Monday, October 29, 2012

suami mengidam?..


Assalamualaikum...
lama tak bersiaran
nampaknya anak ibu yang nie tak suka mengarang
tapi sekali sekala saya tetap lawan perasaan tak nak tuh
kalau tidak berkuburlah "rumah kecil" ni
 
alhamdulillah kandungan dah masuk 37 minggu hari ini
kelegaan pertama untuk risiko lahir bayi pramatang dah lepas..
syukur sangat-sangat
 dua hari lepas dah rasa macam ada kontraksi
tapi sekejap jer, kemudian hilang
rasanya baby dah tak sabar nak keluar nih
 
tentang admit tu saya tak pergi pun
just sign surat minta keluar wad dan berehat di rumah
kiranya dah hampir sebulan berehat
sepanjang berehat my MIL dan hubby banyak membantu
thanks to hubby..love u sayang..
 
bercerita bab hubby nih teringat saya satu kisah
suami mengidam..
hahaha
sepanjang preggy nih ada sekali tuh my hubby tetiba teringin makan ketam
nak makann pula tu bukan dekat2 sini
nak pergi cari di Pulau Pangkor
baru feel katanya..haihhh macam2 la pulakkk..
nasib baik ada pakcik kat sana
 
jadi inilah ketamnya
1 kilo cuma RM 12 sahaja
rembat 4 kilo terus
separuh rebus, separuh lagi dibuat masak kari ketam..
gambar dah masak tak sempat nak ambil sebab
masing-masing dah tak sabar-sabar nak makan




 
oh ya ibu Alisha@Ina dah selamat lahirkan anak keduanya
tahniah Ina..kejap lagi saya jenguk rumah Ina dan yang lain-lain yer..
rindu pada semua..:)
 
 
 

Wednesday, October 3, 2012

Admit sampai bersalin..

Assalamualaikum

Apa yang kita rancangkan kadang-kadang tidak menjadi
sebab perancangan Allah s.w.t itu lebih baik dari perancangan kita
walau kadangkala kita sendiri tidak sedar

ada hikmah di sebalik dugaan yang mendatang
ada kebaikan yang akan muncul di sebalik cabaran yang dipikul

ujian yang diberi bukan tanda dihakimi
tetapi tanda kita disayangiNya

cuba berfikir secara positif walau igauan negatif muncul sekali sekala




checkup : 02/10/2012 @ 33 weeks
jumpa pakar di Hospital Selayang
bahagian O&T
masalah dialami : uri di bawah @ plasenta previa
masih di tahap ke dua
doktor sendiri tidak pasti saya boleh bersalin normal atau tidak
bergantung kepada keadaan saya

alhamdulillah sepanjang alami masalah ni
tiada bleeding 
cuma sakit di bahagian bawah perut bila bergerak..
baby bergerak seperti biasa cuma saya dapat rasakan baby kurang aktif
berbeza dengan anak yang sulung..

keputusan doktor : kena admit sampai bersalin
sebab kalau tak admit khuatir saya banyak bergerak@buat kerja
boleh menyebabkan bleeding/tali plasenta terputus/lahir bayi pramatang


Ya allah..perkara pertama yang saya fikir 
selamatkanlah anak dalam kandungan ini..
perkara kedua, bagaimana saya melalui malam-malam mendatang tanpa Amira di sisi
mampukah saya mengharunginya selama 2 bulan..
tak pernah saya berjauhan darinya..


Ya allah..kuatkan hati ini menempuhnya..

03/10/12
saya masih di ofis
cuba menyelesaikan kerja-kerja yang tertangguh
perancangan saya perlu bawa mak@MIL dari kg ke sini
untuk jaga Amira
kemudian saya perlu shopping keperluan bayi dan saya sendiri yang masih lagi belum dibeli
(sedikit stress )

oh ya..sepatutnya kena admit 02/10 kan tapi saya minta permission doktor
nak selesaikan benda2 yang tertangguh..
terpaksa sign surat risiko atas diri sendiri jika berlaku apa2 dlm tempoh saya di luar wad..
doktor bagi tempoh seminggu..

Semoga semuanya selamat..


**semakin sepilah blog ini..








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...