Thursday, September 6, 2012

Scan

Assalamualaikum..

setiap kali preggy mesti setiap orang nak buat scan kan..
tujuan utama scan bukannya untuk lihat jantina tapi lebih kepada 
nak tengok keadaan baby dalam perut
macamana pembesarannya..
tapi kalau dapat lihat jantina baby lagilah bagus kan..
senang sikit nak shopping barang baby
tapi tidak semestinya 100% betul
dan tidak semestinya boleh nampak

untuk baby yang kedua ni dah nak masuk 30 weeks 
barulah dok kelam kabut nak mengintai baby..hehe
itupun bila saya dengar-dengar kalau dah masuk 30 weeks ke atas dah susah nak tengok
muka baby..iye ke? hurmmm..

untuk kali nih, saya pilih scan secara 3D&4D
(Amira dulu saya scan 2D jer..tak berapa nampak pun..bila doktor kata kat sinilah jantungnya..sini plak tangannya..kakinya..yang kita nih sekadar angguk jelah..nampaklah sikit-sikit dari tak nampak :p )
 saya buat scan DI SINI 
appoitmentnya Sabtu nih
so belum lagi lah scannyer..hehe nanti dah scan saya cite ye
(sedikit teruja :)




sedikit info : 
2D scan bermaksud penggunaan ultrasound mesin yang selalu dijalankan ke atas ibu megandung dan boleh dikatakan scan hitam putih yang boleh didapati di klinik biasa atau hospital. 2D terbahagi kepada dua "growth scan " dan " detail scan". growth scan lebih kepada perkembangan bayi. detail scan pula lebih kepada informasi teliti tentang organ dalaman bayi.

3D scan - ultrasound mesin untuk menghasilkan gambar statik dan luaran rupa bayi

4D -imbasan ultrasound 3D yang bergerak secara masa.(pengimbasan secara langsung, video : contoh bayi menguap) 


14 comments:

Salina@IbuAqil said... [Reply to comment]

Yang, mana gambor scan nya?
Nak tgk jgk..
Huk3!!!!

Wanieys a.k.a IbuQalief said... [Reply to comment]

scan 3d/4d baru clear hihi

sue zainun said... [Reply to comment]

@Salina@IbuAqil opsss belum lagi..sabtu nih..:)

sue zainun said... [Reply to comment]

@Wanieys haah kan..:) first time nih

Falsya said... [Reply to comment]

comelnye sue..pregnant lagi comel..hehe..nak gak merasa scan2 nie..insyaALLAH..;D

IntaNBerliaN said... [Reply to comment]

xcited plak nak tau psl sue scan.. hihii...

|| NaFiRaa || said... [Reply to comment]

waahhh.. bestnye..
nanti tunjuk eh hasil scan nye.. nak tumpang tengok.. kekeke

moga ibu dan bb sentiasa sihat k~

Izwa Kamaruddin said... [Reply to comment]

ibu mengandung comel :)

Sayidah Nafisah Ruslan said... [Reply to comment]

semoga bayi dan ibu sihat sentiasa :)

lia said... [Reply to comment]

30w? Alololo chumel.jer tfk orh peknen yg kecik2 ni...

Unknown said... [Reply to comment]

tak sabar juga nak tahu ni...

rempah tu..harga promosi..hehe..beli 3 untuk topup rm5...bg alamat dan no topup kat saya..saya pos..

QasehnyaRania said... [Reply to comment]

hanya belajar untuk mngetahui sesuatu

+ e.z + said... [Reply to comment]

x buat kali nih... nk surprise la konon. hik3

Cikrosecute said... [Reply to comment]

Bila nak tengok scan jantinanya...excited jugak nie hihihi..ke...nak surprise...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers