Thursday, April 3, 2014

Bekal Sihat Untuk Anak

Ramai ibu bapa pening kepala memikirkan apakah makanan yang perlu dibekalkan kepada anak untuk ke sekolah. Bagi meleraikan permasalahan anda, ikutilah panduan ini.

1. Makanan untuk anak bawa bekal ke sekolah perlulah seimbang. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral. Contoh menu yang ringkas, seimbang dan sesuai ialah sandwic. Tetapi anda perlulah pelbagaikannya. Bukan sandwic yang sama setiap hari. Anda boleh pelbagaikan roti yang digunakan untuk membuat sandwic. Selain roti gandum, anda boleh juga menggunakan roti pita, capati, croissant dan English muffin. Manakala untuk isi dalamnya, anda boleh gunakan tuna, ayam, telur dan sosej. Tetapi, jangan lupa masukkan bersama-sama sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun. Agar sandwic lebih enak dan berkalsium, tambahkan dengan kepingan keju.
2. Ingat, makanan untuk kanak-kanak tidak boleh terlalu banyak garam, gula dan minyak. Penggunaan bahan perisa juga perlu dihadkan.
3. Untuk minumannya pula, bekalkan anak minuman bersusu dan air kosong. Bukan minuman berperisa seperti kordial ataupun minuman berkarbonat. Jika ingin beri anak jus buah-buahan, pastikan yang anda buat sendiri minuman tersebut tanpa ditambah gula.
4. Snek juga perlu dibekalkan. Oleh itu, disarankan agar anda berikan hanya snek yang berkhasiat untuk anak. Antara yang sesuai ialah epal, pisang, biskut oat, kismis dan kekacang.

wowee menarik kan kalau buat bekal macam ni..mesti anak2 suka!


1 comment:

Nafira usof said... [Reply to comment]

zura jugak sedaya upaya cuba untuk bentokan My Anis. tapi x semeriah dlm gambar tuh lah.. mana yang ade kat dapur jer lah.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...