Friday, June 29, 2012

Anmum & Delima banyak kebaikannya

Assalamualaikum...



Sebelum ni ada ambil Anmum materna tapi bila alahan tu datang saya stop sekejap..
cuma mampu minum susu kotak Dutch Lady saje..
itupon boleh dikira dengan jari berapa kali saya minum

Kemudian saya order Jus Delima dari seorang rakan..
alhamdulillah alahan tu agak berkurangan..
mungkin sebab rasa masam-masamnya tu mampu kurangkan rasa loya..

Sekarang alhamdulillah alahan dah takde, cuma tekanan darah rendah
Jadi bolehlah start minum balik Anmum..
:)


jus delima yang saya minum

Alkisahnya  Amira suka sangat minum jus nih..
Ada satu hari tu, saya bancuh sampai 2 cawan tapi 2 cawan  tu dihabiskan nya..
dekat ibu ditinggalnya cawan kosong jer..hihihi..
Jus Delima ni alternatif bagi saya sebab buah Delima yang sedap isinya susah sangat nak jumpa..
kadang kadang melilau cari sebab tak jumpa


Antara kebaikan memakan buah Delima atau Jus Delima ini ialah 
  • Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  • Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  • Membantu penghadaman
  • Membuang lemak-lemak berlebihan
  • Menambah tenaga
  • Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung, baik untuk otak bayi dan dapat membantu mendapatkan kulit bayi yang sihat dan cantik. 
  • Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  • Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  • Merawat @ membaikpulih pesakit kencing manis
  • Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  • Mencantikan kulit.
Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah Al An’am ayat 99;
“Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari phon-phon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan tandan buah yang mudah dicapah dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengndungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”





Thursday, June 14, 2012

new picture??
hehehe
pucatnya muka saya kan ..hukhuk
kemalasan melanda..nak tepek bedak pun dah malas tahap gaban dah
sib baik muka tak naik sawang cam blog yang bersawang ni
ntah-ntah lelabah pun banyak..
haha kena wat spot check lepas ni nih..:p


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...