Friday, July 29, 2011

Bola~Empat tahun lagi

             Empat tahun lagi, itulah angka yang terpaksa ditunggu bagi kelayakan Piala Dunia akan datang. Malaysia terpaksa akur dengan Singapura melalui agregat 6-4 walaupun seri di tanah sendiri dengan agregat 1-1.

             Tak pergi pun stadium, hanya tengok kat tv saje, almaklumla ber anak kecil kalau berdua buleh gak memenuhkan stadium. Dari kacamata aku yang agak buta bola sepak ni, pemain singapura ni xde semangat kesukanan betul! asyik-asyik jatuh je. Tak kena pon leh jatuh tergolek. Sampai keluar padang tu, cam cedera parah je. Ish ish ish. Apapun salute pada penjaga gol Malaysia Che Apex yang berjaya menepis kebanyakan serangan dari Singapura. Bravo Bravo walaupun bolos 1 gol.

              Bab laser yang terkena kat penjaga gol singapura tu maleh nak komen. :p . Pada yang tak puas hati sebab Malaysia kalah, janganlah ceggitu adat bertanding kan ada menang ada kalah. Bila dah kalah kenalah bagi sokongan jugak supaya next time diorang akan buat yang lebih baik lagi. Bukan kita je yang nak menang pemain-pemain yang bermain tu lagilah nak menang kan.

             Harap-harapnya kehampaan pada kelayakan Piala Dunia 2014 ni tak akan berulang lagi pada 2018 nanti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...