Tuesday, June 17, 2014

Selamat Pagi Selasa




تَرَكْتُ فِيْكُمْ اَمْرَيْنِ مَا اِنْ تَمَسَكْتُمْ بِهِمَا لَنْ تَضِلُّوْا اَبَدَ
كِتَابَ اللهِ وَسُنَّتِى
Ku tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang kepadanya
nescaya kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
عَنْ سَلْمَةَ قَالَ سَمِعْتُ
رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَقُولُ مَنْ يَقُلُ عَلَى مَا أَقُلُ فَلْيَتَبَوَّا مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ
Dari salmah katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Barang siapa yang mengatakan sesuatu yang tidak pernah kuucapkan
maka menepati tempat duduknya di neraka."
Hadis sahih riwayat Muslim

Friday, June 13, 2014

White Egg Mask

Assalamualaikum..


              Saya gilerrrr..yaaa...giler beli kat online..haha..Giler tengok Instagram yang jual macam-macam benda. Macam macam ada laaa..

Semalam dah sampai la menda alah ni..haaa ni ha..

Egg White Mask

                  Beli dari instagram @adillafazlin. RM 25.00 Maybe ada yang jual murah lagi tapi saya cari Instagram yang rasa boleh percaya. Takut gak yang jual murah tu tak ori ke, tipu ke. tak kan naya nanti. Eye mask tu dapat free.

                  Malam tadi terus pakai. fuhhh maveles.. rasa gebu kulit..hihi tapi blackhead kat tepi hidung tu takmo tanggal la. Degil sungguh! Huh..Agaknya kena pakai banyak kali baru hilang. Yang bestnya en suami pon sebokk dok nak pakai juga. Ce try letak kat muka abg ni..kena pakai berapa lama?berapa kali?ibu pakai ok tak? ishhh banyak benar tanyanya..

                Bila dah pakai tu "uishhh rasa macam dah cerah skit la" yang saya dah sengih-sengih tahan gelak..iye..iye jer terus cerah..agaknya en suami rasa segar kulit mukanya tapi tercakap cerah..hehehe..

Lepas ni nak cuba cari skrub muka pula la..hihi..



Ter nak cuba bila orang bagitau  KELEBIHAN EGG MASK :

- Menanggalkan sel2 kulit mati dengan berkesan
- Dapat menganjalkan serta melicinkan kulit
- Membantu menghilangkan blackhead & whitehead
- Memudarkan parut-parut halus
- Mengecilkan pori-pori kulit muka
- Mengecutkan jerawat
- Mengatasi kesan sunburn pada wajah
- Menyejukkan dan menenangkan kulit yang stress
- Mengurangkan masalah kulit berminyak
- Juga membantu mencerahkan kulit
- Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh diguna lelaki/wanita


Siapa nak cuba beli bolehla ke instagram @adillafazlin. Saya tak jual yang ni. Saya jual vitamin shaklee/handsock dengan sock jer..ehhh terpromote pulak..














Thursday, June 12, 2014

Throwback Nur Dina Azzalia

Assalamualaikum..

               Sayang pula rasanya berhenti berblog masa awal-awal dapat si kecik Azzalia. Masa tu sangat sibuk. Jarang sangat dapat kongsi saat-saat si Azzalia membesar padahal banyak sangat cerita nak dicoret..Jadi rasa macam nak buat "throwback" pula. Jadila  sebagai kenang-kenangan untuk diri dan keluarga dalam blog suram2 nie..mana tau esok lusa ibu lupa bolehla tengok balik momen-momen manis ni.

 24.12.13 
1 bulan
asyik tidur je masa nih
alhamdulillah senang jaga
bagi susu cepat lena
saya berjaya bagi susu ibu hampir 8 bulan.Syukur sangat-sangat




21.02.13
3 bulan
kakak excited dapat adik
masa mula2 dapat adik saya ingatkan kakak Amira akan merajuk rupa-rupanya tak pon..



2.03.13
4 bulan
ewahhh galak senyum bila diacah
boleh meniarap tapi menyenget2 jugak la
suka sangat senyum



 01.04.13
5 bulan
tergolek-golek Azzalia



26.04.13
5 bulan
cubaan nak merangkak
bergulung-gulung badan jadinya


28.04.13
5 bulan
yeayyy boleh merangkak sikit-sikit dah masa 5 bulan
tapi 3,4 gerakan jer..

09.05.13
6 bulan
muka cam jantan..hihi
tak taula muka ikut siapa masa nih


25.05.13
6 bulan
ewahhh pandainya tengok upin ipin
kartun kegemaran adik nih 


25.05.13
6 bulan
Nak belajar berdiri..kadang-kadang tu sampai tersembam dibuatnya

 01.06.13
7 bulan
yeayyy berdiri dengan baik 
tapi dengan berpaut la..
xmampu nak lepas tangan
kalau tidak bumm jatuh..hihi
dah boleh panjat tangga jugak
tapi turun tak tau..

 08.06.13
7 bulan
momen nie ditangkap masa diorang tidur
ibu tak sedar pon
alih-alih tengok dah macamni..hihi
kakak buat adik jadi bantal peluk


**sesi throwback
**2 bulan sampai 7 bulan






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers