Thursday, April 17, 2014

Ngerinyer!!



Alkisahnya..

Bila jaga bahagian akaun bermaksud kena collect payment dari client-client.

Makanya pada suatu hari..KENA MARAH dengan client..giler-giler kena marah sampai nangis. Puncanya client tu kata 'awat awak call saya banyak kali harini?kan saya dah bagitau belum ada lagi.awak tak paham ke?macamana lagi saya nak cakap ni " kemudian siap dengan maki2 lagi tu. PAP terus nangis sedih **confius gak masa tu apsal nak nangis, maklumla sepanjang penglibatan saya kerja budak-budak opis kata saya 'Jiwa Kental" hahaha

Then bukak mata..TUP-TUP gelap..tengok jam pukul 3 pagi.Laaa mimpi rupanya..dah rasa macam real jer mimpi tu. mamai-mamai terus sambung tidur.

Esok paginya terus telefon client, cite kat dia. Sambil ketawa bagai nak rak  client cakap 'marah-marah sayang' ewwwww hahahaha perasan..sib baik saya dah lama kenal client nie.Saya tau dia gurau je. Dan yang bestnya terus dapat payment haritu. Kalau tak dapat jenuh nak menjawab dengan bos. 

Gitulah Alkisahnya..

**Saya kerap mimpi pasal kerja. kadang-kadang tu sampai mimpi tengah buat kerja pun ada.
**Awal 2013 sampailah sekarang saya rasa sangat sibuk. Walhal 'kerani biasa' je kat ofis. Rasa kerja makin bertambah-tambah. Salah satu sebab tak sempat update blog. Sedih jugak sebab nak abadikan setiap kenangan dalam blog ni tapi apakan daya. Tak mampu. 

Thursday, April 3, 2014

Bekal Sihat Untuk Anak

Ramai ibu bapa pening kepala memikirkan apakah makanan yang perlu dibekalkan kepada anak untuk ke sekolah. Bagi meleraikan permasalahan anda, ikutilah panduan ini.

1. Makanan untuk anak bawa bekal ke sekolah perlulah seimbang. Pastikan ada karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin dan mineral. Contoh menu yang ringkas, seimbang dan sesuai ialah sandwic. Tetapi anda perlulah pelbagaikannya. Bukan sandwic yang sama setiap hari. Anda boleh pelbagaikan roti yang digunakan untuk membuat sandwic. Selain roti gandum, anda boleh juga menggunakan roti pita, capati, croissant dan English muffin. Manakala untuk isi dalamnya, anda boleh gunakan tuna, ayam, telur dan sosej. Tetapi, jangan lupa masukkan bersama-sama sayur-sayuran seperti salad, tomato dan timun. Agar sandwic lebih enak dan berkalsium, tambahkan dengan kepingan keju.
2. Ingat, makanan untuk kanak-kanak tidak boleh terlalu banyak garam, gula dan minyak. Penggunaan bahan perisa juga perlu dihadkan.
3. Untuk minumannya pula, bekalkan anak minuman bersusu dan air kosong. Bukan minuman berperisa seperti kordial ataupun minuman berkarbonat. Jika ingin beri anak jus buah-buahan, pastikan yang anda buat sendiri minuman tersebut tanpa ditambah gula.
4. Snek juga perlu dibekalkan. Oleh itu, disarankan agar anda berikan hanya snek yang berkhasiat untuk anak. Antara yang sesuai ialah epal, pisang, biskut oat, kismis dan kekacang.

wowee menarik kan kalau buat bekal macam ni..mesti anak2 suka!


ID 1107555 Shaklee Distributor

I am Shaklee Malaysia Independent Distributor..

ID : 1107555
NO TEL : 0162057335 Whatsapp@Wechat/Pm

Kindly ask me anything about the best supplement for you, kids n the whole family:

♥ Kesihatan optimun, letih /lesu,kurang selera makan
 ♥ Supplement utk ibu ketika hamil
 ♥ Kelemumur, rambut gugur
 ♥ Migrain
 ♥ kolesterol tinggi
 ♥ Set Penyusuan
 ♥ Set Berpantang normal atau operation
  ♥ Diet, Untuk kurus, untuk tambah berat badan
 ♥ Kesuburan suami dan isteri, period yg x teratur, keputihan,
 ♥ Sengal / kebas2,kekejangan kaki, sakit lutut,osteoporosis,sendi otot
 ♥ Kecantikan kulit, jerawat,allergic, resdung n eczema,
 ♥ Asthma dewasa dan kanak2,
 ♥ Gastrik,Sembelit/ Buasir,masalah pencernaan mslh bau bdn,
 ♥ Anemia,tekanan darah
 ♥ SLE, demam, selsema, cirit birit n etc...

bukan untuk wanita sahaja tetapi juga lelaki...tak kira usia dari kanak2 umur 1 thn sehingga mereka yg berumur..selalu dengar org cakap orang perempuan je ambil supplement kan...skrg sume peringkat umur blh menikmatinya...

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila hubungi saya di talian :

No.Phone:0162057335

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers