Wednesday, July 27, 2011

Air mata ini mengalir

Serius aku memang nangis bila ternampak satu situasi ni.(nangis kat situ jugak aku, nasib baik xde sape perasan) Seorang ibu muda minta sedekah ngan anak kecik (masih bayi, tak sampai setahun lagi umurnya, mugkin 6 atau 7 bulan) kat satu pasar malam.
      Emo sangat haritu sb dengar baby nih tadi nangis2. Nyaring plak tu suaranya, dah naik merah padam muka baby nih td. Mana taknya ibunya minta sedekah kat kawasan yang berdekatan ngan pakcik jual ayam percik. Habisla asap tu kena kat baby tu. Dengan panasnya, org lalu lalangnya. Memang sedih bila tengok keadaan baby tu. Ibunya boleh plak wat dono je anak dia nangis, bila orang dah tegur baru dia bawak lari kat tempat lain. Tapi sekejap je, xlama lps tu dia duduk balik.
        Pendapat aku la kalau ye pon, xperlu la libatkan anak. Tak pon cari la tempat yang sesuai skit. Kita tau dia susah tp sesusah manapun tak kan nak biar anak tanggung jugak kesusahan kita tu. Isu ni agak sensitif sebenarnya nak dikupas. Kalau diselami lebih jauh lagi mungkin kita akan kesian ngan ibu tersebut tapi bila dipikir-pikirkan balik lagi kesian pada baby tu tadi.
      Harapnya aku tak terjumpa lagi la situasi macam ni akan datang. Tak sanggup!

p/s: Please loves our kids.
   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...