Monday, April 2, 2012

5 Tip Mudah Ajar Anak

Bila si kecil semakin membesar pelbagai kerenah yang bakal ibu bapa hadapi. Malah ketika ini juga dia semakin mengerti persekitaran yang ada di sekelilingnya. Jom lihat tip mudah ajar buat si kecil ini.

Anak-anak adalah anugerah Tuhan kepada ibu bapa. Dalam menuju kepada pembesarannya mereka memerlukan bimbingan yang sempurna di samping kasih sayang.  Ikuti lima kaedah buat si kecil, iaitu:

1. Didikan
Anak-anak mempunyai potensi diri untuk berjaya. Mereka mulai belajar apa yang dikatakan perilaku yang betul atau sebaliknya. Misalnya jika mereka dididik bersikap sopan itu adalah baik, maka mereka akan bersikap begitu apabila berada dalam persekitaran orang ramai. Sebaliknya jika mereka dididik dengan nilai yang negatif apabila dewasa mereka akan menghadapi pelbagai masalah untuk bergaul dengan orang lain. Didikan yang baik akan mencerminkan sikapnya apabila dewasa nanti.

2. Dorongan
Kanak-kanak memerlukan dorongan, semangat dan pendedahan persekitaran sihat yang membantunya mempunyai daya kreativiti yang luas. Dengan didikan dan asuhan yang baik, potensi diri mereka akan mencapai suatu tahap yang memberangsangkan. Ini kerana keadaan persekitaran yang selesa, pemakanan seimbang dan kasih sayang mempengaruhi tumbesaran dan perkembangan minda mereka. Jadi dalam tempoh ini beri peluang kepadanya untuk meneroka alam sekeliling mereka. Malah ketika ini rasa ingin tahu pada kanak-kanak ini adalah lebih tinggi dan jika ibu bapa tidak memberi dorongan positif mereka akan menjadi seorang yang kurang kreatif dalam hidupnya.

3. Interaksi
Lebih awal ibu bapa berinteraksi dengan anak mereka lagi elok untuk perkembangan anak. Malah dikatakan ia adalah faktor utama untuk membantu melahirkan anak-anak pintar. Interaksi antara anak dan ibu bapa mampu meningkatkan dan merangsang semua aspek perkembangan anak terutama melibatkan keyakinan dalam dirinya. Semasa berinteraksi ibu bapa harus memberi sepenuh perhatian, sentuhan, belaian kasih sayang dan tunjuk ajar secukupnya supaya anak mereka diri mereka dihargai. Interaksi ketika usia seperti ini amat perlu disebabkan dia sudah mengerti persekitaran yang ada di sekitarannya.

4. Luahan Perasaan
Anak anda semakin mengenali dirinya sendiri. Sebagai ibu bapa anda harus tahu keperluan anak anda. Rapatkan diri dengan anak, luahkan perasaan kepada mereka agar mereka juga belajar meluahkan perasaan kepada anda. Carilah peluang untuk menyatakan kasih sayang kepada anak-anak. Cara ini akan membuatkan anak merasa diri mereka disayangi dan dihargai. Luahan perasaan umpama ‘terapi’ buat anak yang ingin dirinya diberi perhatian selalu.

5. Berdikari
Menyediakan anak-anak yang bersikap berdikari, ibu bapa perlu memberi latihan, bimbingan dan pengawasan berterusan. Ia adalah usaha untuk menyemaikan tabiat dan nilai baik untuk menguruskan diri sendiri. Tanamkan keyakinan dalam dirinya bahawa dia boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain. Berikan kata-kata semangat untuk sebagai dorongan kepadanya. Sikap berdikari ini mampu mengasah dirinya menjadi seorang berani dan yakin diri dalam melakukan sesuatu.




15 comments:

♥ Elin ♥ said... [Reply to comment]

tq mommy info nya :)

izan mama mia said... [Reply to comment]

tq infonya..
ehe..makin berserilah wajah sue sejak berbdan 2 ni...

fiza said... [Reply to comment]

Good info. Thanks for sharing ☺1

CtAyue said... [Reply to comment]

gud info..thanks.......

LYAfrina said... [Reply to comment]

suka baca tip ni..bagus sgt...

***mata sue cantik..mcm barbie doll

::CIK LYNN:: said... [Reply to comment]

tq for sharing...=)

sueshe said... [Reply to comment]

da berbadan dua ke??tahniah2..hihi.. muke awak ade iras2 ex housemate sy lorr...:)..serius same..

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

good info.. tq sue~

Masya said... [Reply to comment]

betul tu setuju sgt² bdk² pun kene ajar berdikari dr awalkan.. terima kasih kongsi info... anak sy tu haihh.. kdg² ikut mood xmoo berdikari.. manje.. sbb sorang jer kot.. klu ade adik mesti okkan...

MamaEma said... [Reply to comment]

thanks dear

Myra Jay said... [Reply to comment]

Thanks sharing info :)

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

betoi tu.. ank2 ni kita patut didik dia dr kecik lg kn...

fieda said... [Reply to comment]

betul2 kalau nak didik dah besor dh terlewat la kot..

Cik Rose Cute said... [Reply to comment]

Tq..Info yg sangat2 menarik...

wan nurul hezrina said... [Reply to comment]

good info.skangnie merah nurul dah 3 tahun..dia paling banyak tanya.kadang kita banyak sangat kerja sampai malas nak jawab pertanyaan.tapi kita kena cepat2 menyesal tindakan kita tuh sbb mmg salah.ianya akan membantutkan pertanyaan dia n sekaligus membantutkan otak kanan n kiri utk lebih kretif.so nurul sebolehnya akan jawab semua yang ditanya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...