Friday, June 6, 2014

Beri saya masa, akan padam gambar lama Felixia Yeap

Saya memang mengikuti perkembangan Felixia Yeap sejak beliau berhijrah. Baru-baru ini ada terbaca status beliau yang merintih kerana ramai pihak yang mengecam beliau yang dikatakan tidak memadam foto lama yang seksi. Berikutan itu Felixia menulis nukilan hatinya di Facebook miliknya. Beliau berharap semua pihak dapat memberi masa kerana beliau sangat sibuk. 

Sedih kan ..Bagi pendapat saya tak perlula kita nak "like" gambar-gambar lama beliau dan mengecamnya. kalau betul nak mengutuk pon pergilah kutuk ramai lagi yang tak menutup aurat tu. tapi bila gambar-gambar seksi perempuan lain boleh pulak komen "ehhh cantiknya awak" grrr dusyumm satgi baru tau..

Pelik kan manusia ni, orang nak berubah ke arah kebaikan patutnya kita sokonglah..Ini tidak..hurmm


Kredit : Page Facebook Felixia Yeap
Salam Jumaat semua...PERHATIAN :

Saya belum ucap syahadah.
Saya masih sedang mengenali agama Islam.
Dan saya belum habis padam gambar2 lama.

MOHON BERSABAR.
Saya hanya ada sepasang tangan.

Dan jangan suruh saya buka tutup FB ini dan buka yang baru...kecuali jika anda sudi masukkan duit untuk sara kehidupan saya dan keluarga, setiap bulan.

HARAP FAHAM.
DAN BERSABARRRRR.

Terima kasih.

Puisi Felixia Yeap 
Kredit : Page Facebook beliau

Ku berlari dari bayang-bayangku
Dari kegelapan dahulu
ingin menuju ke jalan bercahaya
tidak menghiraukan bahaya

adakah itu salah
apakah itu masalah
untuk seorang insan hina bertaubat
walaupun dosa kekafirannnya lebat
inginkan ke jalan yang sepatutnya
dan lepaskan diri dari racun dunya

aku mahu redha
tapi aku tetap manusia
tetap ada airmata
yang mengalir bila terluka

kenapa yang sepatutnya membantuku
yang akan menjadi saudari saudaraku
mencaci, mencemuh dan menhina
menggali aib dan menayangkan semua

kenapa, kenapa, kenapa?
begitu membenciku sehingga
ku berasa bersalah ingin bertaubat
salahkah apa yang ku buat?

pernah ku terfikir untuk berhenti
berpaling dan berlari
namun aku tak sanggup 
untuk terus sia-siakan hidup
tanpaMu Ya Allah
keranaMu aku akan belajar lebih redha
jika tidak, aku pasrah...

Makan Kenduri kat Felda Tengi

Assalamualaikum/Salam Jumaat

               Biasanya bila cuti sekolah, mesti banyak jemputan kenduri kahwin kan. Samalah macam saya. 2 minggu lepas hari Sabtu en suami ajak pergi kenduri kahwin kawannya. Acctually kawannya nie kerja Petronas. En suami kenal masa kerja kat Sabah haritu. Walaupun tak lama sebenarnya kerja kat sana tapi en suami nie memang ramai kawan. Nampak jer muka ganas tapi sebenarnya kelakar gile-gile. Mungkin tu sebab orang suka kawan kot..hihi..siap di invite masuk group Petronas lagi sedangkan en suami bukannya kerja sama. Subcond je pon..

               Opss berbalik pada cerita tadi..dari Gombak ke Felda Tengi tu lama jugak la.. Lebih kurang sejam..muahaha tapi sebab nak makan nasik kenduri punya pasal, takde hal la kan. Sib baik anak-anak pun tak meragam. Cuma azzalia tetiba muntah. Maybe terlebih minum susu.Lepas tukar baju terus tidur sampaila ke tempat kenduri. 



eh adik buat muka terkezut lak

 nampak skit kan tp 2 pinggan sebelah tu ibu dia yang habiskan sebenarnya..hihi..


sempat bergambar dengan kedua mempelai , comel jer pengantinnya..yang kiri kanan tu memang tak comel langsung..muahahaha

selebihnya selfie sensorang, abaikan jururawat pasir kat muka tu.. 

 layan muncung adik

 ada macam muka ibu dia tak?

 ehhhh ayah senyum la pulakkk..mana derr ganazzz..hihi


 kakak pon nak bergaya jugak ye..




 tengok tu, diorang je dok sibuk main padang kat situ dah la panas.. esoknya si adik demam terus.. tak sempat ibu nak gi jemputan ibu Qisya, Falsya (aqiqah) padahal umah dekat sungguh.. sepelaung jer..hihi

ishh sibuk la ayah..nak tunjuk jam baru ker..grrr


Habis makan kenduri terus zasss balik rumah.mengantukkkk..sambung tidur. Ahad dok rumah saja sebab si adik demam

Thursday, June 5, 2014

Stokin comel/Plain candysocks


Plain Candysocks
Material : cotton spandex
Price : RM 8.00 each ( exclude postage)


 siapa-siapa yang nak membeli candy sock ni boleh whatsapp/wechat/pm di  saya 0162057335 atau boleh ikuti saya di 

Instagram @sanuriazainun

Instagram @qisdinashop_shaklee


Page FB : Qisdina Health and Beauty

kaler kaler yang sangat soft, menawan hati tau..Saya biasanya pakai warna grey..sangat selesa 

#jomtutupaurahdengansempurna


Pastel Pink
Code 01



Maroon 
Code 02



Army Green 
Code 03



Pastel Blue 
Code 04



Grey
 Code 05



Soft Brown 
Code 06



Pastel Orange 
Code 07



Pastel Purple
Code 08



Cream
 Code 09



White
Code 10



Black
Code 11


Mint Green
Code 12

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers