Thursday, January 12, 2012

Juara Master Chef pertama

                       Seperti telah dijangka Ezani telah memenangi pertandingan MasterChef pertama Malaysia.Haishhh ......siapa kata orang perempuan tak boleh menang pertandingan memasak! siapa kata orang perempuan yang bekerjaya tak boleh masak! siapa kata orang perempuan yang sibuk tak pandai masak! Dr Ezani telah membuktikannya. Beliau juga seorang doktor gigi tau..Masih muda orangnya berusia 26 tahun, cun melecun dan sangat manis wajahnya.

                       Walaupun mendapat tentangan yang sengit dari Abang Wahidan peserta dari Sabah, langsung tidak menggugat beliau menghasilkan makanan yang memenuhi citarasa juri. Dengan dibantu oleh 5 orang peserta Masterchef yang dipilih sendiri. Dalam pertandingan akhir tersebut, mereka telah diserahkan tugasan menyediakan sajian untuk 40 orang tetamu yang terdiri dari chef-chef selebriti terkenal.

Tahniah Dr Ezani dan Syabas juga untuk Abang Wahidan..






Usai kemenangan beliau telah membuka satu blog untuk tatapan peminatnya



Wednesday, January 11, 2012

Belajar Solat

Bismillahirohmanirrahim...



Kata orang masih rebung inilah yang perlu diasuh dan dipupuk
kalau dah jadi buluh nanti susah pulak nak dilentur
itu kata orang, kata saya ada betul perumpamaan tu tetapi 
kadang-kadang yang buluh tu kalau selalu dilentur takde masalah jugak
bergantung pada sikap seseorang
huhu uishhh merepek sudah..


                Di peringkat bayi dan kanak-kanak, otak mereka sedang berkembang dan  cuba mempelajari serta memahami setiap yang dilihat serta diajar. Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza mengikut usia dan individu. Seharusnya dalam usia ini mereka harus dilatih tetapi tidak dipaksa melakukan sesuatu hanya kerana telah mencapai peringkat usia perkembangan tersebut. Latihlah dengan perlahan-lahan. 

                      Mengikut pembacaan saya, tiga tahun pertama merupakan tempoh yang penting kerana pada masa ini otak mereka berkembang dengan pesat. Ketika itu otak lebih fleksibel dan sedia mempelajari sesuatu. Perkembangan awal samada negatif atau positif akan memberi kesan kepada jalinan sel-sel otak kanak-kanak.

                       Kita juga sering tertanya apakah pengaruh "genetic" terhadap perkembangan dan kecerdasan kanak-kanak. Ya, faktor itu memang mempengaruhi namun begitu faktor keadaan sekeliling penentu bagi menentukan sejauh mana kepintaran dan bakat yang diwarisi itu berkembang. Jika hanya bersandarkan pada baka semata-mata tidak cukup.Belakang parang kalau diasah lagikan tajam.Lihatlah betapa pentingnya peranan seorang ibu atau ayah. Rangsanglah anak anda dengan kasih sayang. Bantulah mereka memahami setiap perkara.



Photobucket

Selingan : Amira belajar solat

beginilah gaya Amira bila belajar solat (picture lama sekitar umurnya 2 tahun)

AKSI SUJUD DAH JADI TERBARING PULAK


NAK BETULKAN BALIK SEJADAH YANG TERLIPAT, UISHH TENGAH SOLAT BOLEH TENGOK-TENGOK ORANG LAIN KER...

SEJADAH TERBALIK PULAK DAH..HEHEHE
















Wajah -Wajah Kesayangan



Bissmillahirahmanirrahim


                     Second : Antara wajah-wajah Amira masa kecil-kecil dulu..hehe macamlah dah besar ye..Amira dilahirkan di Hospital Selayang dengan berat 2.45 pada 4.54 petang 05/01/2009..Cadangnya nak bersalin di Hospital Lumut, Perak tapi tak sempat sebab Amira keluar awal 3 minggu. Kata Atuknya waktu kecil Amira budak baik, tak banyak karenah tapi bila besar huh lasak yang amat..

1/2 bulan. rambut sejemput
tak ingat bila pic ni diambil





kena gigit nyamuk bila balik kg, atuknya selalu marah sebab selalu cukur rambut Amira, mana taknya orang selalu sangka Amira baby boy


6 bulan masa nie, sangat tembam dan bolattt



kecik-kecik dulu rajin baca buku, sekarang rajin main..huhu


11 bulan..hobinya suka masuk benda dalam mulut, haha tengoklah rambutnya tu..

11 bulan, belajar berdiri dan bertatih hurmmm nampak cam baby boy ke?
7 bulan..laju merangkak dan menyelinap
1 tahun 3 bulan, bila rambut dah panjang baru nampak cam gegirl
1 tahun 3 bulan
yeayy 1 tahun 3 bulan dah ada 6 batang gigi

1 tahun 6 bulan

                    Dulu-dulu tengok macam bolat jer, bila dah besar susut sikit tubuhnya..Saya suka tengok gambar-gambar lama ni dan bila tiba hari jadinya mesti tunjuk semula gambar-gambar waktu kecil-kecil dulu. Amira pun suka sangat, riuh mulutnya tengok gambar sendiri..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers