Tengah rancak dok scroll Facebook time lunch tadi tetiba terjumpa gambar lama. Masa nih tengah preggy si azzalia tak sampai sebulan. Tak nampak perut lagi time nih..hehe. Sekarang azzalia dah 10 bulan. hoho dekat setahun jugak la ye
Acctually masa nih abang yang ke dua kahwin. Paling bestnya dalam 6 orang adik beradik yang dah kawin cuma kenduri abang yang ni jelah kami sedondon colour tema dengan pengantin. Masa saya kahwin pun tak sedondon..uwaaa..tak aci betul! Nak sanding sekali lagilah ngan en asben...hahaha
Seingat saya belum pernah lagi kan saya kongsikan gambar-gambar saya satu family. Okeh jum saya kenalkan.. Opsss semua dah kahwin yer..not available..
okey.. ini abang saya yang sulung. Zulkifli (pak Long) Isterinya(Nur Shazarida) sama umur ngan saya dan sebagai adik ipar yang baik kenalah saya panggil kakak..kikiki.. baiklah sangatttt..Dah dua orang anak. Yang sulung dah 6 tahun Nur Cinta Alya Batrisya namanya. Yang kedua dah dua tahun lebih Nur Cinta Alya Darwisyah. Yang ketiga?opsss saya tak tau :p Menetap di Ipoh
Haha ini abang ketiga saya yang tak boleh blah.. sebab suka nangis masa kecik-kecik. Bukan saya cakap.Mak yang bagitau..Mohamad Azaman (Pak Lang) umur dlm 30 an..Dah kawin juga. Isteri orang Kelantan ( Kak Hasniza) tapi diorang menetap di Sabah sebab Pak Lang keje TLDM. Isterinya cikgu kat sanalah. Anak dua. Cucu lelaki dalam keluarga Zainun setakat ini. Mohd Amir Hazim 5 tahun dan Amni Aisyah 3 tahun lebih.
Abang kedua si pengantin nih ye. Pak Lang ni gatal skit. Amik turn Pak Chor..kahwin dulu..ehehehe.
Ini adik saya yang ke lima dalam keluarga. Nur Azizah Zainun bersama suaminya (Ijoy). Ok.sebenarnya xfull sedondon. Diorang lah ni gatal2 badan nak pakai baju biru katanya..eh xdelah.. saje gurau. Takde baju biru kata diorang.Oklah..dimaafkan..hahaha..Bermastautin di Ipoh.
Ishhh macam panjang sangat pulak membebel harini. Apa kata saya sambung di next entry. :)