akhir-akhir ni tak sempat sebab bila ngadap laptop jer kepala pusing..Insyaallah slow-slow saya datang jenguk..

Monday, April 2, 2012

5 Tip Mudah Ajar Anak

Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang.  Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan Perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...